TVET adalah sebuah singkatan kepada Pendidikan Teknikal dan Latihan Vokasional. Ia menawarkan pengajian yang berasaskan industri yang memerlukan tenaga kerja dan yang berkemahiran tinggi. Malaysia pernah berada di bawah stigma di mana TVET merupakan pengajian kelas kedua sebelum pengajian akademik.
Namun, setelah peredaran zaman, ianya sudah menjadi satu bidang pengajian yang telah dapat diterima oleh masyarakat. Di dalam ucapan Tan Sri Muhyiddin Yassin sewaktu merasmikan penutup Ekspo dan Sidang Kemuncak Pendidikan TVET 2021, beliau menegaskan bahawa pengajian TVET bukanlah pengajian kelas kedua.
Ianya bukan untuk pelajar yang tercicir atau mendapat keputusan yang kurang cemerlang, akan tetapi boleh menjadi pembangun kepada kerjaya berasaskan kemahiran. Kerjaya menerusi TVET mampu untuk memberikan pendapatan yang lumayan kepada graduannya.
Tambahan daripada itu, skop TVET adalah berlandaskan standard pekerjaan yang diiktiraf. Ia memberikan penekanan kepada komponen praktikal, kemahiran psikomotor dan pendedahan kepada industri yang sebenar.
Tambah Perdana Menteri, pengajian TVET adalah pokok kepada pembangunan sumber manusia dalam membangunkan tenaga kerja yang berkemahiran tinggi terutama dalam bidang-bidang baharu di dalam negara.
Kelebihan graduan TVET adalah mereka telah didedahkan kepada latihan praktikal yang lebih awal dan berpanjangan berbanding graduan akademik.
Sumber: BERNAMA
Berminat untuk melanjutkan pengajian dalam bidang perubatan di universiti perubatan terbaik Indonesia? Ayuh daftar segera bersama Daulah Educonsult. Dengan keputusan percubaan SPM, anda juga boleh mendaftar!
Perlukan bantuan atau ada sebarang pertanyaan? Hubungi pihak Daulah Educonsult di:
Website : http://daulahmedic.com/
Facebook : Daulah Educonsult
Youtube : Daulah Educonsult
Email : daulahmedic@gmail.com
Nombor pejabat : 03-92851322
Nombor khidmat pelanggan : 018-9624322
Nombor konsultan utama : 013-2090322 (Tuan Syed)