Bagi anda yang berminat di dalam bidang perubatan, anda mesti tidak mahu melepaskan peluang untuk sambung pengajian ke peringkat yang lebih tinggi. Untuk menjadi pengamal perubatan yang bertauliah dan berkerjaya, sijil Ijazah Sarjana Muda adalah diperlukan. Jika anda merupakan seorang pelajar lepasan SPM/ IGCSE/ Diploma/ Asasi/ STPM/ Matrikulasi atau mana-mana lepasan setaraf lain, anda wajib membaca artikel ini sehingga tamat.

Deenamik akan menceritakan serba sedikit berkenaan peluang belajar di luar negara dalam bidang perubatan terutamanya di Kursk State Medical University (KSMU), Rusia. Seperti yang dilihat, KSMU merupakan salah satu universiti perubatan awam yang terletak di bandar Kursk, Rusia. Ianya telah didirikan pada tahun 1935 dan mula berkembang sebagai pusat pendidikan perubatan diiktiraf di Rusia pada tahun 1994.

Antara kelebihan utama yang ada pada KSMU adalah bahasa pengantar ketika pengajian perubatan menggunakan Bahasa Inggeris. KSMU merupakan di antara universiti pertama di Rusia yang menawarkan kemudahan ini kepada pelajar antarabangsa. Sehingga kini, sudah ramai pelajar Malaysia yang telah melanjutkan pelajaran di sana. Terdapat pelbagai pertubuhan pelajar yang boleh membantu dan membimbing pelajar ketika berada di KSMU.

Pelajar bimbingan Daulah Educonsult ke KSMU

Tawaran sambung belajar di KSMU adalah sama seperti universiti-universiti yang menawarkan bidang perubatan di luar sana, namun, kelainan yang ada pada universiti ini adalah ia mempunyai empat sesi kemasukan yang berbeza. Sesi kemasukan tersebut adalah daripada bulan Februari, April, Jun dan September. Perkara ini terjadi kerana KSMU turut menerima pelajar SPM/ IGCSE dan setaraf untuk sambung belajar dalam peringkat Pra-perubatan.

BACA JUGA :   Kursk State Medical University Buka Kemasukan Sesi September 2020

Pengajian pra-perubatan ini adalah selama satu tahun dan kemudian pelajar boleh sambung pengajian ke peringkat perubatan selama 6 tahun. Pembelajaran yang sedikit lama membolehkan pelajar mendapat ilmu yang mencukupi serta latihan praktikal yang banyak. Dengan itu, pelajar boleh menjadi pengamal perubatan yang lebih berpengalaman dan efisien.

Antara sebab yang paling utama adalah yuran pengajian di KSMU dalam bidang perubatan adalah lebih rendah berbanding universiti sekitar Rusia bahkan negara lain. Yuran pengajian KSMU juga merupakan sejenis LOCK FEE di mana yuran tersebut tidak akan berubah mengikut aliran mata wang. Jika anda mendaftar melalui Daulah Educonsult, anda akan mendapat manfaat lain sekiranya anda menjadi di antara yang terawal mendaftar.

Oleh yang demikian, jika pelajar mahu mendapatkan status confirmation seat, pelajar boleh mendaftar bersama Daulah Educonsult menggunakan keputusan percubaan SPM atau keputusan terkini yang diperoleh. Disebabkan KSMU merupakan universiti perubatan, mata pelajaran sains tulen adalah wajib diambil oleh pelajar. Syarat kelayakan adalah seperti yang berikut:

BACA JUGA :   5 Universiti di Indonesia yang Ditawarkan oleh Daulah Educonsult

Pelajar SPM, IGCSE @ setaraf: Peroleh sekurang-kurangnya B bagi setiap subjek Biologi, Kimia dan Fizik.

Pelajar Asasi, Matrikulasi, Diploma @ setaraf: Peroleh sekurang-kurangnya 3.0 CGPA.

KSMU juga mempunyai kemudahan yang sangat baik. Antara kemudahan yang ada adalah hostel pelajar, gimnasium, tempat kuliah, dan lain-lain lagi. Bagi pelajar Muslim, adalah tidak menjadi masalah untuk mendapatkan makanan halal. Kafe halal tersedia di dalam kampus, di luar kampus serta di dalam pusat membeli belah sekitar universiti. Buat masa kini, pelajar luar negara terutamanya Malaysia sedang menjalankan kelas secara dalam talian. Namun begitu, pengajian adalah sama seperti mana kelas secara bersemuka.

Daulah Educonsult merupakan sebuah agensi konsultasi pendidikan yang menawarkan khidmat konsultasi secara percuma kepada pelajar. Jika pelajar berminat untuk sambung pengajian di universiti luar negara. Pelajar boleh berhubung dengan konsultan Daulah Educonsult untuk sesi konsultasi. Bukan hanya ke KSMU, Daulah Educonsult juga menawarkan universiti-universiti lain kepada pelajar. Pilihan negara juga adalah pelbagai seperti Indonesia, Poland, Bangladesh dan Mesir.

Pra-daftar di sini

Sekiranya pelajar atau berminat untuk mendapatkan bimbingan daripada pihak Daulah Educonsult, agensi ini boleh dihubungi menerusi:

Website : http://daulahmedic.com/   
Facebook : Daulah Educonsult   
Youtube : Daulah Educonsult  
Email : daulahmedic@gmail.com  
Nombor pejabat : 03-92851322 
Nombor khidmat pelanggan : 018-9624322  
Nombor konsultan utama : 013-2090322 (Tuan Syed)

Facebook Comments

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here