Meminati haiwan sehingga bercita-cita untuk bekerja menguruskan haiwan tidak kira peliharaan atau liar? Pasti anda akan berminat untuk sambung belajar ke peringkat Ijazah dalam bidang Veterinar ini.

Kepelbagaian kerjaya di dalam bidang veterinar menyebabkan bidang ini merupakan antara bidang yang memerlukan ramai pakar. Oleh itu, jika anda berminat untuk menyambung pengajian dalam bidang veterinar, jangan lepaskan peluang untuk belajar di luar negara.

Menerusi Daulah Educonsult, anda dapat memilih universiti luar negara mana yang anda minati untuk sambung pengajian. Antara universiti yang menawarkan bidang veterinar kepada para pelajar di peringkat Ijazah adalah :

  1. Universitas Airlangga, Indonesia
  2. Institusi Pertanian Bogor, Indonesia
  3. Bangladesh Agriculture University, Bangladesh
BACA JUGA :   Kelebihan Melanjutkan Bidang Perubatan di Luar Negara

Pelajar yang merupakan lepasan SPM, IGCSE, Asasi, Matrikulasi, Diploma dan lain-lain yang setaraf boleh membuat pendaftaran kemasukan menerusi Daulah Educonsult. Pelajar tidak perlu bimbang kerana universiti yang telah ditawarkan merupakan universiti yang telah diiktiraf.

Antara agensi yang telah memberikan pengiktirafan adalah WHO, KPT, MQA, JPA, MMC dan MVC. Syarat kelayakan bagi melanjutkan pelajaran ke bidang ini adalah minimum sekurang-kurang B dalam semua subjek Sains dan memiliki CGPA 3.0 keatas.

Walau bagaimanapun, jika pelajar mempunyai keputusan selain daripada syarat yang telah ditetapkan, pelajar boleh mendapatkan konsultasi daripada konsultan Daulah Educonsult.

Untuk pelajar yang betul-betul berminat, pelajar boleh mengisi borang pra-daftar menerusi pautan di bawah.

BACA JUGA :   Mengapa perlu belajar di KSMU? Jom ketahui kelebihannya

https://bit.ly/2WUlBh9

Pihak Daulah Educonsult boleh dihubungi menerusi platform di bawah:

Website : http://daulahmedic.com/
Facebook : Daulah Educonsult
Youtube : Daulah Educonsult
Nombor khidmat pelanggan : 018-9624322
Nombor pejabat : 03-92851322

Selain daripada bidang veterinar, Daulah Educonsult juga membuka pendaftaran kemasukan ke universiti luar negara di pelbagai lagi bidang. Antara bidang tersebut adalah perubatan, pergigian, farmasi, usuluddin, syariah, kejuruteraan pesawat, kejuruteraan komputer, pengurusan perniagaan antarabangsa dan lain-lain.

Daulah Educonsult juga menawarkan univeristi pilihan yang terbaik kepada para pelajar untuk dipilih. Ayuh lanjut pengajian ke peringkat Ijazah menerusi Daulah Educonsult bagi tahun 2021 dan 2022!

Facebook Comments

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here