Anda merupakan seorang peniaga makanan yang berjualan di gerai makanan, warung, kedai lot, trak makanan mahukan dari rumah? Sertai Safer sebagai vendor makanan sekarang untuk mendapatkan peningkatan keuntungan. Safer merupakan sebuah syarikat bumiputera yang dibangunkan untuk memberikan peluang perniagaan sama rata kepada semua rakyat Malaysia.

Di bawah Safer terdapat satu bahagian yang dipanggil Safer Food Merchant yang mengawal selia perkembangan salah satu perkhidmatan yang ditawarkan iaitu Safer Food. Secara ringkasnya, Safer Food menawarkan perkhidmatan pemesanan dan penghantaran melalui platform dalam talian. Perkhidmatan ini mungkin sudah banyak dijalankan di Malaysia, namun, adalah tidak salah untuk mewujudkan kepelbagaian di dalam mencari peluang pekerjaan.

Peluang menjalankan perniagaan di Safer

Semenjak pandemik COVID-19 membanjiri negara Malaysia, boleh dikatakan ramai yang terkesan akibat pelaksanaan prosedur-prosedur baharu. Tiada golongan yang tidak terjejas akibat daripada perkara ini. Yang paling menjadi tumpuan adalah khidmat mendapatkan makanan. Terdapat banyak prosedur baharu yang perlu dilakukan dan perkara ini sedikit sebanyak mengganggu sumber pendapatan peniaga.

Oleh yang demikian, Safer membuka sebuah peluang kepada para peniaga makanan di luar sana untuk mendaftar sebagai vendor di Safer Food. Sehingga kini, terdapat 2,500 lebih peniaga yang sudah berdaftar sebagai vendor di Safer Food. Kebanyakan daripada vendor merupakan peniaga-peniaga kecil yang mencari peluang untuk menjana pendapatan secara dalam talian.

BACA JUGA :   Safer Sedang Mencari Rider Konsultan & Konsultan.

Platform perniagaan dalam talian pula semakin hari semakin mendapat tempat di hati masyarakat Malaysia. Hal ini dikatakan kerana pembelian secara dalam talian adalah lebih mudah dan lebih selamat berbanding pembelian secara bersemuka. Tambahan daripada itu, pembeli juga mempunyai lebih banyak pilihan cara pembayaran yang boleh digunakan. Bersama Safer Food, anda dapat mendaftar dan menjalankan perniagaan secara percuma di dalam talian.

Langkah mudah berniaga bersama Safer Food Merchant
  1. Anda perlulah menjalankan perniagaan menjual makanan atau minuman atau kedua-duanya sekali.
  2. Mempunyai lesen daripada SSM, lesen/ permit perniagaan dan sijil halal (diutamakan kepada bukan Muslim).
  3. Buka pautan https://www.safer.my/sign-up-restaurant untuk mendaftar sebagai vendor Safer.
  4. Sertakan dokumen sokongan seperti salinan kad pengenalan, sijil dan lesen perniagaan serta legkapkan butiran perniagaan seperti:-
    = lokasi perniagaan
    = waktu beroperasi
    = menu makanan
    = harga makanan
    = butiran akaun bank

Setelah mengetahui dan seterusnya mengikuti langkah-langkah yang diberi, anda bakal dihubungi oleh pihak Safer Food Merchant. Jika akaun peniaga anda telah diaktifkan di Safer, anda sudah boleh menjalankan perniagaan secara dalam talian. Seperti yang diketahui, kebanyakan platform perniagaan dalam talian akan mengenakan caj komisen kepada peniaga di bawahnya.

Adapun begitu, sepanjang promosi ‘Zero Commission’ berlangsung, Safer tidak akan mengenakan apa-apa caj penolakan kepada para peniaga. Perkara ini akan membolehkan peniaga berniaga melalui platform dalam talian secara percuma sahaja sehingga tempoh promosi tamat. Oleh itu, pastikan anda tidak melepaskan peluang untuk berniaga secara percuma secara dalam talian sekarang!

BACA JUGA :   Berniaga Secara Percuma Sehingga Mac 2021 Ini.

Perniagaan secara dalam talian ini akan dilangsungkan secara dalam talian menerusi aplikasi yang telah dibangunkan oleh Safer. Untuk peniaga, aplikasi yang digunakan adalah berbeza dengan aplikasi pengguna. Berikut adalah aplikasi yang tepat yang boleh dimuat turun oleh para vendor Safer.

Aplikasi ini juga mempunyai fungsi yang dapat membantu peniaga di dalam mengendalikan tetapan-tetapan tertentu. Ia turut memaparkan analisis perniagaan yang telah dijalankan menerusi Safer. Peniaga juga akan mendapatkan notifikasi pesanan menerusi aplikasi ini. Tidak hanya itu, Safer juga mempunyai rakan penghantar yang akan menghantar pesanan yang telah dipesan.

Peniaga hanya perlu tunggu pesanan masuk dan menyediakan pesanan yang telah diterima. Pembayaran juga akan dilakukan dengan segera kepada peniaga. Jika peniaga masih mempunyai sebarang pertanyaan berkenaan dengan peluang yang ditawarkan ini, peniaga boleh berhubung dengan pihak Safer menerusi mana-mana platform di bawah.

Sistem khidmat pelanggan Safer

Customer Service : 011-2058 6389
Live Chat Safer : https://www.safer.my/
Official Website : https://safer.asia/
Facebook : https://www.facebook.com/saferasia/
Instagram : https://www.instagram.com/safer.my/
Twitter : https://twitter.com/SAFERofficial
TikTok: https://vt.tiktok.com/ZSJ2FEffN/
Youtube : https://bit.ly/safergroup

Facebook Comments

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here