Menteri di Jabatan Perdana Menteri (Hal Ehwal Agama), Datuk Seri Zulkifli Mohamad Al-Bakri telah melakukan lawatan ke Arab Saudi pada Jumaat yang lalu. Beliau melakukan lawatan kerja ke Arab Saudi untuk memperkukuh kerjasama dalam hal ehwal Islam serta ibadah haji dan umrah.

Namun, setelah beberapa ketika beliau dikatakan tular kerana ada sumber menyatakan beliau melakukan lawatan menggunakan dana kerajaan dan menaiki pesawat mewah dengannya. Beliau telah membuat pengesahan menerusi media sosial beliau di mana pesawat mewah yang dinaikinya diuruskan sepenuhnya oleh Liga Muslim Sedunia (Muslim World League).

Ini berikutan Gabenor Madinah Putera Faisal Bin Salman mendapat tahu bahawa ada seorang menteri kerajaan Malaysia iaitu beliau merupakan bekas pelajar Universiti Islam Madinah.

“Baginda amat sukacita apabila mendapat tahu ada seorang Menteri daripada Malaysia, berkelulusan Universiti Islam Madinah, telah datang ke Arab Saudi atas urusan negara.” kata beliau di dalam satu kenyataan di media sosial.

BACA JUGA :   Jemaah Haji Diwajibkan Untuk Mengambil Vaksin COVID-19.

Setelah itu, beliau dikatakan telah dititahkan untuk mengunjungi Universiti Islam Madinah sebagai kunjungan hormat. Beliau telah disambut oleh Presiden Universiti Islam Madinah sendiri Yang Mulia Putera Mamdouh bin Saud dan pihak pentadbiran universiti.

Hasil daripada kunjungan tersebut, beliau menyatakan bahawa pihak Universiti Islam Madinah menawarkan biasiswa tanpa had kepada pelajar Malaysia yang mahu menyambung pengajian dalam bidang Syariah, Dakwah dan Usuluddin, Al-Quran dan Pengajian Islam dan Bahasa Arab di sana.

Universiti ini juga akan menawarkan biasiwa kepada mereka yang mahu mengikuti pengajian  dalam bidang Kejuruteraan, Sains Komputer, Sains termasuk Perubatan. Dikatakan biasiswa mengandungi elaun bulanan, perumahan, insurans perubatan dan tiket penerbangan.

Beliau juga menyatakan perancangan untuk berbincang dengan pihak berkepentingan untuk menguruskan proses penghantaran pelajar terbaik Malaysia untuk sambung pengajian di Madinah.

BACA JUGA :   Jumlah Jemaah Dihadkan - Ibadah Haji Tetap Diteruskan

Sumber: Facebook Datuk Dr. Zulkifli Mohamad Al-Bakri

Anda berminat untuk sambung pengajian di dalam bidang perubatan, pergigian atau farmasi di Universitas Sumatra Utara, Indonesia? Ayuh mendaftar segera bersama Daulah Educonsult.

Daulah Educonsult sedia untuk membimbing anda untuk merealisasikan impian anda sambung belajar di luar negara. Mahu sambung pengajian di negara lain atau di bidang yang lain? Hubungi Daulah Educonsult sekarang di:

Website : http://daulahmedic.com/  
Facebook : Daulah Educonsult  
Youtube : Daulah Educonsult
Email : daulahmedic@gmail.com 
Nombor pejabat : 03-92851322
Nombor khidmat pelanggan : 018-9624322
Nombor konsultan utama : 013-2090322(Tuan Syed) 

Facebook Comments

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here