Safer merupakan sebuah syarikat yang dibangunkan oleh rakyat bumiputera. Berdirinya Safer di arena perniagaan ini tidak lain dan tidak bukan untuk berdiri setanding dengan syarikat e-hailing di luar sana. Menawarkan pelbagai perkhidmatan kepada penggunanya, Safer juga giat membuka peluang kepada anda di luar sana untuk mencari pendapatan tambahan.

Antaranya adalah kepada peniaga-peniaga kecil yang menjual makanan dan minuman yang terkesan akibat pandemik COVID-19 ini. Tidak hanya kepada peniaga yang sudah lama berniaga, bagi anda yang baru sahaja mahu membuka perniagaan makanan turut diberi peluang serupa.

Para peniaga boleh mendaftar sebagai vendor makanan di Safer Food dan menjalankan perniagaan secara dalam talian. Tidak hanya itu, pelbagai lagi manfaat yang boleh diperoleh sekiranya menjadi vendor makanan di Safer Food. Safer juga tidak mengenakan sebarang bayaran pendaftaran kepada pendaftar baharu. Oleh itu, jika peniaga memenuhi kehendak dokumen yang diperlukan, peniaga boleh terus mendaftar sebagai vendor Safer Food.

Antara dokumen yang diperlukan semasa pendaftaran adalah:

  • Kad pengenalan
  • Lesen perniagaan
  • Lesen SSM
  • Sijil Halal (diwajibkan kepada peniaga bukan Islam)
  • Butiran akaun bank

Selain itu, terdapat beberapa butiran penting berkenaan perniagaan yang diperlukan semasa pendaftaran dilakukan. Antara butiran yang diperlukan adalah:

  • Waktu perniagaan beroperasi (Hari dan Masa)
  • Lokasi perniagaan dijalankan
  • Menu berserta gambar
  • Harga yang ditetapkan oleh peniaga
BACA JUGA :   Luaskan Perniagaan Anda Secara Online Menerusi Aplikasi Safer Food.

Jika peniaga memenuhi segala syarat dokumen dan butiran yang diperlukan, akaun peniaga akan dapat diaktifkan dalam masa 24 jam sahaja. Namun, jika peniaga mempunyai sebarang kekurangan, peniaga bolh mendapatkan khidmat nasihat daripada admin Safer Food Merchant. Safer Food Merchant juga menyediakan kelas kepada peniaga yang memerlukan bantuan dalam melakukan pendaftaran.

Pendaftaran boleh dilakukan menerusi laman sesawang rasmi Safer dan aplikasi Safer Food Merchant. Berikut adalah pautan yang boleh digunakan untuk melakukan pendaftaran dan muat turun aplikasi.

Melalui laman sesawang rasmi: https://www.safer.my/sign-up-restaurant

Melalui Google Play Store: https://bit.ly/SaferFood-PlayStore-Install 

Melalui Apple App Store: https://bit.ly/SaferFood-AppStore

Pautan untuk mengikuti kelas bersama Safer Food: https://bit.ly/KelasBersamaSaferFood

Terdapat beberapa perkara yang telah digariskan oleh Safer Food Merchant kepada para peniaga makanan. Ianya berkaitan dengan jenis makanan atau minuman yang boleh dijual dan sebaliknya. Selain itu, pihak peniaga juga perlu menyediakan pembungkusan yang lebih selamat terhadap pesanan. Perkara ini adalah untuk mengelakkan pesanan menjadi rosak semasa dalam proses penghantaran.

Dengan menjalankan perniagaan secara dalam talian bersama Safer, peniaga boleh menikmati promosi yang sangat hebat. Antara promosi yang sedang dijalankan buat masa ini adalah promosi 0% caj penolakan. Pihak Safer tidak akan mengambil apa-apa keuntungan daripada penjualan yang dijalankan menerusi Safer Food. Jadi, pastikan anda rebut peluang untuk jana keuntungan bersih sepanjang tempoh promosi berlangsung.

Selain menyediakan platform perniagaan secara dalam talian, Safer juga mempunyai Delivery Partner yang akan membantu para peniaga. Pesanan yang telah dilakukan akan diambil oleh Delivery Partner untuk dihantarkan terus kepada pemesan Jadi, peniaga hanya perlu menyediakan pesanan yang telah dipesan oleh pengguna.

Untuk mengetahui pelbagai lagi maklumat tambahan berkaitan peluang berniaga secara dalam talian, peniaga boleh mengikuti media sosial Safer. Safer juga menjalankan sesi LIVE di Facebook dan Instagram pada setiap Rabu jam 11.30 pagi. Semasa sesi LIVE berlangsung, anda boleh kemukakan soalan dan mendapatkan maklumat tambahan berkenaan tawaran yang diadakan.

Anda boleh berhubung dengan pihak Safer menerusi mana-mana platform di bawah:

Customer Service : 011-2058 6389
Live Chat Safer : https://www.safer.my/
Official Website : https://safer.asia/
Facebook : https://www.facebook.com/saferasia/
Instagram : https://www.instagram.com/safer.my/
Twitter : https://twitter.com/SAFERofficial
TikTok: https://vt.tiktok.com/ZSJ2FEffN/
Youtube : https://bit.ly/safergroup

Facebook Comments

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here