Semalam, Menteri Kementerian Kesihatan, Datuk Seri Dr Adham Baba telah melakukan sidang media dan majlis pelancaran buku “Malaysia Health Sector Response To COVID-19 Pandemic – Perspectives From The Field” di Pejabat Menteri Kesihatan. Selain itu, beliau turut mengulas lanjut berkaitan perjalanan pandemik COVID-19 di dalam negara.

Perkara utama yang dibentangkan adalah berkenaan penurunan kuasa mengeluarkan kompaun diberikan kepada pegawai berkuasa PBT. Perkara ini juga melibatkan pihak Bandaraya, Majlis Perbandaran dan Majlis Daerah.

Oleh itu, pegawai berkuasa PBT kini boleh memberikan kompaun kepada individu yang telah melakukan kesalahan perlanggaran SOP. Ianya telah dilaksanakan bermula 14 April bersamaan dengan tarikh kebenaran penganjuran bazar dibuka.

BACA JUGA :   Darurat : Pemimpin Parti PN Sudah Puas Hati

Antara perkara yang telah dibentangkan adalah beliau menyatakan bahawa penularan wabak COVID-19 masih lagi pada tahap yang membimbangkan. Oleh itu, beliau mengatakan adalah lebih baik sekiranya kerajaan menangguhkan kebenaran rentas negeri.

Perkara ini telah menerima banyak respons yang rata-ratanya kecewa. Memandangkan perayaan Aidilfitri merupakan antara perayaan yang besar, ramai di antara rakyat meluahkan rasa kecewa dan sedih. Di media sosial, pelbagai reaksi masyarakat setelah Dr Adham Baba mengeluarkan kenyataan tersebut. Ada juga yang mengambil kesempatan untuk menyindir kumpulan-kumpulan tertentu.

Tambahan dari itu, Dr Adham telah ditanya berkaitan kebenaran rentas negeri oleh individu yang sudah melengkapkan suntikan vaksin COVID-19. Beliau menyatakan pihaknya masih lagi menunggu keputusan daripada WHO dan CDC.

BACA JUGA :   Trump-Amerika Syarikat Seakan Melepasi Kemuncak Kes nCov19

Sumber: Sidang Media Menteri Kesihatan, Datuk Seri Dr Adham Baba

Anda memerlukan pendapatan tambahan? Ayuh sertai Safer dengan menjadi rakan penghantar atau pemandu. Anda dapat menjalankan pekerjaan secara separuh masa atau sepenuh masa.

Terdapat beberapa syarat kelayakan yang perlu anda penuhi dan terdapat perbezaan untuk menjadi rakan pemandu atau rakan penghantar. Berminat untuk mengetahui peluang ini dengan lebih lanjut. Ikuti Safer di:

Official Website : https://safer.asia/
Facebook : https://www.facebook.com/saferasia/
Instagram :https://www.instagram.com/safer.my/
Twitter :https://twitter.com/SAFERofficial
TikTokhttps://vt.tiktok.com/ZSJ2FEffN/
Youtube : https://bit.ly/safergroup 

Facebook Comments

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here