Kesatuan Eropah (EU) adalah antara pihak yang secara terang-terangan menentang penggunaan bahan bakar biofuel berasaskan sawit di negara-negara anggotanya. Perkara ini sudah lama terjadi dan ianya boeh dikatakan sebagai penjajahan alaf baharu oleh bekas Perdana Menteri Malaysia, Tun Dr Mahathir Mohamad. Pihak EU berpandangan bahawa penggunaan minyak sawit hanya akan mencemarkan alam sekitar.
Dengan itu, beberapa langkah telah mula diambil oleh pihak EU sebagai langkah untuk mengharamkan secara terus penggunaan minyak sawit. Dikatakan, setelah Perancis dan Lithuania melaksanakan perundangan Arahan Tenaga Boleh Baharu Kesatuan Eropah (EU RED II), Belgium pula akan melakukan perkara yang sama.
Bertindak daripada keputusan itu, Menteri Perusahaan Perladangan dan Komoditi Datuk Dr Mohd Khairuddin Aman Razali telah menyuarakan sokongan bantahan menerusi surat Majlis Negara Pengeluar Minyak Sawit (CPOPC) bertarikh 24 Mei 2021. Surat bantahan tersebut telah dilakukan kepada Perdana Menteri Belgium, Alexander De Croo.
Sokongan bantahan dilakukan kerana Malaysia adalah antara pengasas dan anggota CPOPC sendiri. Malaysia menyokong sepenuhnya tindakan CPOPC mengemukakan bantahan kepada Belgium.
Dr Mohd Khairuddin berkata, sebagai pengeluar kedua terbesar minyak sawit dunia, Malaysia sangat kecewa dengan tindakan yang telah diambil tanpa mengira kesungguhan dan usaha negara dalam memastikan kemampanan dalam industri sawit. Langkah yang diambil oleh Belgium dikatakan bercanggah dengan prinsip amalan perdagangan bebas yang telah digariskan oleh Pertubuhan Perdagangan Dunia (WTO).
Ia juga merupakan salah satu bentuk diskriminasi terhadap produk sawit Malaysia.
Sambung beliau, meskipun jumlah eksport yang telah dihantar ke Belgium adalah sedikit, tindakan Belgium boleh mengundang kepada pengaruh negara lain dan seterusnya memberikan imej negatif kepada industri sawit negara.
Pada 15 Januari yang lalu, Malaysia telah pun melakukan tindakan undang-undang terhadap EU berkaitan EU RED II dengan memfailkan permohonan untuk konsultasi melalui Mekanisme Penyelesaian Pertikaian di bawah WTO. Tindakan ini masih lagi sedang dijalankan dan mengikut prosedur yang digariskan oleh WTO.
Anda berminat untuk sambung pengajian di universiti luar negara? Ayuh realisasikan impian anda bersama Daulah Educonsult. Daulah Educonsult membuka peluang kepada pelajar untuk menyambung pengajian ke peringkat Ijazah Sarjana Muda di universiti luar negara.
Terdapat pelbagai pilihan negara dan bidang yang ditawarkan. Antara negara bidang pengajian yang boleh dipilih adalah perubatan, pergigian, farmasi, veterinar, pengurusan pengajian antarabangsa, usuluddin, syariah, Bahasa Arab dan lain-lain. Untuk mendapatkan maklumat yang lebih lanjut atau jelas, anda boleh hubungi Daulah Educonsult menerusi:
Website : http://daulahmedic.com/
Facebook : Daulah Educonsult
Youtube : Daulah Educonsult
Email : daulahmedic@gmail.com
Nombor pejabat : 03-92851322
Nombor khidmat pelanggan : 018-9624322
Nombor konsultan utama : 013-2090322 (Tuan Syed)