Bidang Veterinar merupakan bidang yang melibatkan perubatan haiwan. Secara kasarnya, mereka yang belajar di bawah bidang ini akan menjadi Doktor Haiwan/ Veterinar/ Veterinarian. Adapun begitu sebelum menjadi doktor haiwan, mereka perlu mendapatkan sijil Ijazah Sarjana Muda bidang Veterinar terlebih dahulu.

Untuk pengetahuan, bidang veterinar tidaklah semegah bidang perubatan biasa di Malaysia. Sehingga kini, hanya dua buah universiti sahaja yang menawarkan bidang ini kepada pelajar. Bidang ini juga tidak ditawarkan oleh universiti swasta di Malaysia.

Justeru itu, apa kata Deenamik perkenalkan kepada anda universiti di luar negara yang menawarkan bidang Veterinar kepada pelajarnya. Antara universiti tersebut adalah:

  1. Universitas Airlangga, Indonesia

Merupakan sebuah universiti awan dan antara yang tertua di Surabaya, Indonesia. Universiti juga antara universiti terbaik di Indonesia dan ianya menawarkan bidang veterinar kepada pelajar. Selain bidang veterinar, universiti ini juga menawarkan bidang lain seperti perubatan dan pergigian.

  1. Institut Pertanian Bogor, Indonesia

Juga diantara universiti terbaik Indonesia, ianya merupakan institusi pendidikan yang dibina pada tahun 1963. Wawasan institusi ini adalah untuk melahirkan lebih ramai pakar dan mengembangkan ilmu dalam bidang biosains, pertanian dan lain-lain bidang yang berkaitan.

  1. Bangladesh Agriculture University, Bangladesh

Universiti ini terletak kira-kira 3 jam dari ibu negara Bangladesh, Dhaka jika menaiki bas. Ianya telah ditubuhkan pada 1961 dengan tujuan menjadi pusat pendidikan bagi bidang penternakan dan pertanian. Mempunyai kelengkapan infrastruktur yang sangat baik menjadikan ianya antara pilihan utama pelajar.

BACA JUGA :   Ayuh Belajar Ke Indonesia - Sains Kesihatan & Pengajian Islam

Kedua-dua universiti di Indonesia membuka sesi kemasukan mereka pada bulan September manakala bagi universiti di Bangladesh, kemasukan adalah pada bulan Januari. Pengajian di ketiga-tiga universiti tersebut adalah untuk ke peringkat Ijazah Sarjana Muda.

Universiti-universiti tersebut merupakan universiti yang telah mendapat pengiktirafan daripada MQA, JPA, KPT,MMC, MVA dan WHO. Para pelajar yang mengambil subjek Sains di dalam SPM dan mendapat sekurang-kurangnya B bagi keputusan yang diperoleh, boleh mendaftar untuk melanjutkan pengajian ke bidang ini.

Bagi pelajar lepasan Asasi, Diploma, Matrikulasi dan lain-lain, pelajar perlu mendapat sekurang-kurangnya 3.0 bagi keseluruhan CGPA. Namun, jika pelajar mendapati keputusan yang diperoleh kurang daripada syarat yang diperlukan, pelajar boleh mendapatkan sesi konsultasi bersama Daulah Educonsult.

Peluang ini juga dibuka kepada pelajar yang tidak lepas untuk menyambung pengajian bidang veterinar di Malaysia. Jika pelajar benar-benar berminat, pelajar boleh mendapatkan khidmat nasihat dan bimbingan daripada Daulah Educonsult.

Daulah Educonsult sedia memberikan bimbingan kepada para pelajar dan turut membantu pelajar dalam melakukan pendaftaran ke universiti luar negara. Anda merupakan lepasan SPM namun mahu menyambung pengajian ke peringkat Ijazah Sarjana Muda? Jangan bimbang, Daulah Educonsult sedia menawarkan tempat pengajian asasi di kolej kerjasama Daulah di Kuala Lumpur.

BACA JUGA :   Permohonan Kemasukan Sambung Belajar Bidang Perubatan, Pergigian Dan Veterinar di Bangladesh Tahun 2022

 

Tidak hanya bidang veterinar, Daulah Educonsult juga menawarkan pelbagai lagi bidang pengajian lain di universiti luar negara. Antara bidang lain yang ditawarkan adalah perubatan, pergigian, farmasi, kejuruteraan pesawat, pengurusan perniagaan antarabangsa, Bahasa Arab, Usuluddin dan pelbagai lagi.

Antara pilihan universiti di luar negara yang ada ialah Rusia, Indonesia, Poland, Bangladesh dan lain-lain. Pendaftaran kemasukan ke universiti di luar negara menerusi Daulah Educonsult masih lagi dibuka. Adapun begitu, pastikan anda mendaftar segera kerana kuota pendaftaran mungkin akan ditutup atau penuh. Anda boleh hubungi dan ikuti Daulah Educonsult menerusi platform di bawah:

Website : http://daulahmedic.com/  
Facebook : Daulah Educonsult  
Youtube : Daulah Educonsult
Email : daulahmedic@gmail.com 
Nombor pejabat : 03-92851322
Nombor khidmat pelanggan : 018-9624322
Nombor konsultan utama : 013-2090322(Tuan Syed) 

Facebook Comments

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here