Pernahkah anda mendengar tentang Universitas Sumatera Utara, Indonesia? Jika anda berminat dalam bidang perubatan, pastikan anda mengetahui kewujudan universiti ini.
Universitas Sumatera Utara atau dikenali sebagai USU merupakan univerisiti yang menawarkan bidang pengajian dalam bidang sains kesihatan yang terbaik. Antara bidang sains kesihatan yang ditawarkan adalah perubatan, farmasi dan pergigian.
Jika anda merupakan lepasan SPM, IGCSE, Asasi, Diploma, STPM yang mengambil subjek sains atau yang seangkatan dengannya, anda boleh menyambung pengajian ke peringkat Ijazah di USU.
Anda boleh memilih bidang mana yang anda minati dan mendaftarkan kemasukan ke universiti menerusi Daulah Educonsult.
USU merupakan sebuah universiti yang terletak di Medan, Indonesia. Dibangunkan pada 1952, USU komited untuk memberikan pelajaran yang terbaik kepada pelajar tempatan dan luar negara.
Komunikasi mungkin tidak akan menjadi masalah kerana penggunaan bahasa yang seakan serupa. Tidak hanya itu, jarak di antara negara juga tidak terlalu jauh menyebabkan ramai pelajar berminat untuk menyambung pengajian di sini.
Bagi kemasukan ke bidang sains kesihatan, pelajar memerlukan keputusan sekurang-kurangnya minimum B bagi semua subjek sains (Biologi, Kimia dan Fizik) dan CGPA 3.0 ke atas.
Namun, bagi keputusan selain daripada yang ditetapkan, pelajar boleh mendapatkan bantuan konsultasi daripada pihak Daulah Educonsult.
Tempoh pengajian bagi bidang-bidang yang ditawarkan adalah berbeza. Bagi bidang perubatan dan pergigin, tempoh pengajian adalah selama lima tahun dan bagi bidang farmasi tempoh pengajian adalah selama empat tahun.
Untuk mengetahui lebih banyak maklumat berkaitan cara pendaftaran atau dokumen apa yang diperlukan untuk belajar di USU. Pelajar atau ibu bapa boleh terus menguhubungi pihak Daulah seperti yang tertera di bawah.
Website : http://daulahmedic.com/
Facebook : Daulah Educonsult
Youtube : Daulah Educonsult
Nombor khidmat pelanggan : 018-9624322
Nombor pejabat : 03-92851322