Adakah anda tahu, Safer begitu memberikan galakan kepada anda yang mahu bekerja sama ada secara sepenuh masa atau separuh masa bersama Safer. Oleh yang demikian, Safer menawarkan pendaftaran untuk menjadi rakan penghantar atau rakan pemandu secara percuma sahaja.

Adapun begitu, untuk menjadi sebahagian daripada komuniti Safer, anda perlu melepasi beberapa syarat kelayakan. Berikut adalah syarat kelayakan untuk menjadi rakan penghantar Safer:

  1. Mempunya kenderaan sama ada motosikal, kereta, van, lori atau lain-lain.
  2. Memilki lesen memandu yang sah.
  3. Mempunyai telefon pintar dengan akses internet dan berfungsi dengan baik.

Berikut adalah kelayakan untuk menjadi rakan pemandu:

  1. Mempunyai kenderaan seperti motosikal atau kereta.
  2. Memiliki lesen memandu yang sah dan penuh.
  3. Tahun buatan kenderaan 2012 ke atas.
  4. Mempunyai telefon pintar dengan akses internet dan berfungsi dengan baik.
  5. Memiliki lesen PSV (dan lesen EVP akan diaturkan oleh Safer)

Jika anda memenuhi syarat-syarat yang diperlukan, anda boleh mendaftar terus di pautan http://tinyurl.com/ycetm3vh. Pendaftaran juga boleh dilakukan menerusi aplikasi Safer untuk Driver yang boleh didapati di Google Play Store dan Apple App Store.

BACA JUGA :   Berniaga Dengan Percuma Di Safer Sekarang!!

Google Play Store: https://bit.ly/2yp8ADH

Apple App Store: https://apple.co/2ZvyNeX 

Anda juga akan menerima job menerusi aplikasi tersebut. Tambahan daripada itu, anda boleh bekerja mengikut masa yang anda mahukan. Pekerjaan penghantaran bersama Safer adalah pelbagai. Anda boleh mengerjakan kerja-kerja penghantaran orang, barang, makanan dan pelbagai lagi.

Kategori pekerjaan adalah berdasarkan perkhidmatan yang telah ditawarkan oleh pihak Safer. Rakan penghantar boleh mengerjakan kerja-kerja penghantaran dan rakan pemandu boleh mengerjakan kerja-kerja pemanduan.

Antara perkhidmatan yang ditawarkan oleh Safer adalah:

  1. Safer Ride

Pemandu akan melakukan pekerjaan menghantar penumpang dari satu lokasi ke lokasi yang telah ditetapkan. Pemandu perlu menyatakan jenis kenderaan ketika mendaftar supaya pihak Safer boleh menguruskan pengkategorian kelas kenderaan.

  1. Safer Concierge

Pemandu melakukan pekerjaan memandu sambil membantu pengguna atau penumpang. Pengguna yang menempah perkhidmatan ini mungkin memerlukan bantuan dari segi pergerakan, bantuan untuk menguruskan sesuatu atau lain-lain.

  1. Safer Food

Rakan penghantar akan melakukan tugas penghantaran makanan yang telah diambil di tempat peniaga dan menghantarnya kepada pengguna. Pemesanan akan dilakukan pengguna terlebih dahulu dan pihak peniaga akan menyiapkan makanan dan tunggu rakan penghantar untuk mengambilnya.

  1. Safer Delivery

Rakan Penghantar akan melakukan kerja penghantaran barangan seperti dokumen penting, hadiah, atau apa-apa sahaja jenis barangan. Penghantaran akan dilakukan mengikut keperluan saiz barangan dan jenis kenderaan yang akan digunakan.

BACA JUGA :   Muat Turun Aplikasi Safer Dan Jana Pendapatan Pasif.

Oleh yang demikian, penyataan butiran berkaitan kenderaan adalah perlu di mana anda perlu mengemukakan butiran seperti geran, roadtax, insurans, pengenalan diri dan akaun bank. Semua butiran ini perlu dikemukakan sewaktu pendaftaran bagi memudahkan proses pengaktifan akaun.

Selain mengerjakan kerja-kerja penghantaran, rakan penghantar atau pemandu juga boleh menjana pendapatan tambahan dengan menghidupkan pendapatan pasif. Pendapatan pasif ini boleh dijana menerusi aplikasi Safer dengan cara berkongsikan referral code anda kepada mereka yang mahu membina akaun Safer.

Untuk keterangan lanjut, anda boleh dapatkan maklumat dengan klik mana-mana pautan di bawah. Pihak Safer akan sedia membantu anda.

Customer Service : 011-2058 6389
Live Chat Safer : https://www.safer.my/
Official Website : https://safer.asia/
Facebook : https://www.facebook.com/saferasia/
Instagram : https://www.instagram.com/safer.my/
Twitter : https://twitter.com/SAFERofficial
Youtube : https://bit.ly/safergroup

Facebook Comments

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here