Simpanan merupakan sesuatu topik yang sangat biasa sejak dari kita kecil sehingga dewasa. Sejak kecil, kita sudah diajar untuk membuat simpanan. Pepatah seperti; “Sikit-sikit, lama lama jadi bukit” juga sering dikaitkan apabila topik simpanan dibicarakan. Tidak dapat disangkal, simpanan mempunyai banyak manfaat kepada ahli penyimpan.

Antara kelebihan menyimpan adalah ia dapat digunakan pada masa kecemasan, ahli tidak perlu meminjam, ahli dapat memenuhi keperluan pada masa akan datang dan banyak lagi. Simpanan juga mempunyai banyak jenis. Ahli penyimpan boleh membuat simpanan mengikut tujuan yang telah ditetapkan.

Simpanan yang ada boleh terbahagi kepada simpanan jangka masa pendek, sederhana dan panjang. Selain berlainan masa, simpanan juga boleh dibuka menerusi pelbagai bentuk seperti simpanan tetap, simpanan pelaburan, simpanan mengikut bajet sendiri atau menerusi tabung-tabung tertentu.

Untuk melakukan simpanan, penyimpan perlu mendisiplinkan diri dengan mengorbankan sesetengah kehendak. Sebagai tuntasnya, jika ia adalah sesuatu yang luar daripada keperluan, adalah lebih baik jika kita tidak mengeluarkan wang untuk mendapatkannya. Dengan menyimpan, secara tidak langsung kita sudah memulakan pelaburan kecil terhadap diri sendiri.

Oleh itu, Deenamik akan memperkenalkan kepada anda di luar sana apakah simpanan jangka masa panjang terbaik yang boleh anda buka. Jika anda menyimpan dengan sendiri seperti di dalam bank atau tabung di rumah, ianya tidak ‘se’berbaloi membuka simpanan menerusi Pelan Simpanan Eksklusif Tycoon Group.

BACA JUGA :   Mulakan Bisnes Dengan Tycoon Group Dan Anda Mampu Jana Pendapatan Lumayan!

Antara kelebihan Pelan Simpanan Eksklusif adalah anda boleh menerima Aliran Pendapatan Terjamin pada setiap penghabisan tahun tempoh simpanan. Anda bakal terima manfaat ini mengikut peratusan yang telah ditetapkan mengikut jenis akaun yang telah dibuka.

Seperti lainnya, Pelan Simpanan Eksklusif ini turut menawarkan nilai dividen dari nilai simpanan yang telah anda simpan. Peratusan dividen adalah daripada 4% sehingga 6%. Adapun begitu, dividen ini tidak boleh dikeluarkan daripada simpanan. Untuk itu, Aliran Pendapatan Terjamin yang akan ditawarkan kerana ia boleh dikeluarkan.

Dividen tidak akan boleh dikeluarkan sehingga tempoh matang simpanan anda tamat. Anda tidak perlu bimbang kerana pelan simpanan daripada Tycoon Group ini adalah sah telah mendapat pengiktirafan daripada badan kerajaan Malaysia. Selain itu, simpanan anda juga akan mendapat perlindungan daripada perbadanan yang dipercayai.

Aliran Pendapatan Terjamin akan anda terima meskipun tempoh simpanan anda di dalam kontrak telah tamat. Ia dipanggil tempoh perlindungan di mana anda akan terima manfaat meskipun anda sudah tidak menyimpan lagi. Di sini, anda boleh melihat penggandaan simpanan anda.

Contoh situasi: Ali simpan RM2,400 setahun di bawah Pelan Simpanan Eksklusif 20. Ali berumur 27 tahun dan bekerja makan gaji. Simpanan akhir yang bakal diterima Ali adalah:

Ali simpan RM2,400 x 20 = RM48,000
Jumlah nilai dividen minimum yang diterima: (RM2,400 x 0.04) x 30  = RM2,880
Nilai Aliran Pendapatan Terjamin: RM2,400 x 17%/ 33%/ 70%
10 Tahun pertama: RM4,080
10 Tahun kedua: RM7,920
10 Tahun ketiga: RM16,800
Jumlah simpanan terkumpul: RM79,680

Jika dilihat pada perkiraan di atas, ia jelas menunjukkan Ali akan terima tambahan sebanyak RM30,000. Dan ianya adalah nilai minimum yang bakal diperoleh. Sekiranya Ali menunggu tempoh wang simpanannya matang iaitu selepas 30 tahun, Ali mempunyai wang di dalam RM80,000 miliknya sahaja pada usia 57 tahun.

BACA JUGA :   Jana Pendapatan Tambahan Menerusi Projek Mustang!

Dengan itu, Ali boleh melakukan apa sahaja dengan wang yang telah disimpannya. Cuba anda bayangkan jika anda membuka akaun ini dengan lebih awal? Atau anda membuka akaun untuk anak anda? Anak tersebut mungkin boleh memanfaatkan wang simpanan itu dengan membuka perniagaan, membayar wang pinjaman, membeli kenderaan impian, bahkan pergi melancong bersama anda sekeluarga.

Bagaimana? Berminat untuk membuka akaun simpanan menerusi Pelan Simpanan Eksklusif Tycoon Group? Hubungi Tycoon Group menerusi mana-mana platform di bawah:

Website : https://tycoongroup.my/
Facebook : Tycoon Group
Instagram : Tycoon Group
Email : tycoon.groupwm@gmail.com
Nombor : 013-2090322 (Tuan Syed)

Facebook Comments

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here