Adakah anda mempunyai simpanan untuk masa hadapan selain daripada KWSP? Jika tiada, anda boleh buka akaun simpanan menerusi Smart Saving Plan bersama Tycoon Group. Smart Saving Plan adalah pelan simpanan yang sangat mudah untuk dibuka dan ahli penyimpan juga dapat pelbagai manfaat.

Sebelum membuka akaun simpanan, apa kata Deenamik menceritakan sedikit apakah kepentingan mempunyai simpanan ini. Berikut adalah beberapa kepentingan wang simpanan yang telah dirumuskan.

  1. Simpanan Untuk Masa Depan

Jika kita menyimpan, mesti kita akan gunakan simpanan tersebut masa yang akan datang. Selain itu, kita juga mesti sudah mempunyai persiapan rapi untuk apa simpanan tersebut dilakukan. Antara matlamat yang paling biasa adalah untuk kegunaan di hari-hari tua apabila kita sudah tidak dapat bekerja lagi.

  1. Bekalan Untuk Kegunaan Kecemasan

Simpanan boleh membuatkan kita mengelak dari melakukan pinjaman. Kita tidak akan tahu bila kita akan ditimpa musibah atau menghadapi kecemasan. Dengan melakukan simpanan, sedikit sebanyak ia dapat membantu mengurangkan beban yang ditanggung pada waktu itu.

  1. Boleh Menjadi Modal Perniagaan

Setelah sekian lama makan gaji akan bekerja di bawah orang, pasti akan timbul satu niat di mana kita mahu membuka peluang kepada orang lain pula. Peluang ini dapat dibuka dengan adanya perniagaan baharu yang mampu untuk dijalankan secara sendiri atau bersama rakan kongsi. Dengan adanya simpanan, kita dapat mengurangkan kos pinjaman yang diperlukan untuk perniagaan tersebut.

BACA JUGA :   Kenali Jenis Simpanan Jangka Masa Panjang Selain KWSP.

Selain itu, simpanan juga boleh menjadi dana kepada pendidikan anak-anak pada masa hadapan dan juga boleh menjadi pemula kepada generasi yang seterusnya. Oleh yang demikian, jika anda mahu membuka akaun simpanan dan memenuhi beberapa kepentingan di atas, anda boleh membuat akaun simpanan menerusi Smart Saving Plan oleh Tycoon Group.

Smart Saving Plan atau Pelan Simpanan Eksklusif Tycoon Group mempunyai tiga jenis simpanan yang boleh dipilih. Ketiga-tiga pelan tersebut merupakan pelan simpanan jangka masa panjang yang boleh dipilih mengikut kesesuaian tujuan dan umur penyimpan.

Umur yang paling optimum untuk membuka akaun simpanan ini adalah daripada 20 sehingga 50 tahun. Adapun begitu, ianya juga boleh dibuka dengan lebih awal lagi mengikut kemahuan ahli penyimpan atau warisnya.

Rujuk jadual di bawah untuk mengetahui beberapa syarat dan manfaat Smart Saving Plan Tycoon Group.

Tempoh perlindungan yang dinyatakan di dalam jadual merupakan tempoh yang telah ditambah dengan tempoh tahun simpanan. Oleh itu, berikut adalah ringkasan bagi kedua-dua tempoh yang terlibat.

Tempoh perlindungan – tempoh simpanan = Tempoh tambahan perlindungan

Tempoh tambahan perlindungan merupakan tempoh yang mana anda boleh menerima Aliran Pendapatan Terjamin meskipun tempoh simpanan ahli sudah mencapai masanya. Ahli penyimpan tidak lagi perlu untuk melakukan simpanan pada tempoh itu sebaliknya hanya menunggu wang simpanan tersebut matang.

BACA JUGA :   Tycoon Group Buka Peluang Kepada Anda Untuk Menjalankan Bisnes Melalui Projek Mustang.

Selain menerima Aliran Pendapatan Terjamin, ahli penyimpan juga layak menerima Dividen tidak tetap daripada 4 sehingga 6 peratus daripada nilai simpanan tahunan. Dividen ini tidak boleh dikeluarkan manakala Aliran Pendapatan Terjamin boleh dikeluarkan. Kedua-dua manfaat ini akan diterima setelah tamat satu tahun tempoh simpanan.

Tambahan daripada itu, Tycoon Group juga menawarkan peluang kepada ahli penyimpan untuk menjalankan bisnes. Capaian tertinggi bagi bisnes ini adalah anda boleh menjadi Usahawan Kewangan dengan pendapatan yang berganda-ganda. Ahli juga perlu menjadi ahli Tycoon Group yang sah. Berminat untuk membuka akaun simpanan atau menjalankan bisnes bersama Tycoon Group?

Hubungi pihak Tycoon Group menerusi:

Website : https://tycoongroup.my/
Facebook : Tycoon Group
Instagram : Tycoon Group
Email : tycoon.groupwm@gmail.com
Nombor : 013-2090322 (Tuan Syed)

Facebook Comments

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here