Pada 8.45 malam semalam, berlaku satu kemalangan di antara dua buah tren Transit Aliran Ringan (LRT). Kejadian berlaku di kawasan dalam terowong di antara stesen perhentian KLCC dan Kampung Baru. Tren yang terlibat merupakan tren yang membawa 213 penumpang tanpa pemandu dan tren kosong yang dibawa oleh pemandu.

Gambar hiasan

Perlanggaran berlaku dengan pertembungan antara kedua-dua tren dari arah yang bertentangan di mana tren yang mempunyai penumpang datang dari arah Gombak manakala tren kosong datang dari arah Subang Jaya. Tren yang datang dari Subang Jaya tersebut adalah tren yang rosak dan sedang dipandu uji.

Kejadian tersebut menyebabkan sebilangan penumpang tercedera. Ada yang secera parah dan ada yang cedera ringan. Seramai 47 penumpang dikejarkan ke Hospital Kuala Lumpur dan 17 orang lagi menyusul menjadikan jumlah seramai 64 penumpang yang mendapatkan rawatan di Hospital Kuala Lumpur.

Daripada 64 penumpang yang sedang menjalani rawatan, seramai 6 orang berada dalam keadaan kritikal (3 pesakit dalam ICU), 15 orang separa-kritikal dan 43 tidak kritikal. Kira-kira 102 penumpang lain mengalami kecederaan ringan atau tidak mengalami kecederaan.

BACA JUGA :   Murid Tahun 4 maut dilanggar van sekolah

Pasukan penyelamat yang terdiri daripada anggota Jabatan Bomba dan Penyelamat Malaysia (JBPM), Polis Diraja Malaysia (PDRM), pegawai perubatan dari HKL dan Angkatan Pertahanan Awam Malaysia. Pihak pasukan penyelamat telah menjalankan tugas dengan sebaiknya untuk membantu para penumpang yang terlibat di dalam kemalangan tersebut.

Kesemua penumpang berjaya dikeluarkan dari tren lebih kurang jam 9.28 malam tadi. Menurut Menteri Pengangkutan, pihaknya akan menubuhkan satu Pasukan Petugas Khas untuk menyiasat dengan lebih lanjut berkenaan kejadian ini. Keputusan akan dikeluarkan dalam masa 2 minggu.

Insiden LRT: 213 penumpang cedera - Utusan Digital
Antara gambar yang tular di media sosial.

Berikutan dengan kejadian ini, Pengerusi Prasarana, YB Dato’ Sri Haji Tajuddin melahirkan rasa kesal dan duka cita. Dengan itu, beberapa inisiatif telah dilakukan berbentuk kewangan kepada penumpang yang terlibat. Antaranya:

  1. Bantuan kewangan khas RM1,000 kepada semua penumpang yang terlibat.
  2. Bantuan kewangan untuk menampung kos perubatan, rawatan susulan dan sebagainya,
  3. Bantuan sara hidup bagi mereka yang kehilangan pendapatan akibat kejadian.
BACA JUGA :   Macam Babak Filem: Kereta Dirempuh Bas RapidKL Kerana...

Perkhidmatan LRT Laluan Kelana Jaya dijangka akan pulih sepenuhnya dalam tempoh tiga hari. Ia berikutan keperluan kerja-kerja pembersihan dan pemulihan dilakukan semasa perkhidmatan masih lagi beroperasi seperti biasa. Adapun begitu, kekerapan tren telah dikurangkan dan tren menggunakan satu landasan.

Mengikut sumber, kejadian yang berlaku semalam adalah kemalangan terburuk yang pernah direkodkan sejak LRT mula beroperasi pada tahun 1996.

Sumber: Facebook RapidKL

Tambah duit anda menerusi aplikasi Safer. Safer menawarkan peluang untuk anda mendapatkan pendapatan tambahan secara pasif melalui cara perkongsian referral code.

Pengguna boleh menerima 1% daripada nilai resit apabila pendaftar referral menggunakan mana-mana perkhidmatan Safer. Berminat untuk ketahui dengan lebih lanjut atau mahu mengetahui promosi-promosi terkini daripada Safer? Hubungi Safer di:

Customer Service : 011-2058 6389
Live Chat Safer : https://www.safer.my/
Official Website : https://safer.asia/
Facebook : https://www.facebook.com/saferasia/
Instagram : https://www.instagram.com/safer.my/
Twitter : https://twitter.com/SAFERofficial
TikTok: https://vt.tiktok.com/ZSJ2FEffN/
Youtube : https://bit.ly/safergroup

Facebook Comments

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here