Perintah Kawalan Pergerakan yang sedang dilaksanakan sedikit sebanyak membuatkan rakyat tetap duduk di rumah dan hanya keluar apabila perlu sahaja. Dengan kelonggaran yang telah ditetapkan kepada sektor ekonomi negara, premis-premis perniagaan masih boleh dibuka. Untuk menggerakkan ekonomi seperti sedia ada, khidmat penghantaran juga masih boleh dijalankan.
Oleh yang demikian, bagi memudahkan urusan anda di luar sana yang mungkin bimbang untuk keluar dari rumah, anda boleh menggunakan khidmat penghantaran yang tersedia. Antara khidmat penghantaran yang tidak memerlukan kontak secara rapat adalah seperti penghantaran makanan dan barangan.
Dibenarkan untuk beroperasi seperti biasa, perkhidmatan penghantaran daripada syarikat Safer Group sedia memenuhi kehendak anda. Safer Group menawarkan tempahan perkhidmatan seperti Safer Food, Safer Delivery, Safer Ride dan Safer Swift. Perkhidmatan utama yang boleh ditempah semasa situasi sekarang adalah Safer Food dan Safer Delivery.
Perkhidmatan Safer
Apakah yang ada pada kedua-dua jenis perkhidmatan ini? Pertama sekali, Safer Food menawarkan khidmat pesan makanan secara dalam talian kepada penggunanya. Terdapat pelbagai pilihan makanan yang ada di Safer Food. Hal ini kerana, Safer turut menjadikan peniaga-peniaga kecil untuk menjadi vendor makanan di Safer Food.
Penghantaran makanan akan dibawa daripada kedai atau tempat peniaga kepada anda mengikut lokasi yang telah ditetapkan. Untuk memudahkan urusan atau untuk mengelakkan kontak sesama rakan penghantar dan pengguna Safer, beberapa langkah pencegahan boleh diambil seperti: menyediakan tempat letak makanan di hadapan pintu, menggunakan e-wallet untuk pembayaran, menggunakan cecair pembasmi kuman dan lain-lain lagi.
Seterusnya, terdapat perkhidmatan Safer Delivery yang boleh ditempah untuk menghantar apa-apa barangan. Safer menyediakan pilihan jenis kenderaan mengikut kapasiti barangan. Penghantaran bersama Safer Delivery adalah lebih selamat dan pantas. Jika anda berada di dalam situasi yang memerlukan khidmat penghantaran barangan, anda boleh menempah perkhidmatan ini.
Safer Delivery terdiri daripada dua jenis kategori seperti Single Delivery dan Multiple Delivery. Single Delivery merupakan penghantaran barangan ke satu lokasi sahaja, manakala Multiple Delivery menghantar barangan ke pelbagai lokasi. Ianya sesuai digunakan untuk penghantaran perseorangan dan peniaga kecil di luar sana.
Selain itu, Safer juga mempunyai dua jenis penghantaran penumpang iaitu perkhidmatan Safer Ride dan Safer Swift. Kedua-duanya mempunyai tujuan yang sama namun terdapat perbezaan kenderaan yang telah digunakan. Safer Ride dijalankan dengan menggunakan pelbagai jenama kereta yang boleh dipilih manakala Safer Swift dijalankan dengan menggunakan motosikal.
Anda boleh menempah mana-mana perkhidmatan Safer melalui aplikasi Safer yang boleh dimuat turun melalui Google Play Store dan Apple App Store. Pendaftaran akaun pengguna boleh juga dilakukan dahulu di pautan https://tinyurl.com/y6u9r4f5. Setelah lakukan pendaftaran, anda boleh terus log masuk ke akaun anda menerusi aplikasi Safer.
Selain boleh menggunakan mana-mana perkhidmatan yang telah ditawarkan oleh Safer, pengguna juga berpeluang untuk menjana pendapatan tambahan. Bagaimana caranya? Jom baca sampai habis!
Tawaran Safer
Safer menawarkan peluang kepada semua penggunanya untuk menjana pendapatan tambahan secara pasif. Pendapatan ini boleh dijana dengan cara berkongsikan referral code pengguna kepada mereka di luar sana yang masih belum mempunyai akaun Safer. Dengan perkongsian ini, pengguna telah mengaktifkan pendapatan pasif mereka sendiri dan ia akan dijana secara tanpa had.
Pendapatan pasif ini akan diperoleh apabila pengguna referral tersebut menggunakan mana-mana perkhidmatan di Safer. Pengguna akan menerima 1% daripada nilai resit yang telah dibayar oleh pengguna referral. Ia boleh dikatakan sebagai ganjaran tambahan kepada pengguna yang telah membantu dalam mengembangkan rangkaian pengguna Safer.
Apa yang anda tunggu lagi? Pastikan anda kongsikan referral code anda kepada lebih ramai orang! Sekejap! Jangan pergi dulu. Safer juga sedang melakukan contest Kongsi dan Menang bersama Safer. Contest ini boleh disertai oleh semua pengguna Safer dan pengguna berpeluang untuk mendapatkan hadiah-hadiah lumayan yang mencapai sehingga RM1,000.
Berminat untuk sertai contest Kongsi dan Menang bersama Safer? Klik gambar di bawah. Pastikan anda segera sertai kerana tempoh tamat contest adalah pada 24 Mei 2021.
Untuk maklumat yang lebih terperinci, anda boleh berhubung dengan pihak Safer menerusi mana-mana pautan di bawah.
Customer Service : 011-2058 6389
Live Chat Safer : https://www.safer.my/
Official Website : https://safer.asia/
Facebook : https://www.facebook.com/saferasia/
Instagram : https://www.instagram.com/safer.my/
Twitter : https://twitter.com/SAFERofficial
TikTok: https://vt.tiktok.com/ZSJ2FEffN/
Youtube : https://bit.ly/safergroup