Suruhanjaya Pilihan Raya dalam satu kenyataan menyatakan bahawa Undi-18 dan pendaftaran automatik pemilih mungkin tidak dapat dilaksanakan sehingga 1 September 2022. Ianya menjadikan perkara ini tidak dapat dilaksana dalam masa yang terdekat iaitu pada Julai ini.

Pihaknya menyatakan keputusan ini setelah membuat penilaian terperinci. Adapun begitu, SPR juga menegaskan bahawa ianya akan tetap dilakukan berdasarkan kelulusan dari Parlimen. Perkara ini dijangka akan dilakukan pada tahun berikutnya dan persediaan rapi sedang dilakukan.

Tambahan daripada itu, SPR juga akan melancarkan sistem pra-daftar automatik menerusi laman sesawang rasmi SPR. Ianya dijangka dapat digunakan pada bulan Ogos dan 5.6 juta bakal pemilih dapat melakukan semakan dan mengesahkan maklumat mereka.

BACA JUGA :   Sambung Pengajian Bidang Perubatan Di Universiti Terkemuka Indonesia

 Dalam pada itu, SPR juga menyeru mereka yang sudah mencapai 21 tahun dan ke atas ini untuk mendaftar sebagai pemilih secara dalam talian. Pendaftaran boleh dilakukan menerusi pautan mysprdaftar.spr.gov.my atau hadir ke Pejabat Pilihan Raya Negeri atau Pejabat Pos yang berdekatan.

Tivia: UNDI 18?

Undi-18 merupakan satu perkara di mana ianya telah menurunkan umur layak mengundi daripada 21 tahun kepada 18 tahun tahun. Ianya juga akan membuat pendaftaran automatik pemilih bagi mereka yang telah mencapai 18 tahun oleh SPR.

Sumber: Astro Awani

Anda merupakan pelajar lepasan SPM, IGCSE, Diploma, Asasi, STPM, STAM atau lain-lain setaraf yang mahu melanjutkan pengajian ke peringkat Ijazah Sarjana Muda di universiti luar negara? Daftar kemasukan ke universiti luar negara sekarang bersama Daulah Educonsult.

BACA JUGA :   Esok Pilihan Raya ? Ini 8 Perkara Penting Yang Perlu Anda Tahu

Terdapat pelbagai bidang menarik yang boleh dipilih pelajar antaranya adalah bidang perubatan, farmasi, bahasa Arab, usuluddin, kejuruteraan pesawat, pengurusan perniagaan dan lain-lain lagi. Berminat untuk ketahui dengan lebih lanjut? Hubungi pihak Daulah Educonsult sekarang!

Website : http://daulahmedic.com/
Facebook : Daulah Educonsult
Youtube : Daulah Educonsult
Nombor pejabat : 03-92851322
Nombor khidmat pelanggan : 018-9624322
Nombor konsultan utama : 013-2090322 (Tuan Syed)

Facebook Comments

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here