Jangan lepaskan peluang untuk mengaut keuntungan penuh bersama Safer Food Merchant. Peniaga yang menjual makanan atau minuman berpeluang untuk menjadi vendor di Safer Food dan niagakan perniagaan anda di dalam talian.

Tidak hanya menjalankan perniagaan secara percuma, bagi peniaga yang berminat untuk mendaftar, pendaftaran juga adalah percuma. Disebabkan perlaksanaan PKP, ramai peniaga yang terjejas dan memerlukan tolakan untuk naik semula.

Oleh yang demikian, Safer menawarkan promosi sifar komisen di mana pihak Safer tidak akan mengambil satu sen keuntungan pun daripada vendor Safer. Perkara ini dilakukan untuk meringankan beban para peniaga di samping menawarkan tempat untuk peniaga berniaga secara dalam talian.

Pendaftaran sebagai vendor boleh dilakukan menerusi pautan di sini atau anda boleh terus mendaftar menerusi aplikasi Safer. Aplikasi Safer untuk Food Merchant boleh dimuat turun di Google Play Store dan Apple App Store.

BACA JUGA :   Safer Food Sediakan Pelbagai Makanan Enak Secara Atas Talian

Sewaktu mendaftar, terdapat beberapa butiran penting yang diperlukan. Antara butiran penting tersebut adalah:

  • Kad pengenalan peniaga
  • Lesen perniagaan
  • Sijil halal perniagaan
  • Lesen daripada SSM
  • Akaun bank

Tambahan daripada itu, peniaga juga perlu mengisi beberapa maklumat perniagaan untuk memudahkan pelanggan melakukan semakan sebelum membuat pesanan. Antara maklumat yang diperlukan ialah waktu perniagaan beroperasi, lokasi perniagaan dijalankan, menu bergambar dan harga makanan.

Pastikan anda tidak terlepas peluang untuk mengaut keuntungan bersama Safer Food! Antara kelebihan lain jika anda berniaga bersama Safer adalah :

  • Tiada caj pendaftaran dikenakan saat mendaftar.
  • Pengaktifan akan dilakukan dalam masa 24 jam hari bekerja.
  • Waktu bekerja yang fleksibel.
  • Mempunyai rakan penghantar dari Safer sendiri.
  • Data dan analisis jualan boleh disemak menerusi aplikasi.
  • Akaun perniagaan diuruskan sepenuhnya oleh peniaga.
BACA JUGA :   Nikmati 100% Keuntungan Apabila Berniaga Di Safer Food.

Safer Food Merchant juga menyediakan kelas kepada para peniaga yang mahu mendaftar di Safer Food. Tujuan kelas ini diadakan adalah untuk memberikan penerangan lanjut berkaitan cara pendaftaran dan cara menjalankan perniagaan menerusi aplikasi Safer.

Untuk mengikuti kelas bersama Safer Food Merchant, peniaga boleh mengisi borang di sini. Sebarang pertanyaan lanjut anda boleh hubungi talian di bawah atau klik mana-mana pautan untuk peroleh maklumat terperinci.

Customer Service : 011-2058 6389
Live Chat Safer : https://www.safer.my/
Official Website : https://safer.asia/
Facebook : https://www.facebook.com/saferasia/
Instagram : https://www.instagram.com/safer.my/
Twitter : https://twitter.com/SAFERofficial
Youtube : https://bit.ly/safergroup

Facebook Comments

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here