Kebanyakan negara telah memulakan langkah untuk memvaksinasikan rakyat mereka. Sejak permulaan penciptaan vaksin, terdapat mereka yang menerima dan terdapat juga yang menolak.

Namun, untuk memastikan ketelusan dan meningkatkan kepercayaan rakyat, para petugas kesihatan telah menerima vaksin terlebih dahulu dan diikuti dengan rakyat. Vaksin yang telah diagihkan pula mempunyai pelbagai jenis daripada beberapa syarikat pengeluar.

Namun, baru-baru ini Denmark telah memutuskan untuk menggantung peggunaan vaksin jenis AstraZeneca. Perkara ini telah diusulkan oleh pihak berkuasa kesihatan Denmark sebagai langkah berjaga-jaga.

Langkah ini telah dilakukan susulan terdapatnya laporan kes pembekuan darah yang serius dalam kalangan warga yang telah disuntik menggunakan vaksin AstraZeneca.

Keputusan penggantungan vaksin jenis ini juga telah dilakukan terlebih dahulu oleh Austria lalu diikuti oleh Estonia, Latvia, Lithuania, Luxembourg, Iceland, Norway dan Thailand.

BACA JUGA :   Dr Zulkifli Mohon Sesiapa Ke Majlis Libatkan Beliau Buat Saringan COVID-19

Namun yang demikian, pemerhati ubat-ubat Eropah menyatakan bahawa tiada usul yang sahih punca pembekuan darah adalah disebabkan vaksin tersebut. Vaksin AstraZeneca yang telah dikembangkan oleh University of Oxford. Tiada maklum balas yang telah diberikan oleh pihak mereka.

Sumber: Astro Awani, Harian Metro, Berita Harian

Anda mahu menjana pendapatan sebagai rakan penghantar atau pemandu? Sertai Safer sekarang untuk nikmati promosi Sifar Komisen.

Jangan lepaskan peluang untuk menjalankan pekerjaan sebagai rakan penghantar atau pemandu secara percuma! Pendaftaran juga tidak dikenakan caj! Hubungi pihak Safer untuk maklumat yang lebih lanjut.

Customer Service : 011-2058 6389
Live Chat Safer : https://www.safer.my/
Official Website : https://safer.asia/
Facebook : https://www.facebook.com/saferasia/
Instagram : https://www.instagram.com/safer.my/
Twitter : https://twitter.com/SAFERofficial
Youtube : https://bit.ly/safergroup

Facebook Comments

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here