Safer Food Merchant telah meluaskan tawaran kepada peniaga makanan di sekitar negeri Pantai Timur. Perkara ini telah dilakukan berikutan tindak balas daripada permintaan pengguna dan peniaga sendiri. Oleh yang demikian, para peniaga di negeri Kelantan dan Terengganu boleh mendaftarkan perniagaan bersama Safer Food Merchant. Tawaran ini juga terbuka kepada semua peniaga termasuk peniaga makanan tepi jalan, warung, home-kitchen, trak makanan dan lain-lain lagi.
Para peniaga boleh menjalankan perniagaan secara dalam talian dan secara tidak langsung meluaskan lagi rangkaian pelanggan peniaga. Tidak hanya itu, Safer Food Merchant juga menawarkan tawaran promosi secara dalam talian. Perniagaan yang berdaftar di bawah Safer Food Merchant akan dipromosikan secara berkala dengan percuma.
Apakah syarat-syarat untuk berniaga bersama Safer Food Merchant? Berikut adalah butirannya.
- Mempunyai lesen perniagaan/ premit perniagaan.
- Mempunyai lesen dari Suruhanjaya Syarikat Malaysia.
- Memiliki sijil halal (terutama kepada peniaga bukan Muslim).
- Melampirkan kad pengenalan peniaga.
- Memberikan butiran akaun bank.
Jika anda berjaya mengemukakan semua butiran yang diperlukan, perniagaan anda akan diaktifkan dalam masa 24 jam sahaja. Oleh itu, peniaga perlu memastikan bahawa semua dokumen atau butiran telah dilengkapkan bagi memudahkan urusan pengaktifan. Selain memberikan butiran atau dokumen, peniaga juga perlu menyertakan maklumat berkaitan perniagaan seperti:
- Lokasi perniagaan
- Waktu perniagaan beroperasi (Masa dan Hari)
- Menu makanan berserta gambar
- Harga makanan yang dijual
Setelah melengkapkan segala butiran dan dokumen yang diperlukan, peniaga sudah boleh menjalankan perniagaan secara dalam talian. Antara kelebihan lain jika berniaga secara dalam talian adalah penggunaan ruang kedai akan dapat diminimumkan. Perkara ini kerana pelanggan akan memesan makanan dan menikmatinya di rumah mereka atau di tempat kerja atau di mana-mana sahaja.
Safer Food Merchant juga menyediakan khidmat rakan penghantar yang boleh menghantarkan pesanan makanan pengguna. Dengan itu, peniaga yang perlu menerima pesanan dan menyediakannya.
Berminat untuk menjalankan perniagaan secara dalam talian bersama Safer Food Merchant? Lakukan pendaftaran menerusi laman sesawang rasmi Safer atau aplikasi Safer Food Merchant. Pendaftaran menerusi laman sesawang – https://www.safer.my/sign-up-restaurant.
Aplikasi Safer Food Merchant boleh didapati di:
Google Play Store – https://bit.ly/SaferFood-PlayStore-Install
Apple App Store – https://bit.ly/SaferFood-AppStore
Bagaimana dengan yuran pendaftaran? Jangan bimbang! Safer Food Merchant tidak mengenakan sebarang caj pendaftaran dan lebih menarik lagi, anda boleh berniaga secara percuma sahaja bersama Safer.
Safer Food Merchant sedang menjalankan promosi ‘Zero Commission’ kepada semua vendor Safer. Perkara ini dijalankan untuk memberikan kemudahan kepada peniaga-peniaga makanan di luar sana untuk terus bertahan dalam dunia perniagaan semasa situasi pendemik ini. Safer Food Merchant tidak akan mengenakan sebarang caj penolakan komisen sepanjang tempoh promosi dijalankan.
Untuk maklumat yang lebih lanjut, para peniaga boleh mengikuti sesi LIVE di Facebook atau Instagram rasmi Safer. LIVE berkenaan dengan topik Food Merchant akan dijalankan setiap Rabu pada pukul 11.30 pagi. Tambahan dari itu, peniaga juga boleh berhubung terus dengan pihak Safer menerusi mana-mana platform di bawah.
Customer Service : 011-2058 6389
Live Chat Safer : https://www.safer.my/
Official Website : https://safer.asia/
Facebook : https://www.facebook.com/saferasia/
Instagram : https://www.instagram.com/safer.my/
Twitter : https://twitter.com/SAFERofficial
TikTok: https://vt.tiktok.com/ZSJ2FEffN/
Youtube : https://bit.ly/safergroup