Anda memerlukan pendapatan tambahan dan mempunyai kenderaan? Ayuh daftarkan diri sebagai rakan pemandu atau penghantar di Safer. Pendaftaran pengaktifan akaun bersama Safer adalah percuma! Rebut peluang untuk jadi salah seorang rakan pemandu atau rakan penghantar Safer.
Safer masih lagi menawarkan promosi SIFAR caj penolakan komisen! Dengan itu, anda boleh menjalankan kerja penghantaran secara percuma sahaja. Safer masih lagi belum menetapkan tarikh akhir bagi promosi ini. Oleh itu, Safer mengharapkan anda di luar sana dapat memanfaatkan apa yang telah ditawarkan oleh Safer.
Bukan sahaja promosi yang dijalankan, waktu bekerja sebagai rakan penghantar dan pemandu juga adalah sangat fleksibel. Anda juga boleh memilih sama ada untuk menjalankan pekerjaan ini secara sepenuh masa atau separuh masa.
Selain itu, anda juga boleh menjana pendapatan aktif dan pasif dalam masa yang sama. Rakan penghantar dan pemandu dapat menjana pendapatan aktif dengan melakukan kerja-kerja penghantaran. Kemudian anda boleh menjana pendapatan pasif menerusi perkongsian referral code . Referral code tersebut boleh dikongsikan kepada sesiapa sahaja yang masih belum mempunyai akaun Safer.
Lebih ramai orang yang mendaftar menggunakan referral code anda, lebih tinggi pulangan yang bakal anda peroleh. Anda perlu memastikan bahawa mereka mendaftar akaun Safer menggunakan referral code tersebut. Anda akan terima 1% daripada nilai resit yang telah dibelanjakan setiap kali mereka menggunakan mana-mana perkhidmatan Safer.
Sebelum mendaftar, anda perlu memenuhi beberapa syarat kelayakan untuk menjadi rakan penghantar atau pemandu Safer. Syarat ini adalah sebagai langkah keselamatan kepada rakan penghantar serta pemandu dan pengguna.
Berikut adalah syarat untuk menjadi rakan penghantar:
- Mempunyai kenderaan seperti motosikal, kereta, van, lori dan lain-lain.
- Memiliki lesen memandu yang sah.
- Mempunyai telefon pintar dengan akses internet dan berfungsi dengan baik (iOS atau Android).
- Tiada had tahun kenderaan yang dikenakan.
Berikut adalah syarat untuk menjadi rakan pemandu:
- Mempunyai kenderaan seperti motosikal atau kereta.
- Memiliki lesen memandu yang sah dan penuh
- Memiliki lesen PSV (diuruskan sendiri) dan lesen EVP (diuruskan oleh pihak Safer).
- Tahun buatan kenderaan 2012 dan ke atas.
- Mempunyai telefon pintar dengan akses internet dan berfungsi dengan baik (iOS atau Android).
Jika anda memenuhi semua syarat kelayakan sebagai rakan pemandu atau penghantar, anda boleh mendaftar menerusi pautan http://tinyurl.com/ycetm3vh. Semasa pendaftaran dilakukan, anda perlu mengikuti semua langkah-langkah yang telah ditetapkan. Terdapat beberapa butiran dan dokumen yang diperlukan semasa mendaftar bersama Safer.
#Pastikan anda sendiri yang memuat naik dokumen tersebut sebagai langkah keselamatan.#
Berikut adalah antara dokumen yang diperlukan:
- Kad pengenalan pemandu
- Roadtax kenderaan
- Geran kenderaan
- Insurans kenderaan
- Akaun bank
Terdapat beberapa lagi butiran yang diperlukan, anda boleh mengikuti kesemua langkah yang telah tertera di paparan skrin anda. Pastikan anda memberikan semua maklumat dan dokumen yang diperlukan. Perkara ini untuk mengelakkan daripada permohonan daftar akaun anda ditolak kerana tidak memberikan maklumat dengan lengkap.
Anda juga boleh melakukan pendaftaran menerusi aplikasi Safer Driver. Aplikasi ini boleh diperoleh menerusi Google Play Store dan Apple App Store. Aplikasi ini juga merupakan medium yang akan anda gunakan untuk menerima ‘job’ dari pengguna Safer.
Tambahan, sekiranya anda telah memberikan segala butiran yang diperlukan dan akaun anda masih belum diaktifkan, anda perlu menghubungi pihak Safer. Anda boleh berhubung dengan pihak Safer menerusi mana-mana platform di bawah:
Customer Service : 011-2058 6389
Live Chat Safer : https://www.safer.my/
Anda juga boleh mengikuti Safer di laman sesawang rasmi dan media sosial rasmi Safer untuk mengetahui tawaran-tawaran terkini yang akan dianjurkan oleh Safer.
Official Website : https://safer.asia/
Facebook : https://www.facebook.com/saferasia/
Instagram : https://www.instagram.com/safer.my/
Twitter : https://twitter.com/SAFERofficial
TikTok: https://vt.tiktok.com/ZSJ2FEffN/
Youtube : https://bit.ly/safergroup