Rusia adalah sebuah negara yang keluasannya mengatasi gabungan beberapa buah negara. Ianya juga merupakan antara negara yang mempunyai iklim yang pelbagai dan mempunyai banyak tempat-tempat bersejarah yang boleh dilawati.
Tambahan daripada itu, ia adalah sebuah negara yang menawarkan peluang tempat pengajian yang terbaik kepada pelajar. Jika pelajar berminat untuk menyambung pengajian di sana, pelajar boleh memohon kemasukan untuk ke peringkat Ijazah Sarjana Muda di Rusia.
Permohonan bagi kemasukan ke universiti di Rusia telah ditawarkan oleh agensi Konsultasi Pendidikan Daulah Educonsult. Selain Rusia, terdapat banyak lagi tawaran negara yang boleh dipilih seperti Indonesia, Poland, Bangladesh, Mesir dan lain-lain. Daulah Educonsult ditubuhkan untuk merealisasikan impian pelajar yang berminat untuk sambung belajar di luar negara.
Sebelum itu, ayuh kenali apakah antara universiti yang ditawarkan di Rusia.
Kursk State Medical University
Menawarkan bidang pra-perubatan, perubatan dan gerontologi.
Volgograd State Medical University
Menawarkan bidang perubatan.
Privolzsky Research Medical University
Menawarkan bidang perubatan.
I.M. Sechenov First Moscow State Medical University
Menawarkan bidang perubatan.
Moscow Aviation Institute
Menawarkan bidang kejuruteraan pesawat.
Saint Petersburg University
Menawarkan bidang pengurusan perniagaan antarabangsa.
Seperti yang dinyatakan di atas, setiap universiti menawarkan bidang yang berbeza. Ianya juga mempunyai kemudahan dan fasiliti yang berlainan daripada universiti yang ada. Syarat kelayakan untuk memasuki universiti di sekitar Rusia juga adalah berbeza.
Namun, untuk memudahkan para pelajar, berikut adalah syarat kelayakan universiti yang perlu dipenuhi.
- Lepasan SPM dan setaraf: Memperoleh minimum B bagi semua subjek terutama subjek Sains.
- Lepasan Diploma, Asasi, Matrikulasi dan setaraf: Memperoleh minimum 3.0 bagi keseluruhan keputusan.
Adapun begitu, jika pelajar memperoleh selain daripada syarat kelayakan yang telah ditetapkan, pelajar boleh berhubung dengan pihak Daulah Educonsult untuk mendapatkan sesi konsultasi lanjut.
Pendaftaran bagi kemasukan ke universiti adalah pada bulan September bagi kebanyakan universiti. Namun, terdapat perbezaan bagi Kursk State Medical University di mana ia membuka lebih daripada sesi kemasukan. Sesi kemasukan kebiasaan adalah pada bulan September.
Berminat untuk mengetahui dengan lebih lanjut berkaitan peluang yang ditawarkan Daulah Educonsult? Hubungi konsultan Daulah menerusi mana-mana platform yang berikut.
Website : http://daulahmedic.com/
Facebook : Daulah Educonsult
Youtube : Daulah Educonsult
Email : daulahmedic@gmail.com
Nombor pejabat : 03-92851322
Nombor khidmat pelanggan : 018-9624322
Nombor konsultan utama : 013-2090322 (Tuan Syed)