Pada 14 April 2021 lalu, kerajaan telah memutuskan untuk melaksanakan Perintah Kawalan Pergerakan ke atas tujuh kawasan di Kelantan. Kawasan tersebut meliputi Kota Bharu, Pasir Mas, Pasir Puteh, Bachok, Machang, Tumpat dan Tanah Merah. Pelaksanaan PKP di kawasan tersebut bermula pada 16 April sehingga 29 April ini.

Kemudian,bermula pada hari ini, tiga lagi jajahan di Kelantan dikenakan PKP menjadikan seluruh negeri Kelantan berada dalam keadaan PKP. Tiga jajahan tersebut meliputi Jeli, Kuala Krai dan Gua Musang. Pelaksanaan PKP akan berlangsung bermula hari ini sehingga 29 April 2021.

Keputusan ini dibuat berdasarkan berlakunya peningkatan ketara kes penularan COVID-19 di ketiga-tiga kawasan tersebut. Kementerian Kesihatan melaporkan peningkatan kes aktif sebanyak 83.9 peratus sepanjang tempoh dua minggu. Oleh itu, PKP dilaksanakan untuk memastikan pergerakan di lokaliti tersebut dapat dikawal bagi mengelakkan penularan jangkitan COVID-19 ke kawasan-kawasan lain.

BACA JUGA :   Lanjutan PKPB Di Kuala Lumpur Sehingga 20 Disember 2020.

Sehingga kini, sebanyak tujuh kluster pendidikan yang telah dicatatkan. Tujuh kluster tersebut membabitka guru, pelajar dan kakitangan sekolah. Terdapat lima lokasi di Kelantan yang melibatkan sekolah menengah dan sekolah tahfiz dikenakan PKPD.

Selain itu, di Sabah, terdapat tiga taman perumahan dikenakan PKP Diperketatkan iaitu Taman Aman 3, Taman Aman Jaya dan Taman Palm Height. PKPD ini juga akan bermula pada hari ini dan akan tamat pada 5 Mei 2021.

Disebabkan kes harian yang dikatakan mengalami peningkatan yang agak mendadak, tindakan tegas akan dilakukan kepada mereka yang melanggar SOP. Sehingga kini, pengeluaran kompaun telah banyak dikeluarkan kepada mereka yang didapati melanggar SOP.

BACA JUGA :   Negeri Di Pantai Timur Mulakan Tahun 2021 Dengan Banjir.

Sumber: BERNAMA, Berita Harian

Memerlukan sumber pendapatan yang lebih lagi? Jadi rakan penghantar atau pemandu Safer dan lakukan kerja-kerja penghantaran melaluinya. Safer masih lagi menjalankan promosi ‘Zero Commission’ untuk memudahkan anda peroleh pendapatan.

Beberapa syarat telah ditetapkan untuk menjadi rakan penghantar serta rakan pemandu. Hubungi atau layari laman sesawang rasmi Safer untuk mengetahui maklumat yang lebih lanjut.

Customer Service : 011-2058 6389
Live Chat Safer : https://www.safer.my/
Official Website : https://safer.asia/
Facebook : https://www.facebook.com/saferasia/
Instagram : https://www.instagram.com/safer.my/
Twitter : https://twitter.com/SAFERofficial
TikTok: https://vt.tiktok.com/ZSJ2FEffN/
Youtube : https://bit.ly/safergroup

Facebook Comments

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here