Beberapa hari kebelakangan ini, negara dikejutkan dengan kes kematian yang semakin meningkat sehingga boleh mencapai angka 45 dalam satu hari. Perkara ini boleh dikatakan sangat bimbang kerana peningkatan kes positif COVID-19 juga berlaku dan kes sembuh kurang daripada kes positif. Mengikut kes baharu harian yang dicatatkan, Selangor menjadi penyumbang utama bagi peningkatan kes negara.

Sumber: Facebook Dr Adham Baba

Perkara ini mungkin disebabkan oleh ujian saringan COVID-19 secara percuma mengikut kawasan telah dilakukan di Selangor. Adapun begitu, apabila ditanya berkenaan langkah yang bakal dilakukan di Selangor kepada Menteri Kementerian Kesihatan, Dr Adham Baba, beliau berkata kemungkinan untuk Selangor dikenakan Perintah Kawalan Pergerakan (PKP) penuh adalah tinggi.

KKM dikatakan menyarankan kerajaan untuk melaksanakan PKP penuh di Selangor sekiranya kes baharu di Selangor masih meningkat. Cadangan untuk melaksanakan prosedur standard operasi (SOP) yang lebih ketat juga akan dikenakan jika jangkitan COVID-19 masih gagal dikawal.

BACA JUGA :   Rentas Daerah Atau Negeri Sudah Dibenarkan Bermula 7 Disember

Menerusi sidang-sidang media yang dilakukan, dapat disimpulkan kehadiran varian baharu COVID-19 yang lebih ganas dan agresif memberikan kebimbangan yang memuncak. Kebimbangan ini turut disebabkan oleh kes sporadik yang semakin meningkat berbanding kes kluster. Kes sporadik adalah kes positif yang melibatkan individu yang tidak mempunyai sejarah perjalanan ke tempat berisiko tinggi dan tidak mempunyai sebarang kontak rapat dengan pesakit COVID-19.

Dengan itu, KKM terus menasihati rakyat supaya mengikuti segala SOP yang telah ditetapkan. Antara teguran yang diberikan adalah menasihati orang ramai untuk tidak ‘berhari raya’ di pusat beli belah.

Ketahui syarat kelayakan untuk menjadi vendor di Safer Food. 

Antara perkara lainnya adalah berkenaan penggunaan kontena oleh pihak Jabatan Perubatan Forensik Hospital Sungai Buloh untuk menyimpan jenazah yang meninggal akibat COVID-19. Tidak cukup dengan itu, KKM juga menyatakan bahawa penggunaan katil ICU telah melebihi 80 peratus di seluruh negara.

BACA JUGA :   Apa Kelebihan Belajar Bidang Perubatan?

Melihatkan perkara-perkara yang boleh mendatangkan kemudaratan ini, apakah yang anda lakukan? Adakah anda mengikuti SOP seperti yang disarankan? Atau anda adalah di antara mereka yang akur pada pelaksanaan yang telah dilakukan? Mungkin juga anda mahu melampiaskan amarah kepada golongan-golongan tertentu? Sila komen di bawah.

Sumber: KKM

Berminat untuk terus bekerja sepanjang PKP dilaksanakan? Ayuh daftar sebagai rakan penghantar dan pemandu Safer sekarang! Safer sedang menjalankan promosi ‘Zero Commission’ di mana anda dapat bekerja bersama Safer tanpa dikenakan apa-apa caj komisen.

Berminat untuk ketahui peluang ini dengan lebih lanjut? Hubungi pihak Safer menerusi mana-mana platform di bawah:

Customer Service : 011-2058 6389
Live Chat Safer : https://www.safer.my/
Official Website : https://safer.asia/
Facebook : https://www.facebook.com/saferasia/
Instagram : https://www.instagram.com/safer.my/
Twitter : https://twitter.com/SAFERofficial
TikTok: https://vt.tiktok.com/ZSJ2FEffN/
Youtube : https://bit.ly/safergroup

Facebook Comments

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here