Di dalam sidang media khas oleh Menteri Kanan Pendidikan, Datuk Radzi Mohd Jidin, beberapa keputusan berkaitan pendidikan pelajar Malaysia telah dimuktamadkan. Perkara ini diputuskan setelah mengadakan sesi libat urus bersama guru besar, guru, Persatuan Ibu Bapa dan Guru (PIBG) dan beberapa persatuan berkaitan. Sesi tersebut melibatkan lebih daripada 1,700 peserta.

Sumber gambar: Berita Harian

Antara keputusan utama yang telah dilakukan adalah, pihak Kementerian Pendidikan Malaysia (KPM) bersetuju untuk membatalkan Pentaksiran Tingkatan Tiga (PT3) bagi tahun 2021. Perkara yang sama telah dilaksanakan pada tahun 2020 kini berulang akibat penularan COVID-19.

Keputusan ini telah dilakukan berdasarkan situasi semasa di mana pelajar mempunyai kekangan masa untuk melakukan persiapan khususnya pembelajaran secara bersemuka dengan tenaga pengajar. Tambahan itu, tanpa pelaksanaan PT3, kaedah pentaksiran murid masih boleh diteruskan.

BACA JUGA :   Nahas ! Asrama pelajar kolej Mahsa terbakar

Selain itu, keputusan untuk memansuhkan Ujian Penilaian Sekolah Rendah (UPSR) turut telah dimuktamadkan. Ia akan bermula pada tahun ini juga dan tiada peperiksaan gantian yang akan dilakukan. Fokus kementerian kali ini adalah untuk memperkasa Pentaksiran Berasaskan Sekolah dan Pentaksiran Kemasukan Sekolah Khusus (PKSK). Ia bakal menjadi komponen lain kepada pelajar yang berminat untuk ke sekolah berasrama penuh (SBP) dan lain-lain. Selain UPSR, Pentaksiran Alternatif Sekolah Rendah (PASR) juga bakal dimansuhkan.

Tambahan itu, telah keluarnya pekeliling dari KPM di mana jika terdapat kes positif COVID-19 di sekolah, sekolah tersebut perlu ditutup selama dua hari untuk proses sanitasi. Perkara ini boleh menyebabkan berlakunya kependekan masa bersemuka di antara guru dan pelajar. Sehingga kini, sudah banyak sekolah di setiap negeri ditutup akibat perkara ini.

BACA JUGA :   Dengan bunuh diri mampu selesaikan masalah ?!

Sumber: Astro Awani

Anda berminat untuk melanjutkan pengajian dalam bidang perubatan di Kursk State Medical University, Rusia? Lakukan pendaftaran menerusi Daulah Educonsult sekarang.

Permohonan kemasukan ke KSMU bagi sesi Jun/Julai telah dibuka. Pastikan anda book seat untuk sambung belajar ke peringkat Ijazah Sarjana Muda sekarang! Sebarang pertanyaan berkaitan cara pendaftaran dan yuran pengajian boleh diperoleh menerusi Daulah Educonsult.

Website : http://daulahmedic.com/
Facebook : Daulah Educonsult
Youtube : Daulah Educonsult
Email : daulahmedic@gmail.com
Nombor pejabat : 03-92851322
Nombor khidmat pelanggan : 018-9624322
Nombor konsultan utama : 013-2090322 (Tuan Syed)

Facebook Comments

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here