Bidang perubatan merupakan antara salah satu bidang terpenting dalam dunia. Pengamal perubatan diperlukan di mana-mana sahaja kerana sektor kesihatan adalah sektor penting bagi sesebuah negara bahkan dunia. Ilmu perubatan ini perlu dipelajari secara formal atau keseluruhan untuk memastikan anda benar-benar layak menyampaikan maklumat berkenaan kesihatan atau perubatan.
Oleh yang demikian, Deenamik di sini mahu menyarankan kepada anda yang berminat untuk menyambung pengajian ke bidang perubatan untuk mendaftar permohonan ke Kursk State Medical University, Rusia. Kursk State Medical University atau KSMU menawarkan pengajian dalam bidang perubatan yang terbaik kepada pelajar. Bukan sekadar menawarkan pengajian kepada pelajar di Rusia malahan membuka peluang kepada pelajar antarabangsa.
Kursk State Medical University, Rusia
KSMU adalah sebuah universiti perubatan awam yang pernah diiktiraf sebagai universiti perubatan terbaik di Rusia. Dengan kecanggihan teknologi yang ada di Rusia, bidang perubatan merupakan antara bidang penting yang telah mempunyai teknologi terkini. Dengan itu, KSMU tidak terkecuali dalam menawarkan pembelajaran dengan berkesan kepada pelajar.
Peluang sambung belajar di KSMU telah dibuka bagi sesi Jun/ Julai tahun 2021. Permohonan ini dibuka kepada anda yang merupakan pelajar lepasan SPM, IGCSE, STPM, Asasi, Diploma, Matrikulasi, O/A-Level dan lain-lain lepasan setaraf. Universiti ini turut telah mendapatkan pengiktirafan daripada pihak agensi kerajaan Malaysia iaitu MQA, JPA, MMC, KPT dan lain-lain.
Selain menawarkan bidang perubatan kepada pelajar antarabangsa, KSMU turut menawarkan bidang Social Work. Bidang Social Work merupakan bidang profesional yang menawarkan khidmat bantuan kepada komuniti. Tempoh pengajian bagi bidang perubatan adalah selama 6 tahun manakala bidang Social Work selama 4 tahun. Ia tidak termasuk tahun pertama pengajian jika pelajar berasal dari pelajar lepasan SPM dan setaraf.
Untuk pengetahuan, permohonan kemasukan boleh dilakukan menerusi agensi konsultasi Daulah Educonsult. Daulah Educonsult sedia memberikan bimbingan kepada pelajar yang berminat untuk menyambung pengajian ke peringkat Ijazah Sarjana Muda di KSMU. Permohonan boleh dilakukan dengan menghubungi pihak Daulah Educonsult menerusi nombor yang tertera di akhir entri.
Setakat ini, sudah ramai pelajar Malaysia yang telah mendaftar permohonan masuk ke KSMU. Terdapat pelbagai kelebihan yang ditawarkan oleh KSMU kepada para pelajar. Antaranya adalah:
- Yuran berjenis LOCK FEE
- Kemudahan yang sangat pelbagai
- Pembelajaran dalam suasana yang lengkap dan selesa
- Pengajian dalam Bahasa Inggeris
- Terdapat banyak pertubuhan pelajar antarabangsa
Untuk mengetahui maklumat yang lebih lanjut berkenaan tawaran sambung belajar di KSMU, anda boleh dapatkan maklumat menerusi Daulah Educonsult. Konsultan Daulah sedia menawarkan bimbingan yang diperlukan kepada pelajar. Selain bidang perubatan dan KSMU, Daulah Educonsult turut membuka tawaran sambung belajar di bidang dan universiti lain. Antara bidang pilihan lain adalah farmasi, veterinar, pergigian, usuluddin, syariah, kejuruteraan pesawat dan lain-lain.
Daulah Educonsult boleh dihubungi menerusi platform:
Website : http://daulahmedic.com/
Facebook : Daulah Educonsult
Youtube : Daulah Educonsult
Email : daulahmedic@gmail.com
Nombor pejabat : 03-92851322
Nombor khidmat pelanggan : 018-9624322
Nombor konsultan utama : 013-2090322 (Tuan Syed)