Anda perlu menuju ke satu destinasi namun tiada kenderaan yang boleh digunakan? Atau anda tidak mahu meredah kesesakan lalu lintas dengan membawa kenderaan sendiri? Jangan peningkan kepala anda, anda tempah saja perkhidmatan Safer Ride menggunakan aplikasi Safer!

Safer Ride merupakan perkhidmatan e-hailing yang menawarkan khidmat penghantaran penumpang dari satu lokasi ke lokasi yang lain. Ianya sama fungsinya seperti perkhidmatan Grab Ride dan MyCar. Ianya sebuah lagi produk perkhidmatan keluaran tempatan yang boleh anda gunakan.

Terdapat pelbagai jenis kategori Safer Ride yang boleh anda pilih mengikut kesukaan bajet anda. Antara kategori yang boleh anda pilih adalah:

  1. SaferGo

SaferGo merupakan tawaran kategori yang paling asas buat pengguna Safer, Ia menawarkan perkhidmatan penghantaran penumpang dari satu lokasi ke lokasi yang lain dengan menggunakan kereta berjenama biasa. Antara jenama kereta yang sering digunakan adalah Myvi, Axia, Waja, Almera dan lain-lain.

  1. SaferGo Xtra

Kategori ini menawarkan kereta dengan kapasiti penumpang yang lebih banyak berbanding SaferGo. Fungsi perkhidmatan adalah sama seperti SaferGo namun ia boleh memuatkan lebih ramai penumpang. Jenis kereta yang digunakan adalah Alza, Grand Livina, Exora dan lain-lain.

  1. Safer Gold

Bagi anda yang mahu merasai pengalaman menaiki kereta mewah, anda boleh menempah perkhidmatan ini. Safer Gold menawarkan penggunaan jenis kereta seperti Mercedez, BMW, Volkswagen dan lain-lain.

  1. Safer Indulge

Jenis kereta yang digunakan untuk perkhidmatan ini adalah seperti Alphard, Vellfire, Mercedez V220D. Kereta ini boleh memuatkan lebih banyak penumpang dan antara kereta yang paling mewah digunakan.

  1. Safer Swift

Perkhidmatan ini adalah perkhidmatan penghantaran penumpang menggunakan motosikal. Jika anda perlu menuju ke lokasi yang diinginkan dengan segara, anda boleh menempah perkhidmatan ini.

BACA JUGA :   Kanak-Kanak 2 Tahun Mati Lemas Dalam Kereta Ibu

Kadar bayaran bagi setiap kategori adalah berbeza. Safer juga menawarkan perkhidmatan ‘Fare Estimation’ untuk memudahkan anda melakukan pengiraan bajet. Untuk menempah mana-mana kategori Safer, pengguna boleh terus membuka aplikasi Safer dan pilih Safer Ride. Setelah itu, pengguna boleh memilih jenis kategori yang dimahukan dan memilih lokasi tujuan.

Selain daripada Safer Ride, terdapat pelbagai lagi jenis perkhidmatan yang ditawarkan menerusi aplikasi Safer. Antara perkhidmatan tersebut adalah Safer Concierge, Safer Food dan Safer Delivery.

Pengguna boleh menggunakan Safer Concierge apabila memerlukan bantuan ketika mahu menuju ke sesuatu tempat. Contoh situasi adalah pengguna mahu menempah perkhidmatan ini untuk ibunya melakukan check up di klinik atau hospital. Pemandu Safer akan menemani ibu pengguna sehingga tempoh yang sudah dijanjikan tamat.

Safer Food pula merupakan perkhidmatan pemesanan dan penghantaran makanan kepada pengguna. Pengguna boleh memilih makanan yang disukai, membayar dan tunggu makanan tiba. Terdapat pelbagai pilihan jenis makanan dan masakan di Safer Food. Tidak terhad kepada peniaga restoran, Safer Food juga mempunyai makanan dari vendor yang menjual makanan secara home-kitchen.

Bagi Safer Delivery, ianya mempunyai dua kategori pilihan iaitu Single Delivery dan Multiple Delivery. Single Delivery adalah perkhidmatan penghantaran barangan dari satu lokasi ke satu lokasi yang lain. Bagi Multiple Delivery pula, pengguna boleh menghantar barangan dari satu lokasi ke banyak lokasi.

BACA JUGA :   Penghantaran Barangan Kini Lebih Mudah Dengan Safer Delivery!

Anda sering menggunakan perkhidmatan di Safer? Jangan lupa! Anda juga boleh menerima pendapatan sampingan menerusi aplikasi Safer! Apa yang boleh dilakukan adalah pengguna boleh kongsikan referral code pengguna kepada mereka yang masih belum mempunyai akaun Safer.

Pengguna akan menerima komisen referral sebanyak 1% setiap kali pengguna referral tersebut menggunakan mana-mana perkhidmatan di Safer. Anda belum mempunyai akaun Safer lagi? Daftar sekarang di https://tinyurl.com/y4th4mft dan anda boleh memuat turun aplikasi Safer di Google Play Store atau Apple App Store.

Untuk maklumat yang lebih lanjut, anda boleh berhubung dengan pihak Safer menerusi mana-mana platform berikut. Anda juga boleh mengikuti Safer di mana-mana media sosial Safer untuk mengetahui promosi atau tawaran terkini.

Customer Service : 011-2058 6389
Live Chat Safer : https://www.safer.my/
Official Website : https://safer.asia/
Facebook : https://www.facebook.com/saferasia/
Instagram :https://www.instagram.com/safer.my/
Twitter :https://twitter.com/SAFERofficial
TikTokhttps://vt.tiktok.com/ZSJ2FEffN/
Youtube : https://bit.ly/safergroup 

Facebook Comments

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here