Di era globalisasi ini, teknologi semakan berkembang dari hari ke sehari. Dengan itu, tidak hairanlah sekiranya banyak peluang dibuka sama ada perkhidmatan atau pekerjaan secara dalam talian. Sehingga kini, sudah banyak aplikasi-aplikasi dalam talian yang menawarkan perkhidmatan kepada golongan masyarakat. Tidak terkecuali aplikasi daripada syarikat Safer Group.

Safer Group merupakan sebuah syarikat tempatan yang berimpian untuk membangunkan satu platform dalam talian yang mampu untuk memenuhi kehendak masyarakat Malaysia. Oleh itu, aplikasi Safer diwujudkan untuk merealisasikan impian tersebut. Aplikasi ini dibina sepenuhnya dan dikawal selia oleh rakyat tempatan.

Berikut adalah antara perkhidmatan yang ditawarkan oleh Safer.

Safer Ride: Perkhidmatan penghantaran penumpang dari satu lokasi ke lokasi yang lain menggunakan kenderaan beroda empat. Pengguna boleh memilih lokasi untuk diambil pemandu dan menetapkan lokasi untuk dihantar. Kadar bayaran akan dikemukakan semasa pengguna melakukan penetapan lokasi. Terdapat beberapa jenis kategori kereta yang boleh dipilih pengguna mengikut kesesuaian bajet dan jumlah penumpang.

Safer Swift: Mempunyai fungsi yang sama seperti Safer Ride, perkhidmatan ini menawarkan penghantaran penumpang menggunakan kenderaan beroda dua. Jika pengguna memerlukan khidmat penghantaran penumpang yang pantas dan jimat, pengguna boleh memesan perkhidmatan Safer Swift.

BACA JUGA :   Jana Pendapatan Aktif Dan Pasif Secara Serentak Dengan Menjadi Safer Delivery Partner & Driver.

Safer Food: Menawarkan khidmat pemesanan makanan dan penghantaran kepada pengguna. Safer Food mempunyai pelbagai pilihan menarik yang boleh dipilih pengguna untuk mendapatkan makanan yang dimahukan. Safer Food menawarkan makanan daripada peniaga-peniaga kecil dan makanan yang ditawarkan adalah halal.

Safer Delivery: Mempunyai dua jenis kategori pilihan penghantaran, ia merupakan khidmat penghantaran ekspres dan selamat. Kategori pertama adalah Single Delivery iaitu penghantaran barangan dari satu lokasi sahaja. Bagi kategori kedua ia adalah Multiple Delivery di mana pengguna dapat menghantar barangan ke pelbagai lokasi.

Safer Concierge: Menawarkan perkhidmatan seperti pembantu peribadi, pengguna boleh mendapatkan tempahan dengan menetapkan waktu perkhidmatan. Pembantu akan menghulurkan bantuan yang diperlukan mengikut terma dan syarat yang telah dipersetujui.

Kesemua perkhidmatan ini boleh dibayar menggunakan e-wallet atau secara cash on delivery. Safer mempunyai e-wallet yang boleh digunakan untuk memudahkan urusan pembayaran di mana ianya sangat digalakkan untuk diguna semasa penularan pendemik COVID-19. Selain itu, Safer turut menawarkan peluang kepada pengguna untuk menjana pendapatan tambahan.

Pendapatan tambahan ini boleh dijana melalui perkongsian referral code pengguna kepada mereka yang masih belum mempunyai akaun Safer. Referral code tersebut hanya boleh diperoleh melalui aplikasi Safer apabila pengguna telah mendaftar akaun pengguna. Dengan berkongsikan referral code tersebut, pengguna bakal menikmati 1% daripada jumlah resit pendaftar referral dari mana-mana perkhidmatan yang ditempah di Safer ke dalam akaun pengguna.

BACA JUGA :   Selangor Mencatatkan Kes COVID-19 Tertinggi Sebanyak 1213 Kes.

Bagi anda yang masih belum mempunyai akaun Safer, anda boleh melakukan pendaftaran secara percuma melalui pautan: https://tinyurl.com/y6u9r4f5. Seterusnya, pengguna boleh log masuk ke dalam akaun pengguna melalui aplikasi Safer yang boleh diperoleh di:

Safer kini sedang menjalankan pertandingan ‘Kongsi dan Menang’ sempena sambutan Hari Raya Aidilfitri yang bakal menjelma. Pertandingan ini telah berlangsung bermula 20 April dan dijangka tamat pada 24 Mei 2021. Pastikan anda menyertai pertandingan ini supaya anda dapat menjadi insan terpilih yang boleh membawa pulang hadiah menarik. Untuk ketahui tawaran yang lebih menarik daripada Safer, anda boleh mengikuti atau menghubungi pihak Safer menerusi mana-mana platform yang berikut.

Customer Service : 011-2058 6389
Live Chat Safer : https://www.safer.my/
Official Website : https://safer.asia/
Facebook : https://www.facebook.com/saferasia/
Instagram :https://www.instagram.com/safer.my/
Twitter :https://twitter.com/SAFERofficial
TikTokhttps://vt.tiktok.com/ZSJ2FEffN/
Youtube : https://bit.ly/safergroup 

Facebook Comments

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here