Anda merupakan pelajar lepasan SPM, IGCSE atau mana-mana lepasan yang setaraf? Mengambil subjek sains tulen sewaktu pengajian di sekolah? Berminat untuk menyambung pengajian ke peringkat yang lebih tinggi? Mempunyai cita-cita untuk menjadi pelajar lepasan universiti luar negara? Deenamik ada jawapan untuk semua persoalan anda.

Deenamik akan perkenalkan kepada anda sebuah universiti luar negara yang sangat sesuai untuk anda sambung pengajian. Universiti tersebut adalah Kursk State Medical University yang terletak di bandar Kursk, Rusia. Apa keistimew aan universiti ini? Mudah dipanggil sebagai KSMU, universiti perubatan ini antara universiti pilihan pelajar Malaysia untuk menyambung pengajian dalam bidang perubatan.

Mengapa? Salah satu sebabnya adalah ia menetapkan yuran pengajian secara Lock Fee! Apakah maksud Lock Fee tersebut? Lock Fee merupakan yuran tetap yang tidak akan berubah meskipun terdapat perubahan dalam nilai mata wang dunia. Yuran pengajian juga adalah di dalam Ringgit Malaysia, jadi anda tidak perlu bimbang tentang penukaran nilai mata wang.

BACA JUGA :   Jelajah Sambil Belajar ke Indonesia Bersama Daulah Educonsult

Selain itu, pengajian perubatan di KSMU adalah di dalam Bahasa Inggeris. Ianya merupakan antara universiti pertama  yang menawarkan pengajian dalam Bahasa Inggeris di Rusia. Perkara ini dapat memudahkan para pelajar untuk memahami pengajian dengan lebih pantas. Ia juga sangat membantu kepada mereka yang masih belum fasih di dalam Bahasa Rusia.

Bagi memastikan pelajar menerima latihan dalam pembelajaran yang terbaik, KSMU telah bekerjasama dengan hampir 25 buah klinik dan hospital kerajaan. Dengan itu, pelajar dapat merasai kehidupan sebenar sebagai pengamal perubatan. KSMU juga menawarkan fasiliti dan kemudahan yang terbaik kepada pelajarnya. Ia juga mempunyai kemudahan asrama yang boleh didiami para pelajar.

Tambahan dari itu, KSMU juga membuka pengajian kepada lepasan SPM dan setaraf untuk mendapatkan pengajian di peringkat pra-perubatan. Pra-perubatan ini boleh dikira sebagai asasi kepada pelajar sebelum menyambung pengajian ke bidang perubatan. Bidang pra-perubatan ini akan dijalankan selama satu tahun sebelum menyambung pengajian di peringkat perubatan selama enam tahun.

BACA JUGA :   Universiti luar negara yang DIIKTIRAF KPM- Lepasan Matrikulasi

Selain sesi Jun/Julai, KSMU juga mempunyai tiga lagi sesi kemasukan iaitu pada bulan Februari, April dan September. Dengan itu, pelajar boleh memilih untuk memasuki mana-mana sesi kemasukan mengikut kesediaan pelajar. KSMU juga merupakan antara universiti luar negara yang telah mendapat pengiktirafan daripada WHO, KPT, MQA, MMC dan JPA.

Bagi pelajar yang berminat untuk mendaftar kemasukan ke KSMU, pelajar boleh mendaftar menerusi agensi konsultasi pendidikan Daulah Educonsult. Daulah Educonsult sedia membantu dalam menguruskan kemasukan pelajar ke universiti di luar negara. Kepada anda yang berminat, anda boleh hubungi konsultan Daulah Educonsult menerusi mana-mana platform yang tertera di bawah.

Website : http://daulahmedic.com/  
Facebook : Daulah Educonsult  
Youtube : Daulah Educonsult
Email : daulahmedic@gmail.com 
Nombor pejabat : 03-92851322
Nombor khidmat pelanggan : 018-9624322
Nombor konsultan utama : 013-2090322(Tuan Syed) 

Facebook Comments

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here