Negara India mencatatkan rekod global baharu pada Khamis lalu dengan jumlah kes jangkitan COVID-19 sebanyak 412,262 dalam hanya tempoh satu hari. Tidak hanya itu, India dikatakan sedang mengalami gelombang kedua yang sangat teruk dan mengikut saintis di India, gelombang ketiga tidak dapat dielakkan. Sekatan pergerakan perlu dilakukan segera untuk membendung penularan kes jangkitan COVID-19.

Berikutan kenaikan kes yang berlaku, kerajaan Malaysia melalui kenyataan Menteri Luar Negeri telah melaksanakan misi repatriasi khusus untuk membawa pulang rakyat Malaysia yang berada di India. Perkara ini akan dijalankan dalam masa yang terdekat dan hanya melibatkan rakyat Malaysia yang berada di wilayah utara dan barat India.

Rakyat Malaysia termasuk Home Based Staff (HBS) dan tanggungan akan terlibat dalam misi ini kecuali mereka yang berada di kawasan selatan dan timur India. Perkara ini diputuskan asbab situasi di kawasan terbabit masih lagi terkawal berbanding dua situasi yang awal.

Misi kali ini dilaksanakan dengan kerjasama Agensi Pengurusan Bencana Negara (NADMA) dan Kementerian Kesihatan. Rakyat Malaysia yang berkenaan akan dibawa pulang menggunakan pesawat sewaan khas dari Malaysia. Pesawat akan berlepas ke New Delhi dan Mumbai, India dalam masa yang terdekat setelah urusan berkaitan diselesaikan termasuk kelulusan penerbangan daripada Kerajaan India diperoleh.

Keputusan ini telah diambil berdasarkan pemerhatian dan analisis oleh Pejabat-pejabat Perwakilan Malaysia di India. Ianya merupakan keputusan bersama yang telah diambil daripada perbincangan bersama agensi-agensi tertentu.

BACA JUGA :   JOM KONSULTASI & DAFTAR BERSAMA DAULAH EDUCONSULT

Mengikut kenyataan yang diberikan, rakyat Malaysia yang bakal dibawa pulang perlu menjalani ujian COVID-19 sebelum berlepas dan selepas tiba. Mereka juga diwajibkan untuk menjalani kuarantin selama 14 hari seperti yang telah ditetapkan oleh Kerajaan Malaysia.

Bagi rakyat Malaysia yang berhasrat untuk menyertai misi ini, mereka dinasihatkan untuk mendaftar dengan Suruhanjaya Tinggi Malaysia di New Delhi dan Konsulat Jeneral Malaysia di Mumbai. Pendaftaran boleh dilakukan menerusi e-mel selewat-lewatnya pada pukul 5 petang, 7 Mei 2021 waktu India.

Sumber: Kenyataan Media Menteri Dalam Negeri

Berimpian untuk melanjutkan pengajian di universiti luar negara? Realisasikan impian anda bersama Daulah Educonsult. Daulah Educonsult masih lagi membuka permohonan pendaftaran untuk kemasukan ke universiti pilihan luar negara.

BACA JUGA :   Apa Kelebihan Belajar Bidang Perubatan?

Untuk mengetahui syarat kelayakan dan pilihan-pilihan universiti yang ada, pelajar boleh berhubung dengan pihak Daulah Educonsult untuk dapatkan maklumat lanjut. Sesi konsultasi yang diberikan juga adalah percuma. Hubungi Daulah Educonsult di talian:

Website : http://daulahmedic.com/  
Facebook : Daulah Educonsult  
Youtube : Daulah Educonsult
Email : daulahmedic@gmail.com 
Nombor pejabat : 03-92851322
Nombor khidmat pelanggan : 018-9624322
Nombor konsultan utama : 013-2090322(Tuan Syed) 

Facebook Comments

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here