Berdasarkan sidang media yang telah dihadiri oleh Menteri Penyelaras Program Imunisasi COVID-19 Kebangsaan Khairy Jamaluddin, beberapa perkara telah digariskan berkaitan program ini.

Antaranya adalah berkaitan lokasi para penerima vaksin yang telah menerima temu janji di klinik atau hospital swasta. Individu yang terlibat tidak akan dikenakan apa-apa bayaran kerana caj tersebut akan ditanggung sepenuhnya oleh pihak kerajaan.

Menurut Khairy, pusat pemberiaan vaksin terhadap individu adalah bergantung kepada alamat individu di dalam aplikasi MySejahtera. Oleh yang demikian, pemberian akan diberikan mengikut kawasan mana yang paling hampir dengan tempat pemberian vaksin.

Selain daripada itu, Khairy juga telah melancarkan Malaysia Vaccine Support Volunteers (MyVac). MyVac merupakan sukarelawan yang akan terlibat dalam membantu petugas barisan hadapan dalam menguruskan Program Imunisasi COVID-19 Kebangsaan.

BACA JUGA :   Doula Bukan Doktor! Ketahui Fakta-Fakta Mengenai Doula.

Permohonan untuk menjadi sukarelawan adalah terbuka kepada rakyat Malaysia yang berumur daripada 18 tahun dan ke atas. Terdapat dua ketagori sukarelawan yang boleh dipilih iaitu sukarelawan am dan sukarelawan perubatan.

Pendaftaran boleh dilakukan menerusi laman sesawang www.myvac.com.my. Sukarelawan akan ditempatkan di lebih 600 PPV di seluruh negara.

Tambahan daripada itu, Malaysia akan mula mengedarkan vaksin Sinovac bermula 18 Mac 2021. Khairy akan menjadi penerima pertama bagi vaksin Sinovac ini.

Sumber: BERNAMA

Anda berminat untuk jana pendapatan bersama Safer? Muat turun aplikasi Safer sama ada sebagai pengguna atau sebagai rakan penghantar atau pemandu.

Anda boleh menjana pendapatan pasif dengan cara berkongsikan referral code kepada mereka yang masih belum mempunyai akaun Safer. Untuk maklumat lanjut, layari laman web Safer atau hubungi pihak Safer di:

BACA JUGA :   Doktor Muda Ni Ambil Gambar Petugas Hospital Untuk...

Customer Service : 011-2058 6389
Live Chat Safer : https://www.safer.my/
Official Website : https://safer.asia/
Facebook : https://www.facebook.com/saferasia/
Instagram : https://www.instagram.com/safer.my/
Twitter : https://twitter.com/SAFERofficial
Youtube : https://bit.ly/safergroup

Facebook Comments

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here