sambung belajar luar negara

Kursk State Medical University merupakan universiti awam yang terletak di Bandar Kursk, Rusia. Ianya dibina sebagai institusi pendidikan pada tahun 1935 dan kemudian berkembang menjadi universiti pada tahun 1994.

Antara kelebihan yang ada pada KSMU adalah ianya menjadi universiti pertama di Rusia yang menawarkan pembelajaran latihan perubatan dalam Bahasa Inggeris. KSMU juga mendapat tempat di dalam 10 univeristi perubatan di Rusia.

Antara kemudahan yang diberikan oleh pelajar adalah :

  • Perpustakaan yang mempunyai lebih dari 500 ribu salinan bahan bacaan
  • Klinik diagnostik
  • Sekolah perubatan – merangkumi tiga buah bangunan pendidikan
  • Lima buah bangunan asrama
  • Tiga buah gimnasium
  • Tempat memanah
  • Ruang makan – kafe dan buffet di bangunan pendidikan dan asrama
BACA JUGA :   Daulah Educonsult Tawar Pelbagai Bidang Pengajian

Selain daripada kemudahan yang diberikan kepada para pelajar, KSMU juga telah mendapat pengiktirafan daripada pelbagai agensi perubatan dari dalam dan luar negara. Jadi, pelajar tidak perlu bimbang sekiranya mahu mencari pekerjaan di mana-mana tempat perubatan.

Reka bentuk dalaman asrama pelajar.

Agensi yang telah memberikan pengiktirafan tersebut adalah JPA, MMC, WHO, UNESCO dan lain-lain.

KSMU juga merupakan universiti perubatan terbaik buat pelajar Malaysia yang mahu menyambung pengajian ke peringkat Ijazah. Perkara dikatakan kerana KSMU telah menetapkan yuran berjenis ‘Lock Fee’ di mana yuran tetap akan dikenakan sepanjang pengajian.

Tambahan daripada itu, KSMU juga mempunyai pihak pengurusan universiti yang terletak di Kuala Lumpur. Kepelbagaian sesi kemasukan juga merupakan antara tarikan universiti ini. Sesi kemasukan adalah sebanyak empat sesi iaitu Februari, April, Jun dan September.

BACA JUGA :   Tunku Azizah Tawar Izzue Islam dan Isteri Dapatkan Rawatan IVF

Selain itu, KSMU turut membuka peluang kepada pelajar lepasan SPM untuk terus mendaftar ke universitinya dengan mengambil bidang pra-perubatan selama satu tahun. Setelah tamat tempoh satu tahun tersebut, pelajar akan diserap terus untuk meneruskan pengajian perubatan selama enam tahun.

Justeru itu, jika anda berminat untuk mendaftar sebagai pelajar di KSMU, anda boleh mendaftar bersama Daulah Educonsult. Pendaftaran awal boleh dilakukan dengan keputusan percubaan SPM dan menempah tempat.

Pihak Daulah Educonsult boleh dihubungi menerusi platform di bawah :

Website : http://daulahmedic.com/
Facebook : Daulah Educonsult
Youtube : Daulah Educonsult
Nombor khidmat pelanggan : 018-9624322
Nombor pejabat : 03-92851322

Facebook Comments

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here