Terdahulu, kerajaan telah menarik semula beberapa eksport telur ayam yang telah dihantar ke Singapura. Perkara ini terjadi kerana pihak Singapura telah mengeluarkan kenyataan di mana telur ayam yang telah dihantar masuk ke Singapura telah dicemari bakteria Salmonella Enteritidis. Mengikut laporan dari Singapore Food Agency (SFA), telur ayam yang terlibat adalah daripada kumpulan pembekal Syarikat Lay Hong Berhad Layer Farm di Jeram, Selangor.

Berikutan dari perkara itu, KKM melalui Bahagian Keselamatan dan Kualiti Makanan bekerjasama dengan pihak dari Jabatan Perkhidmatan Veterinar menjalankan pemeriksaan lanjut ke atas premis dan telur ayam tersebut. Dengan itu, pihak KKM juga telah menganalisis 364 sampel telur ayam daripada sampel pemantauan di pasaran Malaysia. Namun, hanya mendapati dua sampel sahaja yang mengandungi bakteria Salmonella Enteritidis.

BACA JUGA :   'JAMBATAN BENGKOK' IMPIAN TUN DR. MAHATHIR AKAN TERCAPAI?

Justeru, kerajaan tidak akan tergesa-gesa untuk mengeksport semula telur ayam ke Singapura. Perkara ini untuk memastikan produk tersebut benar-benar selamat untuk digunakan. Ia untuk memastikan tiada bakteria Salmonella Enstritidis dikesan di dalam telur ayam.

Antara cara untuk mengesan bakteria terbabit adalah melalui ujian ke atas sampel calitan kloaka, calitan najis, sampel telur, makanan dan air minuman yang telah diambil dari ladang penelur. Pencemaran bakteria ini boleh berlaku di peringkat penternakan jika ladang ternak tidak diuruskan dengan baik. Ia juga boleh berlaku di sepanjang peringkat rantaian pemasaran disebabkan pengendalian yang kurang bersih.

deenamik

Bakteria ini boleh menyebabkan anda mengalami deman, cirit birit, sakit perut, muntah dan loya. Oleh itu, untuk mengelakkan anda daripada mengalami jangkitan bakteria khususnya daripada telur ayam, anda perlu mencuci telur ayam dengan sempurna, elak guna telur ayam yang sudah retak atau pecah, dan memasak telur ayam dengan sempurna.

BACA JUGA :   Singapura Tangguh Hantar Rombongan Jemaah Haji Bagi Tahun 2021.

Sumber: BERNAMA

Anda mahu melanjutkan pengajian ke peringkat Ijazah Sarjana Muda dalam bidang perubatan? Daftar kemasukan ke Kursk State Medical University, Rusia menerusi Daulah Educonsult sekarang!

Pendaftaran terbuka kepada lepasan SPM, IGCSE, O-Level, Diploma, STPM, Asasi dan lain-lain lepasan yang setaraf. Untuk mengetahui maklumat yang lebih lanjut, anda boleh berhubung dengan konsultan Daulah Educonsult di:

Website : http://daulahmedic.com/
Facebook : Daulah Educonsult
Youtube : Daulah Educonsult
Email : daulahmedic@gmail.com
Nombor pejabat : 03-92851322
Nombor khidmat pelanggan : 018-9624322
Nombor konsultan utama : 013-2090322 (Tuan Syed)

Facebook Comments

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here