Adakah anda sudah mempunyai akaun sebagai pengguna atau USER Safer? Jika belum, pastikan anda mendaftar sebagai pengguna sekarang! Pelbagai manfaat yang boleh anda peroleh sekiranya anda mendaftar sebagai pengguna Safer. Apakah yang ada di Safer dan dari mana ia datang?

Safer adalah sebuah aplikasi yang telah dibangunkan oleh Safer Group. Ianya telah mula beroperasi sekitar bulan Mei tahun 2020. Aplikasi Safer ini merupakan aplikasi yang telah dikeluarkan dan dikelola oleh syarikat bumiputera tempatan. Ianya juga merupakan aplikasi yang diciptakan untuk pengguna Muslim yang mana merupakan penganut agama majoriti di Malaysia.

Safer menawarkan pelbagai jenis perkhidmatan yang boleh dipesan secara dalam talian. Perkhidmatan-perkhidmatan tersebut terdiri daripada Safer Ride, Safer Swift, Safer Food, Safer Delivery dan Safer Concierge. Berikut adalah ulasan lanjut berkenaan perkhidmatan-perkhidmatan yang ditawarkan.

Safer Ride

Perkhidmatan ini merupakan perkhidmatan yang menawarkan khidmat penghantaran dari satu lokasi ke lokasi yang lain. Pengguna berpeluang untuk memilih jenis kereta yang dimahukan mengikut kesesuaian kehendak dan keperluan. Terdapat empat jenis kategori iaitu SaferGo, SaferGo Xtra, Safer Gold dan Safer Indulge.

Safer Swift

Menyerupai fungsi perkhidmatan Safer Ride, jenis kenderaan adalah sedikit berbeza iaitu menggunakan motosikal. Ia telah diinspirasikan daripada perkhidmatan ‘ojek’ yang ada di Indonesia. Jika pengguna mahu ke satu destinasi dengan pantas, Safer Swift adalah pilihan terbaik.

BACA JUGA :   Tidak Perlu Keluar Rumah, Hanya Gunakan Safer Delivery Untuk Penghantaran Pantas!

Safer Food

Menawarkan platform untuk memesan makanan secara dalam talian, terdapat pelbagai jenis masakan dan makanan yang ditawarkan. Memandangkan perkhidmatan ini berfokuskan kepada vendor dari peniaga-peniaga kecil, terdapat pelbagai pilihan makanan dan jenis kedai yang boleh dipilih. Apa yang penting adalah kesemua makanan yang dijual dipastikan halal dan selamat dimakan oleh pengguna.

Safer Delivery

Perkhidmatan ini pula merupakan khidmat penghantaran barangan. Terdapat dua jenis kategori yang boleh dipilih mengikut keperluan dan kapasiti barangan yang perlu dihantar. Yang pertama adalah Single Delivery di mana penghantaran hanya boleh dilakukan ke satu lokasi sahaja. Yang kedua adalah Multiple Delivery, boleh menghantar barangan ke banyak lokasi pilihan.

Safer Concierge

Menawarkan khidmat bantuan seperti pembantu peribadi, pengguna boleh menempah perkhidmatan ini mengikut kontrak yang telah ditetapkan. Kontrak tersebut melibatkan jumlah masa yang dijanjikan dan jenis pertolongan yang ditawarkan. Pengguna boleh memesan perkhidmatan ini untuk mendapatkan pertolongan dari segi mengangkat barangan, menemani ibu atau bapa anda ke temu janji doktor ketika anda kesibukan atau lain-lain.

Semua aplikasi ini boleh dipesan menerusi aplikasi Safer. Pendaftaran untuk menjadi pengguna Safer boleh dilakukan menerusi pautan https://tinyurl.com/y6u9r4f5. Aplikasi ini boleh dimuat turun menerusi Google Play Store dan Apple App Store. Pastikan anda memuat turun aplikasi yang betul.

Selain menggunakan mana-mana perkhidmatan yang ditawarkan, pengguna Safer juga berpeluang untuk jana pendapatan tambahan melalui aplikasi ini. Pendapatan tambahan ini boleh diperoleh melalui pengaktifan pendapatan pasif melalui perkongsian referral code. Bagaimana pendapatan ini dijana?

PENDAPATAN PASIF

Pendapatan pasif di Safer akan dijana setelah mereka yang masih belum mempunyai akaun Safer mendaftar mengguna referral code pengguna lama. Pengguna yang telah berkongsikan referral code tersebut perlu memastikan pendaftar baharu mengguna code mereka untuk mendaftar. Setelah pendaftaran dilakukan, pengguna akan memperoleh 1% daripada nilai transaksi yang telah dijalankan oleh pendaftar referral setiap kali mereka menggunakan mana-mana perkhidmatan di Safer.

Melalui ini, anda akan menjana pendapatan tambahan tanpa anda mengetahuinya. Penerimaan 1% tersebut akan dimasukkan ke dalam akaun e-wallet Safer pengguna. Setelah mencapai sasaran tertentu, pengguna boleh melakukan cash-out dan wang tersebut akan dimasukkan ke dalam akaun bank peribadi pengguna.

Kelihatan menarik? Daftar sekarang sebagai pengguna Safer dan ketahui promosi terkini dari masa ke semasa melalui media sosial rasmi Safer. Pihak Safer boleh dihubungi menerusi mana-mana platform yang berikut.

Customer Service : 011-2058 6389
Live Chat Safer : https://www.safer.my/
Official Website : https://safer.asia/
Facebook : https://www.facebook.com/saferasia/
Instagram : https://www.instagram.com/safer.my/
Twitter : https://twitter.com/SAFERofficial
TikTok: https://vt.tiktok.com/ZSJ2FEffN/
Youtube : https://bit.ly/safergroup

Facebook Comments

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here