Simpanan merupakan sesuatu yang disimpan untuk digunakan pada waktu-waktu ia diperlukan. Antara salah satu simpanan yang ada dan sering dilakukan oleh masyarakat zaman sekarang adalah simpanan wang. Adapun begitu, terdapat juga simpanan lain seperti emas, barang berharga dan lain-lain. Namun untuk kali ini, Deenamik akan memfokuskan pada simpanan wang.

Simpanan merupakan sesuatu yang sangat mudah untuk dilakukan namun ia memerlukan disiplin yang tinggi. Tidak hanya itu, simpanan wang juga memerlukan cara yang betul supaya seseorang itu tetap pada pendirian matlamatnya. Wang mungkin bukan segala-galanya, namun segala-galanya memerlukan wang.

Oleh itu, wang boleh diklasifikasikan sebagai satu keperluan penting dalam hidup seorang manusia. Untuk masa hadapan yang lebih terjamin, adalah penting untuk kita melakukan simpanan. Hal ini dikatakan kerana, apabila seseorang itu semakin meningkat dewasa, kudrat untuk melakukan pekerjaan semakin berkurang. Di sinilah simpanan akan memainkan peranan penting.

Bayangkan jika anda tiada simpanan kerana anda telah menggunakan semua wang yang diperoleh untuk membeli pelbagai jenis barangan yang tidak penting. Anda mungkin akan hidup secara sehelai sepinggang. Melihatkan perkara ini, kerajaan melakukan inisiatif untuk membangunkan KWSP. Sekurang-kurangnya, jika anda tidak melakukan simpanan sendiri, anda mempunyai backup yang dapat membantu anda.

BACA JUGA :   Mulakan Bisnes Dengan Tycoon Group Dan Anda Mampu Jana Pendapatan Lumayan!

Dengan itu juga, Tycoon Group mewujudkan satu pelan simpanan yang boleh berfungsi sebagai tabung KWSP anda yang kedua. Dengan adanya simpanan kedua ini, anda akan merasa lebih selamat dan kehidupan di kemudian hari akan lebih terjamin. Tidak hanya kepada anda, bahkan buat keluarga anda sendiri bakal peroleh manfaat darinya.

Berikut adalah tawaran simpanan dari Pelan Simpanan Eksklusif Tycoon Group.

Pelan Simpanan Eksklusif ini mempunyai tiga jenis yang dibahagiakan mengikuti tahun simpanan. Mengikut jadual yang dilampirkan, simpanan ini mempunyai tempoh perlindungan di samping tempoh simpanan yang dilakukan. Setiap simpanan, terdapat tempoh-tempoh tertentu di mana anda perlu melakukan simpanan. Baki daripada tempoh perlindungan tidak memerlukan penyimpan untuk melakukan simpanan.

Akan tetapi, ahli penyimpan akan dapat menerima manfaat seperti yang dinyatakan meskipun tidak lagi melakukan simpanan. Manfaat tersebut adalah Aliran Pendapatan Terjamin (Peratus Premium Tahunan) yang hanya akan anda peroleh melalui Pelan Simpanan Eksklusif Tycoon Group. Selain itu, ahli penyimpan juga layak menerima Dividen sepanjang tempoh tersebut.

BACA JUGA :   Ketahui Cara Untuk Menjana Pendapatan Lumayan Bersama Tycoon Group.

Dividen yang bakal diterima bermula dari 4% sehingga 6% daripada nilai simpanan pada setiap penghabisan tahun simpanan. Adapun begitu, Dividen ini tidak boleh dikeluarkan dan anda dapat mengumpulkannya bersama wang simpanan anda. Jenis pelan yang paling sesuai untuk belia yang berumur di antara 25 ke 35 tahun adalah Pelan Simpanan Eksklusif 20.

Dengan adanya simpanan ini, anda tidak perlu bimbang untuk menjalani hari-hari tua pada masa akan datang. Dalam pada itu, anda juga boleh melakukan simpanan tersebut untuk kegunaan anak-anak anda. Ianya juga boleh dijadikan sebagai modal atau dana untuk memulakan perniagaan yang boleh diwarisi.

Anda berminat untuk membuka akaun simpanan melalui Pelan Simpanan Eksklusif Tycoon Group? Hubungi pihak Tycoon Group menerusi platform yang berikut.

Website : https://tycoongroup.my/
Facebook : Tycoon Group
Instagram : Tycoon Group
Email : tycoon.groupwm@gmail.com
Nombor : 013-2090322 (Tuan Syed)

Facebook Comments

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here