Pada 27 dan 28 Mac 2021 telah berlangsungnya Perhimpunan Agung UMNO, PAU 2020 bertempat di Plaza Merdeka, Pusat Dagangan Dunia Kuala Lumpur (WTC KL). Perhimpunan ini merupakan perhimpunan terbesar dan tertua di Malaysia. Inti pati perhimpunan tahunan ini adalah untuk memberikan penerangan secara terbuka berkaitan hala tuju UMNO dalam menghadapi cabaran politik pada masa kini.
Perhimpunan yang berlangsung dengan acara lazim seperti menaikkan bendera ‘Sang Saka Bangsa’ dan nyanyian lagu UMNO dihadiri oleh anggota tertinggi UMNO dan ahli anggotanya. Adapun begitu, perhimpunan yang sering kali diadakan secara besar-besaran ini kelihatan sepi kerana adanya SOP yang perlu dijaga.
Untuk mematuhi peraturan norma baharu, perhimpunan ini hanya dihadiri segelintir anggota sahaja dan ianya turut dijalankan secara dalam talian. Tidak hanya itu, pengamal media juga disediakan bilik yang berasingan dan hanya mengikuti perhimpunan tersebut menerusi kaca televisyen.
Perhimpunan Agung yang telah ditangguhkan selama satu tahun ini telah melangsungkan perasmian serentak terhadap persidangan tiga sayap penting iaitu Wanita UMNO, Pemuda UMNO dan Puteri UMNO.
Antara isu yang menarik perhatian adalah berkaitan hubungan politik UMNO dengan pemain politik lainnya. Secara tuntasnya, Presiden UMNO iaitu Datuk Seri Dr Ahmad Zahid Hamidi telah mengeluarkan kenyataan di mana UMNO tidak akan bekerjasama lagi dengan dengan mana-mana parti.
“.. no Anwar, no DAP, no BERSATU,” UMNO dikatakan tidak akan menjalankan apa-apa perbincangan secara rasmi atau tidak rasmi dengan mana-mana parti dan akan bertanding dengan hanya menggunakan panji-panji Barisan Nasional.
Sumber: BERNAMA
Anda berminat untuk menjana pendapatan sebagai rakan penghantar atau pemandu? Daftar segera bersama Safer! Pendaftaran adalah percuma!
Anda boleh menjalankan kerja penghantaran pada bila-bila masa yang anda mahu mengikut kelapangan anda. Mahu bersama-sama Safer jana pendapatan tambahan atau tetap? Klik gambar untuk mendaftar. Untuk maklumat lanjut, anda boleh hubungi pihak Safer di:
Customer Service : 011-2058 6389
Live Chat Safer : https://www.safer.my/
Official Website : https://safer.asia/
Facebook : https://www.facebook.com/saferasia/
Instagram : https://www.instagram.com/safer.my/
Twitter : https://twitter.com/SAFERofficial
TikTok: https://vt.tiktok.com/ZSJ2FEffN/
Youtube : https://bit.ly/safergroup