Anda merupakan pelajar lepasan SPM, IGCSE, STPM, Diploma, Asasi, Matrikulasi atau sebagainya? Mempunyai cita-cita untuk belajar di peringkat Ijazah Sarjana Muda di universiti luar negara? Ayuh kenali sedikit sebanyak universiti yang ditawarkan di Indonesia.
Indonesia merupakan antara negara yang mempunyai hubungan diplomatik yang sangat baik dengan Malaysia. Oleh itu, adalah tidak menjadi masalah sekiranya pelajar Malaysia mahu menyambung pengajian di mana-mana universiti di Indonesia. Jarak di antara negara juga tidak terlalu jauh.
Jangan lepaskan peluang untuk menyambung pengajian ke universiti di Indonesia. Pendaftaran bagi sesi 2021 masih lagi dibuka bagi sesetengah universiti. Bagi pelajar yang berminat, pendaftaran boleh dilakukan menerusi agensi pendidikan Daulah Educonsult. Antara bidang pengajian yang telah ditawarkan adalah Perubatan, Pergigian, Farmasi, Usuluddin, Syariah dan lain-lain.
Universiti yang ditawarkan di Indonesia merupakan universiti yang telah mendapat pengiktirafan, jadi pelajar tidak perlu bimbang untuk menyambung pengajian ke universiti di Indonesia. Antara agensi yang telah memberikan pengiktirafan adalah:
- Jabatan Perkhidmatan Awam (JPA)
- Agensi Kelayakan Malaysia (MQA)
- Majlis Pergigian Sendiri (MDC)
- Majlis Perubatan Malaysia (MMC)
- Persatuan Farmasi Malaysia (MPS)
Bagi pelajar yang berminat untuk melanjutkan pengajian ke Indonesia, pelajar boleh membuat tempahan awal dengan cara ‘booking seat’. Berikut adalah antara pilihan universiti-universiti yang ditawarkan di Indonesia:
Universitas Sumatera Utara
Universiti ini merupakan universiti awam yang terletak di Medan dan ditubuhkan pada tahun 1952. Ia menawarkan bidang perubatan, pergigian dan farmasi. Terkenal sebagai universiti terbaik di Pulau Sumatera dan merupakan universiti pertama yang mempunyai Fakulti Kedokteran (Perubatan).
Universitas Hasanuddin
Dibangunkan pada tahun 1956 di Makassar, universiti ini menawarkan bidang pengajian dalam bidang perubatan kepada pelajar. Tempoh pengajian adalah selama lima tahun.
Universitas Airlangga
Merupakan universiti kedua tertua di Indonesia, ianya merupakan universiti awam yang terletak di Surabaya, Jawa Timur. Bidang pengajian yang ditawarkan adalah bidang perubatan, pergigian, farmasi dan veterinar.
Universitas Padjadjaran
Mempunyai hospital sendiri dan boleh menjalankan latihan praktikal kepada pelajar, ianya menawarkan bidang pergigian, perubatan dan farmasi.
Universitas Islam Negeri Sultan Syariff Kassim
Universiti yang lebih mesra dipanggil dengan UIN SUSKA ini menawarkan bidang pengajian yang pelbagai kepada pelajar. Program pengajian yang ditawarkan pula adalah pelbagai antaranya pengajian dalam fakulti Usuluddin, Syariah dan Hukum, Dakwah dan Komunikasi dan lain-lain lagi.
Universitas Islam Negeri Ar-Raniry
Universiti ini juga menawarkan bidang pengajian Islam kepada pelajar. Pelbagai kursus pengajian yang boleh dipilih dari beberapa fakulti yang ada di universiti tersebut.
Sebagai tambahan, syarat kelayakan umum untuk mendaftarkan diri dalam bidang perubatan atau lain-lain yang berkenaan dengan sains kesihatan, pelajar perlu memperoleh sekurang-kurangnya minimum B bagi setiap subjek sains bagi lepasan SPM atau setaraf dan 3.0 CGPA bagi lepasan Diploma atau setaraf.
Untuk mendaftarkan diri dalam bidang Pengajian Islam pula, pelajar perlu memperoleh sekurang-kurangnya minimum B bagi semua subjek bagi lepasan SPM atau setaraf dan mendapat 3.0 CGPA bagi lepasan Diploma atau setaraf.
Sekiranya pelajar benar-benar berminat untuk menyambung pengajian ke Indonesia, pelajar boleh melakukan pra-pendaftaran menerusi borang https://bit.ly/2WUlBh9 atau anda boleh berhubung dengan mana-mana konsultan Daulah Educonsult. Untuk maklumat yang lebih lanjut, pelajar boleh layari laman sesawang rasmi Daulah Educonsult di:
Website : http://daulahmedic.com/
Facebook : Daulah Educonsult
Youtube : Daulah Educonsult
Email : daulahmedic@gmail.com
Nombor pejabat : 03-92851322
Nombor khidmat pelanggan : 018-9624322
Nombor konsultan utama : 013-2090322 (Tuan Syed)