Tycoon Group merupakan sebuah kumpulan yang diwujudkan untuk memberikan galakan kepada anda di luar sana untuk melakukan simpanan. Tambahan dari itu, Tycoon Group juga ditubuhkan untuk mendidik masyarakat bagi membuat tabungan khas di samping menggandakan wang tersebut melalui Dividen dan Bonus. Selain itu, kumpulan ini juga menjalankan bisnes dengan kadar peratusan pulangan yang sangat tinggi.

Berminat untuk ketahui bisnes ini dengan lebih lanjut? Baca artikel ini sehingga tamat! Bisnes bersama Tycoon Group merupakan satu bentuk bisnes inovasi yang telah banyak dijalankan di luar sana. Bisnes ini dijalankan melalui kerjasama syarikat kewangan terbesar dunia. Oleh itu, anda tidak perlu bimbang untuk menjalankan bisnes bersama Tycoon Group.

Bisnes ini juga telah mendapat pengiktirafan daripada badan kerajaan Malaysia. Tambahan, melalui bisnes yang dijalankan ini, wang simpanan anda juga telah mendapat perlindungan daripada salah satu badan kerajaan kewangan Malaysia.

Apa sebenarnya bisnes yang telah ditawarkan oleh Tycoon Group ini? Bisnes bersama Tycoon Group adalah berdasarkan sistem referral dan anda perlu mengajak orang lain untuk membuka akaun simpanan. Disebabkan Tycoon Group membuka peluang untuk membuka akaun simpanan, ia telah menjadi satu produk yang mampu untuk memberikan pulangan kepada kedua-dua ahli penyimpan dan ahli Tycoon Group.

Disebabkan bisnes ini telah mendapat pengesahan daripada badan kerajaan, ahli baharu yang mahu mendaftar perlu melalui beberapa langkah tertentu. Berikut adalah aliran langkah yang perlu diikuti untuk menjalankan bisnes sebagai Wealth Advisor (WA).

BACA JUGA :   Meneroka Bumi Rusia Sambil Menuntut Ilmu

Pertama sekali, ahli perlu membuka akaun simpanan sendiri terlebih dahulu. Melalui ini, ahli akan lebih memahami selok belok simpanan yang ditawarkan. Dengan kata mudah, untuk mengajak orang lain menerima sesuatu perkara, kita perlu terlebih dahulu mengambil pengalaman. Menerusi ini, ahli akan menjadi lebih meyakinkan apabila berhadapan dengan mereka yang berminat untuk melakukan simpanan.

Seterusnya, ahli akan diserap menjadi ahli Tycoon Group yang sah dan digelar sebagai Associate Agent. Setelah menjadi ahli Tycoon Group, bimbingan dan latihan akan diberikan kepada ahli baharu menerusi ahli berpengalaman Tycoon Group. Ahli juga perlu menjalani ujian PCE untuk mengesahkan ahli sebagai Wealth Advisor.

Sekiranya ahli lulus, ahli sudah boleh menjalankan bisnes ini bersama Tycoon Group. Jika ahli tidak lulus, ahli boleh mengulang ambil ujian sehingga lulus. Terdapat bayaran pendaftaran awal yang perlu dibayar untuk menjalani ujian ini, adapun begitu, wang akan dikembalikan sekiranya ahli berjaya lulus dalam ujian tersebut.

Melalui pengesahan yang telah diperolehi, ahli boleh memberikan lebih keyakinan kepada mereka di luar sana bahawa bisnes ini adalah sahih dan sah. Tycoon Group juga mempunyai pejabat sendiri yang digunakan untuk menguruskan urusan dalaman kumpulan.

Dengan itu, tiada istilah penipuan yang akan wujud. Pengasas kepada Tycoon Group juga sudah mempunyai banyak anak syarikat yang diketuainya, jadi ahli boleh menjadikan faktor ini sebagai salah satu asbab untuk meyakinkan bakal ahli baharu.

BACA JUGA :   Menyimpan Dan Jana Pendapatan Bersama Tycoon Group Menerusi Projek Mustang.

Setelah mengajak seorang ahli baharu, ahli akan menerima sekurang-kurangnya 8.75% daripada nilai wang simpanan yang telah dibuka ahli baharu. Nilai peratusan yang paling tinggi yang boleh didapati melalui bisnes ini adalah sebanyak 30%. Nilai peratusan adalah bergantung kepada pembukaan jenis akaun simpanan yang dibuka oleh ahli penyimpan yang baharu. Dapatan menerusi bisnes ini digelar sebagai komisen referral.

Berikut adalah contoh perkiraan bagi sesuatu situasi komisen referral.

Contoh lain pengiraan komisen

Abu merupakan ahli Tycoon Group. Dia mengajak rakannya, Ihsan untuk membuka akaun simpanan di bawah Pelan Simpanan Eksklusif Tycoon Group. Ihsan bersetuju dan telah memilih jenis Pelan Simpanan Eksklusif 20 dengan tempoh matang selama 30 tahun. Ihsan membuka akaun simpanan dengan nilai minimum iaitu RM2400 per tahun.

Jadi komisen yang bakal diperoleh Abu adalah:

35% x RM2400 = RM840

Dengan itu, untuk seorang ahli baharu sahaja Abu boleh mendapatkan nilai komisen minimum sekitar RM840. Sekarang, cuba anda bayangkan jika Abu mengajak setiap seorang dalam masa dua hari dalam tempoh satu bulan. Tidakkah ia boleh mencapai sehingga RM12 ribu? Dengan ini Abu sudah mendapatkan pendapatan melebihi empat angka dalam masa satu bulan sahaja!

Berminat untuk menjalankan bisnes ini bersama Tycoon Group? Hubungi Tycoon Group melalui:

Website : https://tycoongroup.my/
Facebook : Tycoon Group
Instagram : Tycoon Group
Email : tycoon.groupwm@gmail.com
Nombor : 013-2090322 (Tuan Syed)

Facebook Comments

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here