Anda merupakan pelajar lepasan SPM, IGCSE, STPM, Asasi, Diploma, Matrikulasi atau mana-mana lepasan yang setaraf? Anda mempunyai soalan berkaitan bagaimana untuk sambung belajar di luar negara menggunakan lepasan yang anda miliki? Anda berada di tempat yang betul! Sekiranya anda mahu melanjutkan pelajaran ke luar negara pada tahun ini, anda perlu membaca artikel ini sehingga tamat.

Yang pertama, pelajar boleh melakukan sedikit kajian terhadap universiti negara mana yang anda mahukan dan bidang apa yang anda minati. Perkara ini kerana universiti di luar negara sama sahaja dengan universiti di dalam negara di mana tidak semua universiti menawarkan bidang pengajian yang anda sukai.

Yang kedua, pelajar boleh menyemak atau menilai adakah pelajar layak melepasi syarat kelayakan yang ditetapkan oleh universiti. Untuk pengetahuan, syarat kelayakan umum untuk mendapatkan tempat di universiti luar negara adalah seperti yang berikut.

Lepasan SPM, IGCSE atau setaraf: Minimum B bagi semua subjek.
Lepasan STPM, Asasi, Diploma, Matrikulasi atau setaraf: Minimum 3.0 CGPA.

Adapun begitu, untuk melanjutkan pelajaran di universiti ke peringkat Ijazah Sarjana Muda, pelajar perlu mengambil ujian MUET atau IELTS. Namun, jika pelajar mahu belajar di negara luar seperti Rusia, Indonesia, Poland, Bangladesh, atau Mesir, anda tidak memerlukannya. Anda perlu menjalani ujian kemasukan daripada universiti itu sendiri sahaja.

BACA JUGA :   Peluang Sambung Belajar Ke Luar Negara Di Universitas Islam Negeri Sultan Syarif Kasim, Indonesia (September 2022)

Yang ketiga adalah para pelajar boleh menyemak dokumen-dokumen penting seperti salinan kad pengenalan, pasport, atau dokumen-dokumen peribadi penting yang mungkin perlu dibawa sewaktu belajar di luar negara.

Langkah berikutnya adalah pelajar boleh menghubungi agensi konsultasi pendidikan Daulah Educonsult. Daulah Educonsult merupakan sebuah agensi yang dapat membantu pelajar dalam menguruskan perjalanan pelajar ke luar negara. Pihak Daulah akan membantu anda daripada konsultasi bidang apa yang pelajar minati sehingga ke peringkat akhir permohonan ke universiti.

Daulah Educonsult akan membantu dari segala bentuk pendaftaran, visa pelajar, hal di universiti seperti penginapan dan lain-lain. Khidmat konsultasi daripada Daulah Educonsult juga adalah percuma. Jika anda memerlukan lebih maklumat berkaitan bidang-bidang yang ditawarkan atau berkaitan yuran pengajian, anda juga boleh menghubungi pihak Daulah Educonsult.

BACA JUGA :   Jepun Catat Kes Baru COVID-19

Pendaftaran bagi kemasukan pelajar di luar negara masih lagi dibuka, namun anda perlu segera mendaftar sebelum kuota habis atau permohonan ditutup.

Agensi ini sedia membantu anda dalam merealisasikan impian anda untuk belajar di universiti luar negara. Anda tidak perlu bimbang kerana Daulah Educonsult sudah mempunyai banyak pengalaman dalam menguruskan pelajar belajar di luar negara.

Berminat untuk mengetahui tawaran ini atau cara mendaftar dengan lebih lanjut? Hubungi pihak Daulah Educonsult di:

Nombor pejabat : 03-92851322
Nombor khidmat pelanggan : 018-9624322
Nombor konsultan utama : 013-2090322 (Tuan Syed)
Email : daulahmedic@gmail.com

Anda juga boleh mengikuti perkembangan Daulah Educonsult menerusi platform dalam talian seperti di bawah:

Website : http://daulahmedic.com/  
Facebook : Daulah Educonsult  
Youtube : Daulah Educonsult

Anda juga boleh hadir ke pejabat urusan Daulah Educonsult setelah membuat tempahan perjumpaan beralamat di No. 1-19, Jalan Pandan Prima 2, Dataran Pandan Prima, 55100 Kuala Lumpur.

Facebook Comments

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here