Pandemik COVID-19 adalah sebuah perkara yang semua orang tidak jangka akan berlaku. Ianya muncul secara tiba-tiba dan merebak dengan cepat ke seluruh dunia. Oleh yang demikian, beberapa peraturan atau syarat baharu telah dikemukakan untuk mengelakkan penularan daripada berlaku. Antaranya adalah penyekatan lawatan dari sesebuah negara ke negara lain.

Rakyat juga digalakkan untuk bekerja dari rumah. Dengan kemajuan teknologi yang ada pada masa kini, segalanya adalah tidak mustahil. Pekerja boleh bekerja dari rumah dan pelajar boleh belajar dari rumah. Teknologi masa kini merupakan sesuatu yang tidak terbatas antara negara. Oleh yang demikian, meskipun sekatan kemasukan ke negara dijalankan, ianya tidak memutuskan rangkaian yang menghubungkan komunikasi seluruh dunia.

Masyarakat dapat berhubung tanpa sempadan dengan adanya internet. Oleh itu, bagi pelajar-pelajar yang berminat untuk sambung belajar di luar negara, anda masih mempunyai peluang untuk menyambung pengajian ke universiti luar negara. Pelajar boleh melakukan pendaftaran ke universiti seperti biasa namun akan mengikuti kelas secara online sehingga kebenaran untuk merentas antara negara dibenarkan.

Pihak universiti boleh memberikan panduan tertentu kepada para pelajar luar negaranya supaya dapat memudahkan urusan pelajar. Antara universiti luar negara yang telah melakukan hal ini adalah Kursk State Medical University yang terletak di Rusia. Kursk State Medical University atau lebih mesra dikenali sebagai KSMU menawarkan pembelajaran secara dalam talian kepada pelajar Malaysia untuk sesi kemasukannya yang terbaharu.

BACA JUGA :   Privolzhsky Research Medical Universiti Merupakan Institut Perubatan Berprestij di Rusia.

KSMU juga merupakan antara sebuah institusi pendidikan perubatan yang terbaik di Rusia. Ia mempunyai pembelajaran dalam Bahasa Inggeris untuk memudahkan pelajar luar negara mereka. Tidak hanya itu, KSMU juga mempunyai empat sesi kemasukan iaitu pada bulan Februari, April, Jun dan September.

KSMU juga menawarkan bidang pra-perubatan selama setahun kepada pelajar lepasan SPM dan setaraf. Pelajar juga boleh terus menyambung pengajian ke peringkat Ijazah Sarjana Muda dengan mengikuti bidang perubatan selama enam tahun.  Bagi pelajar lepasan STPM, Diploma, Asasi, dan lain-lain yang setaraf, pelajar boleh terus memohon ke dalam bidang perubatan selama enam tahun tersebut.

Kelebihan lain yang ada pada KSMU adalah universiti ini menawarkan yuran pengajian yang tetap dan tidak berubah mengikut aliran mata wang seperti di kebanyakan universiti. Yuran tersebut juga telah termasuk dengan pelbagai jenis kemudahan seperti yuran pengajian, tempat penginapan dan lain-lain.

BACA JUGA :   Masjid Sebagai Destinasi Pelancongan Keagamaan

Jika pelajar berminat untuk menjadi salah seorang pelajar di KSMU, pelajar boleh melakukan pendaftaran bersama agensi Daulah Educonsult. Daulah Educonsult merupakan sebuah agensi yang boleh membantu pelajar untuk sambung pengajian di luar negara. Untuk ke KSMU, pelajar diperlukan untuk mengambil mata pelajaran sains tulen seperti Biologi, Kimia, Fizik dan Matematik @ Matematik Tambahan.

Syarat kelayakan di KSMU memerlukan pelajar untuk mendapat sekurang-kurangnya minimum B bagi semua subjek sains tersebut. Namun sekiranya pelajar memiliki keputusan selain dari syarat yang dikenakan, pelajar boleh berhubung terus dengan pihak Daulah Educonsult. Daulah Educonsult akan cuba membantu dan membimbing pelajar untuk merealisasikan impian pelajar untuk belajar di luar negara.

Pelajar berminat sambung belajar dalam bidang perubatan di KSMU? Hubungi pihak Daulah Educonsult seperti yang tertera di bawah atau isi borang pra-daftar di sini.

Website : http://daulahmedic.com/  
Facebook : Daulah Educonsult  
Youtube : Daulah Educonsult
Email : daulahmedic@gmail.com 
Nombor pejabat : 03-92851322
Nombor khidmat pelanggan : 018-9624322
Nombor konsultan utama : 013-2090322(Tuan Syed) 

Facebook Comments

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here