Untuk menjadi seorang usahawan adalah tidak mudah, namun ianya mempunyai kemanisan yang akan diperoleh di kemudian hari. Oleh itu, jika anda mempunyai semangat untuk menjadi seorang usahawan kewangan, anda boleh menjadi salah seorang ahli Tycoon Group. Tycoon Group menawarkan peluang kepada anda untuk menjalankan bisnes dengan menjadi seorang usahawan kewangan.
Dengan itu, terdapat beberapa langkah yang perlu diikuti untuk menjadi ahli Tycoon Group. Langkah yang pertama adalah anda perlu membuka satu akaun simpanan daripada Pelan Simpanan Eksklusif Tycoon Group. Akaun Simpanan ini boleh menjadi kunci atau tabung simpanan anda pada masa yang akan datang.
Anda boleh memilih satu daripada tiga Pelan Simpanan Eksklusif yang ada. Setiap pelan mempunyai syarat dan manfaat yang berbeza.
Setelah membuka mana-mana akaun simpanan, anda boleh terus mendaftar menjadi ahli Tycoon Group. Setelah mendaftar anda akan mendapat title sebagai Associate Agent. Untuk menjadi seorang Usahawan Kewangan (Wealth Manager) anda perlu menjadi Wealth Advisor.
Ada satu ujian yang perlu dilalui oleh ahli untuk menjadi seorang Wealth Advisor. Ujian ini perlu diambil untuk memastikan ahli layak menjalankan bisnes bersama Tycoon Group. Ujian tersebut adalah Pre-Contract Examination yang sering dijalankan oleh pegawai insurans. Terdapat bayaran yang akan dikenakan untuk menduduki ujian ini.
Namun, jika ahli lulus di dalam ujian tersebut, bayaran akan dipulangkan kepada ahli. Sekiranya ahli gagal, ahli boleh mengambil semula ujian tersebut. Bersama Tycoon Group, anda akan dibantu untuk menjalani ujian ini. Anda akan mendapatkan bantuan dari segi kelas dan mengetahui pengalaman ahli terdahulu.
Setelah lulus, ahli sudah boleh menjalankan bisnes ini sebagai Wealth Advisor. Cara ahli Tycoon Group menjana pendapatan adalah dengan mengajak lebih ramai orang untuk membuka akaun simpanan. Bagi setiap bukaan akaun simpanan, ahli akan menerima sehingga 35% nilai komisen daripada jumlah nilai simpanan tahunan yang dibuka dan berdasarkan jenis pelan simpanan.
Pembahagian komisen adalah seperti berikut:
- Bagi bukaan akaun simpanan Pelan Simpanan Eksklusif 5 = 8.75%
- Bagi bukaan akaun simpanan Pelan Simpanan Eksklusif 10 = 17.5%
- Bagi bukaan akaun simpanan Pelan Simpanan Eksklusif 20 = 35%
Kiraan adalah seperti yang berikut.
Sekiranya ahli WA berjaya untuk mencapai sasaran yang telah ditetapkan, ahli akan dinaikkan pangkat kepada Wealth Advisor (WM) atau Usahawan Kewangan. Dengan menjadi ahli yang berpangkat WM, ahli sudah boleh mengembangkan rangkaian bisnes sendiri dan boleh menerima sehingga lima lapisan komisen.
Nilai tingkat komisen adalah sebanyak 35% pada lapisan pertama, 11% bagi lapisan kedua, 8% bagi lapisan ketiga, 7% bagi lapisan keempat dan 4% bagi lapisan kelima. #Nilai komisen bergantung pada nilai bukaan akaun jenis Pelan Simpanan Eksklusif 20. Selain menjalankan bisnes dan jana pendapatan menerusinya, ahli juga boleh menerima manfaat lain daripada Tycoon Group.
Tambahan daripada itu, ahli juga perlu mengikuti kelas atau modul yang telah disediakan untuk ahli mendapatkan pengetahuan tambahan berkaitan bisnes ini.
Antara manfaat lain adalah berpeluang untuk mendapat tiket percutian ke luar negara, Ipad di samping dapat menggunakan fasiliti atau kemudahan yang ada di Tycoon Group. Latihan bersama ahli berpengalaman juga akan diberikan kepada anda. Jadi anda tidak perlu bimbang untuk menyertai Tycoon Group.
Namun, jika anda berminat untuk menyertai Tycoon Group, anda boleh berhubung dengan pihak Tycoon Group menerusi platform:
Website : https://tycoongroup.my/
Facebook : Tycoon Group
Instagram : Tycoon Group
Email : tycoon.groupwm@gmail.com
Nombor : 013-2090322 (Tuan Syed)