Safer Food Merchant merupakan sebuah bahagian yang menjalankan pengurusan perkhidmatan Safer Food. Perkhidmatan Safer Food pula adalah sebuah platform pembelian makanan secara dalam talian. Perkhidmatan ini boleh ditempah menerusi aplikasi Safer. Jika anda masih tidak mengetahui mengenai aplikasi Safer, Safer adalah aplikasi pelbagai guna yang ditubuhkan oleh rakyat bumiputera Muslim.
Ianya telah mula beroperasi sekitar awal suku tahun 2020. Sehingga kini, terdapat beberapa perkhidmatan yang telah ditawarkan selain Safer Food, antaranya adalah Safer Ride, Safer Swift, Safer Delivery dan Safer Concierge. Berbalik kepada Safer Food, terdapat pelbagai pilihan makanan daripada pelbagai vendor. Dengan itu, sebelum menjadi vendor di Safer Food, mereka perlu mendaftar bersama Safer Food Merchant terlebih dahulu.
Berikut adalah beberapa dokumen yang diperlukan saat melakukan pendaftaran:
- Kad pengenalan pemilik
- Lesen/ permit perniagaan
- Lesen SSM
- Sijil halal
#Segala dokumen PERIBADI yang diperlukan adalah untuk pengesahan semata-mata, dan menjadi rahsia Safer Food Merchant.#
Dokumen-dokumen ini diperlukan untuk mengesahkan sama ada makanan yang dijual bertepatan dengan kriteria peniaga di Safer. Antara yang utama adalah makanan yang dijual menerusi platform ini adalah HALAL. Tidak hanya itu, Safer Food Merchant turut mengajak peniaga kecil-kecilan untuk mendaftar bersama. Memandangkan kerajaan tidak menggalakkan orang ramai supaya keluar dari rumah, penjualan secara dalam talian adalah sangat diperlukan.
Seterusnya, semasa pendaftaran dilakukan, peniaga perlu mengemukakan butiran perniagaan seperti:
- Waktu operasi
- Lokasi premis
- Menu makanan berserta gambar
- Harga
- Butiran akaun bank
Jika maklumat dan butiran yang diberikan adalah lengkap, pengaktifan akaun peniaga boleh diaktifkan dalam masa 24 jam sahaja. Pendaftaran juga adalah secara percuma dan anda hanya perlu mendaftar secara dalam talian. Setelah pengaktifan dilakukan, peniaga akan menerima beberapa merchandise seperti bunting, signage dan sticker.
PROMOSI SAFER
Tidak hanya menjalankan perniagaan secara dalam talian, peniaga juga boleh mempromosikan perniagaan menerusi ‘Safer Promote Vendor’. Perniagaan anda akan dipromosikan oleh Safer secara dalam talian. Dengan itu, perniagaan anda mungkin akan lebih dikenali dan diperluas rangkaian pelanggan.
Safer Food Merchant sedang menjalankan promosi besar-besaran di mana peniaga boleh berniaga secara dalam talian menerusi Safer tanpa dikenakan apa-apa caj komisen. Promosi ini masih lagi berlangsung untuk menggalakkan peniaga terus menjana pendapatan semasa beberapa siri pelaksanaan Perintah Kawalan Pergerakan. Jadi, pastikan anda di luar sana rebut peluang yang ada dengan mendaftar sebagai vendor makanan di Safer.
Pendaftaran boleh dilakukan menerusi pautan https://www.safer.my/sign-up-restaurant. Safer hanya menggunakan aplikasi untuk peniaga iaitu Safer Food Merchant untuk pengendalian pemesanan dan tempahan. Aplikasi tersebut boleh dimuat turun di Google Play Store dan Apple App Store.
Untuk mengetahui apakah kelebihan lain berniaga di menerusi Safer Food, anda boleh baca artikel berkenaan kelebihan tersebut di sini.
Untuk maklumat lanjut, peniaga boleh berhubung dengan pihak Safer. Safer juga menerima sebarang bentuk persoalan yang diajukan. Pihak Safer boleh dihubungi menerusi platform berikut:
Customer Service : 011-2058 6389
Live Chat Safer : https://www.safer.my/
Official Website : https://safer.asia/
Facebook : https://www.facebook.com/saferasia/
Instagram : https://www.instagram.com/safer.my/
Twitter : https://twitter.com/SAFERofficial
TikTok: https://vt.tiktok.com/ZSJ2FEffN/
Youtube : https://bit.ly/safergroup