Anda merupakan peniaga kecil yang sudah lama berkecimpung di dalam industri ini atau baharu sahaja hendak mulakan langkah awal? Ayuh sertai Safer Food Merchant sebagai vendor makanan. Anda boleh mendaftarkan perniagaan anda bersama Safer secara percuma sahaja!

Pendaftaran boleh dilakukan menerusi laman sesawang rasmi Safer atau aplikasi Safer Food Merchant. Terdapat beberapa syarat dan butiran yang perlu diberikan semasa pendaftaran untuk memudahkan urusan pengaktifan. Jika anda mahu akaun peniaga anda diaktifkan dengan segera, anda perlu mengikuti langkah-langkah yang telah ditetapkan.

Berikut adalah syarat kelayakan dan butiran yang diperlukan untuk mendaftar bersama Safer Food Merchant.

  • Kad pengenalan peniaga
  • Lesen perniagaan
  • Lesen dari SSM
  • Sijil Halal
  • Akaun bank perniagaan
  • Waktu perniagaan beroperasi (Hari dan Masa)
  • Lokasi perniagaan dijalankan
  • Menu berserta gambar
  • Harga makanan atau minuman yang dijual

Sekiranya peniaga telah melengkapkan semua syarat dan butiran yang diperlukan, tetapi akaun masih belum diaktifkan. Peniaga boleh menghubungi pihak Safer untuk dapatkan bantuan lanjut. Pendaftaran hanya boleh dilakukan menerusi laman sesawang rasmi Safer dan aplikasi yang boleh didapati di Google Play Store serta Apple App Store.

BACA JUGA :   Safer Food Meluaskan Legasi Makanan Ke Seluruh Negara

Klik pautan untuk mendaftar: https://www.safer.my/sign-up-restaurant

Selain memberikan peluang kepada para peniaga untuk meluaskan perniagaan secara dalam talian, Safer juga menawarkan promosi ‘Zero Commission’ kepada semua vendor Safer. Dengan adanya promosi ini, pihak peniaga dapat berniaga secara percuma sahaja tanpa ada apa-apa penolakan caj komisen.

Safer turut mempunyai servis penghantaran yang akan dijalankan oleh rakan penghantar Safer. Rakan penghantar akan mengambil pesanan pengguna dan menghantarnya kepada pemesan.

Untuk menerima pesanan, peniaga perlu menghidupkan ciri notifikasi di aplikasi supaya peniaga mengetahui peniaga mempunyai pesanan. Sekiranya peniaga tidak menghidupkan ciri tersebut, peniaga tidak akan menerima pesanan daripada pengguna. Aplikasi Safer Food Merchant ini dimiliki sepenuhnya oleh pihak peniaga. Peniaga juga boleh melakukan semakan berkenaan status jualan menerusi aplikasi tersebut.

Khidmat promosi secara dalam talian juga telah ditawarkan oleh Safer. Pihak Safer akan mempromosikan perniagaan vendor-vendor Safer secara percuma!

BACA JUGA :   Sebarkan Makanan Anda Sebagai Safer Food Merchant Di Safer Food

Jika peniaga masih belum memahami bagaimana cara untuk mendaftarkan perniagaan, Safer juga menawarkan kelas tambahan untuk para peniaga. Peniaga boleh menempah kelas bersama pihak Safer Food Merchant menerusi pautan https://bit.ly/KelasBersamaSaferFood. Tidak hanya itu, Safer juga menjalankan sesi LIVE di Facebook dan Instagram. Jika peniaga mempunyai sebarang pertanyaan, peniaga boleh bertanya semasa LIVE dilangsungkan.

Sesi LIVE tersebut akan diadakan pada setiap minggu dan topik berkaitan Safer Food Merchant akan berlangsung pada setiap Rabu jam 11.30 pagi. Adapun begitu, jika anda mempunyai sebarang pertanyaan berkaitan tawaran yang dijalankan oleh Safer, anda boleh hubungi pihak Safer menerusi:

Customer Service : 011-2058 6389
Live Chat Safer : https://www.safer.my/
Official Website : https://safer.asia/
Facebook : https://www.facebook.com/saferasia/
Instagram :https://www.instagram.com/safer.my/
Twitter :https://twitter.com/SAFERofficial
TikTokhttps://vt.tiktok.com/ZSJ2FEffN/
Youtube : https://bit.ly/safergroup 

Facebook Comments

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here