Bidang perubatan merupakan bidang yang semakin mendapat tempat di seluruh dunia. Setiap hari dan masa pasti ada gejala atau pesakit yang datang ke klinik atau hospital untuk mendapatkan rawatan. Justeru itu, terdapat peningkatan dalam peluang pekerjaan sebagai pengamal perubatan sewaktu pandemik COVID-19 sedang berlangsung.

Pelajar sedang berdiri menghadap bangunan Kursk State Medical University.

Jika anda merupakan diantara mereka yang berminat untuk menceburkan diri atau mendalami ilmu perubatan dengan lebih mendalam, anda boleh sambung belajar ke peringkat Ijazah dalam bidang perubatan. Peluang ini terbuka kepada anda yang terdiri daripada lepasan SPM, IGCSE, STPM, Asasi, Diploma, dan lain-lain yang setaraf.

Berikutan itu, Daulah Educonsult menawarkan tempat kepada anda untuk sambung pengajian dalam bidang perubatan di luar negara. Tidak hanya mendapatkan sijil pengajian yang lebih tinggi, anda juga dapat merantau ke negara orang dan menikmati pengalaman yang jarang diperoleh pelajar lain.

Berikut adalah antara universiti luar negara yang menawarkan kemasukan dalam bidang perubatan:
  1. Kursk State Medical University, Rusia
  2. First Moscow State Medical University, Rusia
  3. Volgograd State Medical University, Rusia
  4. Universitas Sumatera Utara, Indonesia
  5. Universitas Airlangga, Indonesia
  6. Universitas Andalas, Indonesia
  7. Universitas Hasanuddin, Indonesia
  8. Dhaka Medical College, Bangladesh
  9. Mymensingh Medical College, Bangladesh
  10. Medical University of Warsaw, Poland
  11. Medical University of Lodz, Poland
BACA JUGA :   Kelebihan Sambung Belajar di Universiti Padjadjaran, Indonesia
Medical University of Warsaw

Adapun begitu, terdapat pelbagai lagi pilihan universiti yang menawarkan bidang perubatan. Syarat kemasukan bagi setiap negara adalah berbeza. Namun untuk memastikan anda boleh memohon untuk belajar di luar negara, anda boleh lihat syarat kelayakan umum yang telah ditentukan. Berikut adalah syarat kelayakan untuk belajar bidang perubatan di universiti luar negara:

* Lepasan SPM, IGCSE atau setaraf: Memperoleh minimum B bagi setiap subjek Sains
* Lepasan Asasi, Diploma, Matrikulasi, STPM atau setaraf: Memperoleh minimum 3.0 CGPA

Jika pelajar memperoleh keputusan selain yang di atas dan pelajar memang berminat untuk sambung belajar dalam bidang perubatan, pelajar boleh mendapatkan khidmat konsultasi daripada pihak Daulah Educonsult.

Universiti yang telah ditawarkan merupakan universiti yang telah diiktiraf oleh MQA, MMC, JPA dan KPM. Jadi anda tidak perlu bimbang apabila belajar di luar negara  kerana ianya tidak akan menjadi masalah jika anda mahu bekerja di hospital atau klinik di Malaysia.

BACA JUGA :   Indonesia Membuka Kemasukan Belajar Sesi September 2021.

Daulah Educonsult masih menerima pendaftaran kemasukan ke beberapa universiti seperti yang dinyatakan. Adapun begitu, anda perlu mendaftar dengan segera kerana pihak universiti akan menutup permohonan lebih awal dari tempoh kemasukan pelajar. Oleh yang demikian, jika anda memang berminat untuk menyambung pengajian di universiti luar negara, anda boleh melakukan pendaftaran menerusi pautan https://bit.ly/2WUlBh9.

Namun, jika anda mempunyai sebarang pertanyaan lanjut berkaitan tawaran atau pertanyaan berkaitan kemasukan universiti, anda boleh berhubung dengan pihak Daulah Educonsult. Anda boleh hubungi Daulah Educonsult menerusi platform berikut.

Website : http://daulahmedic.com/  
Facebook : Daulah Educonsult  
Youtube : Daulah Educonsult
Email : daulahmedic@gmail.com 
Nombor pejabat : 03-92851322
Nombor khidmat pelanggan : 018-9624322
Nombor konsultan utama : 013-2090322(Tuan Syed) 

Facebook Comments

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here