Impian untuk melanjutkan pengajian di luar negara merupakan sebuah impian yang kadang-kala tidak terjangkau oleh seseorang pelajar. Perkara ini kerana terdapatnya cabaran-cabaran yang perlu ditempuhi untuk menjadi seorang graduan universiti luar negara. Adapun begitu, jika pelajar memang benar-benar berminat untuk melanjutkan pengajian di luar negara, Daulah Educonsult mempunyai jawapannya.

Daulah Educonsult merupakan sebuah agensi pendidikan yang boleh memberikan bimbingan dan membantu pelajar dalam merealisasikan impian pelajar untuk belajar di luar negara. Misi syarikat adalah untuk menawarkan bimbingan kepada para pelajar Malaysia untuk mendapatkan pendidikan tinggi di luar negara sambil mengejar cita-cita mereka.

Antara pilihan negara yang paling dekat yang boleh anda mendaftarkan diri melalui Daulah Educonsult adalah negara Indonesia. Negara jiran ini memberikan kerjasama yang sangat baik dan Malaysia juga mempunyai hubungan yang baik dengan negara tersebut. Oleh itu, jika para pelajar berminat untuk melanjutkan pengajian di Indonesia, pastikan anda mendaftarkan kemasukan menerusi agensi pendidikan Daulah Educonsult.

Berikut adalah antara universiti yang boleh anda pilih jika mahu menyambung pengajian di Indonesia ke peringkat Ijazah Sarjana Muda.

  1. Universitas Sumatera Utara, Medan
BACA JUGA :   Ini Punca-Punca Gigi Berlubang. No 3 Paling Ramai Lakukan.

Universiti ini menawarkan bidang pengajian Perubatan yang terbaik di Indonesia. Lebih mudah dipanggil sebagai USU, ianya dibina pada tahun 1952 atas keprihatinan Gabenor Sumatra Utara pada ketika itu.

  1. Universitas Airlangga, Surabaya

Dibina pada tahun 1847 dan telah diberi nama mengikut raja yang memerintah tanah Jawa Timur ketika itu, Prabu Airlangga. Ia dibangunkan untuk memberikan pendidikan kepada pemuda-pemuda di Jawa yang berbakat untuk menjadi pakar perubatan. Universiti ini menawarkan bidang Perubatan, Farmasi, Pergigian dan Veterinar.

  1. Universitas Hasanuddin, Makassar

Dibangunkan pada tahun 1948 dengan satu fakulti, ianya bercambah pada tahun 1956 dengan mendirikan Fakulti Kedoktoran. Sejak itu ia telah menawarkan pelbagai bidang pengajian kepada pelajar termasuklah bidang perubatan.

  1. Universitas Padjadjaran

Dibuka untuk memenuhi keinginan pemuda di Jawa. Universiti ini dibangunkan dengan pelbagai fakulti pendidikan. Untuk permulaan ia dibina di Bandung dengan Fakulti Hukum dan Pengetahuan Masyarakat, Fakulti Ekonomi, Fakulti Keguruan & Ilmu Pendidikan dan Fakulti Kedoktoran. Sekarang, ia menawarkan bidang farmasi, perubatan dan pergigian kepada pelajar.

  1. Universitas Islam Negeri Sultan Syarif Kasim, Riau

Lebih mudah dipanggil dengan panggilan UIN SUSKA, Universiti merupakan universiti yang menawarkan pelbagai bidang pengajian di bawah Pengajian Islam kepada pelajar. Mempunyai banyak cawangan di sekitar bandar-bandar di Indonesia, UIN SUSKA merupakan universiti yang mempunyai ramai pelajar Malaysia.

BACA JUGA :   Tawaran Sambung Belajar Di Rusia Dalam Bidang Perubatan Masih Dibuka Oleh Daulah Educonsult.

Terdapat pelbagai lagi universiti yang ditawarkan di Indonesia selain dari yang dinyatakan di atas. Jika anda berminat untuk melanjutkan pengajian di Indonesia, anda boleh lakukan pendaftaran bersama Daulah Educonsult sekarang. Daulah Educonsult masih lagi membuka pendaftaran kemasukan dan sesi kemasukan ke universiti Indonesia adalah pada bulan September.

Selain Indonesia, Daulah Educonsult juga menawarkan kepada pelajar untuk sambung pengajian di negara luar yang lain seperti Rusia, Poland, Bangladesh, Mesir dan lain-lain. Selain itu, terdapat juga bidang-bidang lain yang ditawarkan di universiti luar negara tersebut. Berminat untuk melanjutkan pelajaran di luar negara. Hubungi Daulah Educonsult di:

Website : http://daulahmedic.com/  
Facebook : Daulah Educonsult  
Youtube : Daulah Educonsult
Email : daulahmedic@gmail.com 
Nombor pejabat : 03-92851322
Nombor khidmat pelanggan : 018-9624322
Nombor konsultan utama : 013-2090322(Tuan Syed) 

Facebook Comments

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here