Pada 25 April 2021, pihak Panglima Tentera Indonesia (TNI) telah mengesahkan bahawa semua kru kapal selam KRI Nanggala 402 telah terkorban. Berita ini telah mendapat reaksi daripada pelbagai pihak dan negara.

Berdasarkan pernyataan daripada TNI Haji Tjahjanto, bukti-bukti bahawa kapal selam tersebut tenggelam adalah tepat. Berdasarkan visual yang diterima dari ‘Remotely Operated Underwater Vehicle’, bahagia badan kapal selam telah terbahagi kepada tiga. Bangkai kapal tersebut telah dijumpai pada kedalaman 838 meter di dasar laut perairan bali.

Pada awalnya, KRI Nanggala 402 dilaporkan terputus hubungan pada Rabu minggu lalu sewaktu di dalam misi latihan penembakan torpedo. Seramai 53 kru yang terlibat di dalam misi ini di dalam KRI Nanggala 402.

BACA JUGA :   Pinjaman bantu 2,000 usahawan PKS

Kapal tersebut diletakkan sebagai status ‘submissed’ dan kemudian berubah kepada ‘subsunk’. Beberapa serpihan yang dipercayai merupakan komponen kapal selam tersebut dijumpai di perairan Bali berserta tumpahan minyak. Terdapat juga barangan yang ditemui seperti bekas pelaras torpedo, paip pendingin, botol berwarna jingga, sejadah dan lain-lain.

Tidak hanya Indonesia, semenjak kehilangan KRI Nanggala 402, pelbagai bantuan untuk mencari telah diberikan. Malaysia tidak terkecuali. Kapal penyelamat kapal selam Tentera Laut Diraja Malaysia (TLDM), MV Mega Bakti telah menyertai operasi pencarian terbabit.

Sumber: BERNAMA

Mahu mendapatkan pengajian di peringkat Ijazah Sarjana Muda di universiti luar negara? Daftar kemasukan sekarang menerusi Daulah Educonsult.

Daulah Educonsult sedang membuka tawaran sambung belajar di luar negara kepada para pelajar lepasan SPM, IGCSE, IB, Diploma, Matrikulasi, STPM, STAM dan lain-lain lepasan yang setaraf. Hubungi Daulah Educonsult menerusi platform berikut.

BACA JUGA :   Bidang Perubatan di USU Adalah yang Terbaik!

Website : http://daulahmedic.com/
Facebook : Daulah Educonsult
Youtube : Daulah Educonsult
Email : daulahmedic@gmail.com
Nombor pejabat : 03-92851322
Nombor khidmat pelanggan : 018-9624322
Nombor konsultan utama : 013-2090322 (Tuan Syed)

Facebook Comments

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here