Anda merupakan pelajar lepasan SPM, IGCSE, O atau A-level, STPM, STAM, Diploma, Asasi, Matrikulasi atau lain-lain? Berminat untuk bergelar pelajar lepasan Ijazah Sarjana Muda di universiti luar negara? Daftar sebagai mana-mana pelajar universiti luar negara bersama Daulah Educonsult sekarang. Permohonan dibuka untuk sesi 2021 dan 2022.

Bimbang dengan keadaan pandemik COVID-19 yang mungkin mengganggu perjalanan anda untuk mendapatkan sijil tamat pengajian? Usah khuatir, sekarang pelajar sedang menjalani pembelajaran secara dalam talian daripada rumah. Kebanyakan pelajar baharu yang mendaftar sepanjang tempoh pandemik telah menjalani pembelajaran secara dalam talian sahaja kerana masih belum dibenarkan untuk berkuliah secara bersemuka.

Jika ada kebenaran untuk ke luar negara, pembelajaran tetap dijalankan secara dalam talian daripada hostel atau kediaman masing-masing di sana. Mengikut pengalaman seorang pelajar di bawah agensi Daulah Educonsult, kelas dijalankan mengikut waktu yang telah ditetapkan dari negara asal universiti. Adapun begitu, pihak universiti memberikan waktu yang bersesuaian kepada pelajar yang datang dari negara yang berbeza.

Tidak mahu ketinggalan untuk menimba ilmu pengetahuan di universiti luar negara meskipun dalam keadaan pandemik? Daftar sebagai pelajar di mana-mana universiti luar negara yang telah ditawarkan oleh Daulah Educonsult. Selain memberikan peluang untuk sambung pengajian di luar negara, Daulah Educonsult juga menawarkan sesi konsultasi percuma kepada pelajar.

BACA JUGA :   Pengalaman Sambung Pengajian Ke Mesir Bersama Daulah Educonsult

Jika anda tidak memenuhi syarat kelayakan yang telah ditetapkan oleh universiti atau mahu mendapatkan pandangan tambahan berkenaan universiti yang dipilih, konsultan Daulah sedia membantu. Cadangan bidang dan universiti juga akan diberikan sekiranya pelajar mahu bertanyakan berkenaan kelayakan pelajar menerusi keputusan yang telah diperoleh.

Berikut adalah universiti yang telah ditawarkan oleh Daulah Educonsult:

Rusia

Kursk State Medical University Pra-prubatan, perubatan, gerontologi
Volgograd State Medical University Perubatan
Piroshky  Research Medical University Perubatan
I.M. Sechenov First Moscow State Medical University Perubatan
Moscow Aviation Institute Kejuruteraan Pesawat
Saint Petersburg University Pengurusan Perniagaan Antarabangsa

Indonesia

Universitas Sumatera Utara Perubatan, Farmasi, Pergigian
Universitas Airlangga Perubatan, Farmasi, Pergigian, Veterinar
Universitas Hasanuddin Perubatan
Universitas Padjadjaran Farmasi, Perubatan, Pergigian
Institut Pertanian Bogor Veterinar
Universitas Islam Negeri Sultan Syarif Kasim Pengajian Islam
Universitas Islam Negeri Ar-Raniry Pengajian Islam

Poland

Medical University of Lodz Perubatan
Medical University of Warsaw Perubatan
Warsaw University of Technology Kejuruteraan
Vistula University Kejuruteraan
Vincent Pol University Pengurusan Perniagaan Antarabangsa

Bangladesh

Mymensingh Medical College Perubatan
Dhaka Medical College Perubatan
Dhaka Dental College Pergigian
Chittagong Medical University Perubatan
Bangladesh Agricultural University Veterinar

Mesir

Universiti Al-Azhar Pengajian Islam
Universiti Mansoura Perubatan
Universiti Cairo Perubatan
Universiti Zagazig Perubatan
Universiti Alexandria Perubatan
BACA JUGA :   Tahniah Kepada Lepasan SPM

Untuk mengetahui syarat kelayakan dan proses pendaftaran penuh dengan lebih lanjut. Anda boleh hubungi pihak Daulah Educonsult. Jika benar-benar berminat, pastikan anda mendaftar segera sebelum permohonan ditutup atau kuota penuh. Setiap negara dan universiti yang ditawarkan oleh Daulah mempunyai syarat kemasukan yang berbeza.

Antara perbezaan ketara yang mungkin boleh dijadikan panduan adalah yuran pengajian yang ditawarkan, keperluan ujian kemasukan universiti, sesi temu duga dan lain-lain lagi. Sekiranya anda mahu mendapatkan maklumat dengan lebih lengkap, pastikan anda hubungi agensi konsultasi pendidikan Daulah Educonsult. Agensi ini boleh dihubungi menerusi:

Website : http://daulahmedic.com/   
Facebook : Daulah Educonsult   
Youtube : Daulah Educonsult  
Email : daulahmedic@gmail.com  
Nombor pejabat : 03-92851322 
Nombor khidmat pelanggan : 018-9624322  
Nombor konsultan utama : 013-2090322 (Tuan Syed)

Facebook Comments

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here