Kerajaan telah mengeluarkan kenyataan di mana negara Malaysia akan sekali lagi menjalani Perintah Kawalan Pergerakan keseluruhan bermula 12 Mei ini. Dengan kenyataan ini, meskipun sektor ekonomi dibenarkan untuk beroperasi, akan ada di antara rakyat yang akan terkesan sepenuhnya. Dengan situasi ekonomi yang tidak menentu, Safer mengajak anda di luar sana untuk menjalankan kerja penghantaran sebagai Rider atau Driver.

Jika anda mempunyai kenderaan yang boleh digunakan untuk melakukan kerja penghantaran, anda boleh mendaftar bersama Safer. Pendaftaran sebagai Rider atau Driver Safer juga adalah percuma. Safer turut menawarkan sistem pengaktifan dalam masa 24 jam jika anda berjaya melengkapkan kesemua butiran dan dokumen yang diperlukan.

Dengan menjadi salah seorang Rider atau Driver, anda boleh menjalankan kerja penghantaran daripada penawaran servis di Safer. Berikut adalah jenis-jenis perkhidmatan yang telah ditawarkan oleh Safer.

  1. Safer Ride: Menawarkan khidmat penghantaran penumpang dari satu lokasi ke lokasi yang lain. Pemilihan jenis kereta boleh dilakukan menerusi empat kategori iaitu SaferGo, SaferGo Xtra, Safer Gold dan Safer Indulge.
  2. Safer Swift: Menawarkan khidmat yang serupa seperti Safer Ride namun menggunakan kenderaan beroda dua. Ia diinspirasi daripada perkhidmatan ‘ojek’ yang telah dilakukan di Indonesia.
  3. Safer Food: Menawarkan khidmat pemesanan dan penghantaran makanan kepada pengguna. Menawarkan pelbagai jenis makanan daripada pelbagai jenis peniaga makanan.
  4. Safer Delivery: Mempunyai dua kategori pilihan penghantaran barangan. Ia menawarkan khidmat penghantaran yang pantas dan selamat kepada semua pengguna.
BACA JUGA :   Gunakan Promo SAFERMERDEKA5 Di Safer Ride

Untuk menjalankan beberapa jenis kerja penghantaran yang ditawarkan oleh Safer, pendaftaran perlu dilakukan terlebih dahulu. Anda boleh melakukan pendaftaran melalui laman sesawang rasmi atau menerusi aplikasi Safer Driver. Sebelum mendaftar, ayuh lihat apakah syarat kelayakan untuk menjadi Rider atau Drive Safer.

Syarat kelayakan menjadi Rider:
  • Memiliki kenderaan seperti motosikal, kereta, van, lori atau lain-lain kenderaan bermotor.
  • Tiada had tahun kenderaan dikenakan.
  • Memiliki lesen memandu yang sah.
  • Mempunyai telefon pintar dengan akses internet yang berfungsi dengan baik (iOS atau Android).
Syarat kelayakan menjadi Driver:
  • Memiliki kenderaan seperti motosikal atau kereta.
  • Tahun buatan kenderaan 2012 dan ke atas.
  • Memiliki lesen memandu yang sah dan penuh.
  • Mempunyai telefon pintar dengan akses internet yang berfungsi dengan baik (iOS atau Android).
  • Lesen PSV (diambil di JPJ), e-hailing insurans dan EVP (akan diuruskan pihak Safer).
Butiran kenderaan yang diperlukan:
  • Road tax
  • Geran
  • Insurans

Selain butiran kenderaan, anda juga perlu mengisi beberapa butiran diri yang telah ditetapkan oleh pihak Safer. Antara butiran adalah gambar profil, kad pengenalan diri dan lain-lain lagi. Sekiranya anda telah mengisi segala butiran yang diperlukan namun akaun anda masih belum diaktifkan, anda boleh berhubung dengan pihak Safer. Adapun begitu, sekiranya terdapat beberapa maklumat penting yang tidak berjaya dilengkapkan, akaun anda tidak akan diaktifkan oleh Safer.

BACA JUGA :   Pendapatan Pasif Tanpa Had Boleh Dijana Di Safer.

Pendaftaran boleh dilakukan di

Klik sini

Dengan pengaktifan akaun yang telah dilakukan, anda sudah boleh menjalankan kerja penghantaran sepanjang PKP dilaksanakan. Ia merupakan salah satu perkhidmatan essential yang diperlukan oleh rakyat Malaysia. Dengan itu, anda dapat kekal menjana pendapatan melaluinya. Aplikasi Safer Driver boleh dimuat turun melalui Google Play Store dan Apple App Store

Sebagai tambahan, Rider dan Driver Safer juga berpeluang untuk menjana pendapatan pasif. Bagaimana pendapatan pasif ini dijalankan adalah anda perlu berkongsikan referral code anda kepada mereka yang masih belum mempunyai akaun Safer. Anda boleh kongsikan ia kepada seramai orang yang anda mahu dan nikmati ganjaran apabila mereka menjalankan atau menggunakan mana-mana perkhidmatan Safer.

Pihak Safer boleh dihubungi menerusi mana-mana platform di bawah:

Customer Service : 011-2058 6389
Live Chat Safer : https://www.safer.my/
Official Website : https://safer.asia/
Facebook : https://www.facebook.com/saferasia/
Instagram : https://www.instagram.com/safer.my/
Twitter : https://twitter.com/SAFERofficial
TikTok: https://vt.tiktok.com/ZSJ2FEffN/
Youtube : https://bit.ly/safergroup

Facebook Comments

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here