Mempunyai dua jenis pekerjaan meskipun zaman semakin maju merupakan sesuatu yang tidak pelik. Bagi mereka yang mempunyai kesukaran untuk mendapatkan pendapatan yang kukuh atau kecukupan pendapatan, kerja tambahan selepas waktu kerja utama menjadi sesuatu yang normal. Sebagai contoh, Ali bekerja di pejabat dari 9 pagi hingga 6 petang. Kemudian dia menyambung kerja tambahan dari pukul 8 sehingga 12 malam.

Sehingga kini, ramai yang melakukan perkara seperti Ali untuk meneruskan kehidupan seharian.  Adapun begitu, meskipun dengan melakukan pekerjaan tambahan, ia tetap tidak mencukupi bagi sesetengah orang. Oleh yang demikian, Safer tampil untuk menawarkan peluang kepada anda di luar sana untuk menjana dua jenis pendapatan.

Safer masih lagi sedang mencari rakan penghantar dan pemandu untuk menjalankan kerja penghantaran bersama Safer. Jika anda mendaftar di bawah Safer, anda berpeluang untuk jana pendapatan tambahan melalui tawaran yang Safer berikan. Dua jenis pendapatan tersebut adalah pendapatan aktif dan pendapatan pasif.

 Pendapatan Aktif 

Apakah pendapatan aktif? Pendapatan aktif adalah pendapatan yang akan anda peroleh apabila sudah melakukan sesuatu pekerjaan. Sebagai contoh, anda telah menerima satu kerja penghantaran dan melalui kerja tersebut, anda menerima komisen atau gaji secara terus mahupun secara bulanan.

Jika anda tidak melakukan pekerjaan, tiada pendapatan yang akan anda peroleh. Namun, setiap kali anda lakukan pekerjaan, anda bakal terima pendapatan. Pendapatan ini kadang-kalanya sudah ditetapkan daripada awal, akan tetapi, dalam konteks Safer, anda akan terima dapatan hanya apabila anda melakukan pekerjaan.

BACA JUGA :   Daftar Sebagai safer Delivery Partner & Driver Untuk Jana Pendapatan Serentak

 Pendapatan Pasif 

Bagaimana pula dengan pendapatan pasif? Pendapatan pasif boleh dikira sebagai anda terima pendapatan tanpa anda melakukan apa-apa sebaliknya orang lain yang melakukan pekerjaan. Meskipun begitu, untuk pertama kalinya, anda diperlukan untuk melakukan sesuatu terlebih dahulu supaya anda dapat terima pendapatan pasif tersebut.

Perkara inilah yang ditekankan oleh pihak Safer kepada semua pendaftar rakan penghantar dan pemandu Safer. Safer telah menawarkan peluang kepada semua rakan penghantar dan pemandu untuk menjana pendapatan pasif melalui perkongsian referral code. Dengan berkongsikan referral code akaun rakan penghantar atau pemandu sendiri, pendapatan pasif bagi akaun tersebut sudah diaktifkan.

Safer menawarkan 1% pulangan kepada akaun asal kod sekiranya pendaftar referral melakukan mana-mana pekerjaan atau menggunakan  perkhidmatan Safer. Melalui ini, rakan penghantar serta pemandu boleh menjana pendapatan pasif melalui pelbagai cara. Referral code yang dimiliki dikongsikan kepada seramai mana orang yang anda mahu dan pulangan juga adalah secara tanpa had.

Jika anda berasa tertarik untuk mendapatkan dua jenis pendapatan pasif ini, anda boleh mendaftar sebagai rakan penghantar atau pemandu Safer. Pendaftaran boleh dilakukan melalui pautan https://tinyurl.com/y9tj7vv2.

Sebelum mendaftar, pastikan anda tergolong di antara mereka yang mempunyai kenderaan, lesen, telefon pintar dan lain-lain. Berikut adalah syarat kelayakan penuh untuk mendaftar sebagai rakan penghantar atau pemandu Safer.

BACA JUGA :   Jana Pendapatan Tambahan Bersama Safer Sebagai Rakan Penghantar Atau Pemandu.
Syarat kelayakan rakan penghantar:
  1. Mempunyai kenderaan seperti motosikal, kereta, van, lori dan lain-lain.
  2. Memiliki lesen memandu yang sah.
  3. Mempunyai telefon pintar dengan akses internet (iOS dan Android).
  4. Tiada had buatan tahun kenderaan.
Syarat kelayakan rakan pemandu:
  1. Mempunyai kenderaan seperti motosikal atau kereta.
  2. Memiliki lesen memandu yang sah dan penuh
  3. Mempunyai telefon pintar dengan akses internet (iOS dan Android).
  4. Buatan kenderaan 2012 dan ke atas.
  5. Memiliki lesen PSV, e-hailing insurance dan EVP.
    (Hanya lesen EVP yang akan diuruskan pihak Safer.)

Jika anda memenuhi semua syarat di atas dan melengkapkan segala butiran semasa pendaftaran, anda akan terima pemberitahuan pengaktifan dalam masa 24 jam. Jika anda tidak melengkapkan segala butiran, permohonan pendaftaran anda akan digantung sehingga butiran dilengkapkan. Antara dokumen dan butiran yang diperlukan adalah kad pengenalan, road tax kenderaan, insurans kenderaan, geran kenderaan, surat kebenaran kenderaan (jika perlu) dan lain-lain.

Aplikasi yang digunakan untuk menjalankan dan mendapatkan pekerjaan bersama Safer boleh dimuat turun melalui:

Untuk mengetahui maklumat terkini dan lebih lanjut, anda boleh hubungi pihak Safer menerusi mana-mana platform di bawah.

Customer Service : 011-2058 6389
Live Chat Safer : https://www.safer.my/
Official Website : https://safer.asia/
Facebook : https://www.facebook.com/saferasia/
Instagram : https://www.instagram.com/safer.my/
Twitter : https://twitter.com/SAFERofficial
TikTok: https://vt.tiktok.com/ZSJ2FEffN/
Youtube : https://bit.ly/safergroup

Facebook Comments

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here