KURSK STATE MEDICAL UNIVERSITY 

Kursk State Medical University merupakan universiti perubatan yang terletak di Rusia. Lebih dikenali sebagai KSMU, ia ditubuhkan sekitar tahun 1935 dan telah melatih 1,000 pengawal perubatan. Ia turut merupakan di antara universiti perubatan terbaik di sekitar Rusia. Tidak hanya itu, KSMU juga adalah universiti pertama yang menawarkan program latihan perubatan dalam bahasa Inggeris.

Program yang ditawarkan di KSMU adalah program Pra-perubatan dan Perubatan. Pendaftaran kemasukan ke KSMU boleh dilakukan menerusi agensi konsultasi Daulah Educonsult. Untuk makluman, pendaftaran kemasukan masih lagi dibuka dan permohonan boleh dilakukan menerusi agensi Daulah.

Kemasukan yang terdekat adalah pada Jun/Julai, adapun begitu, terdapat juga sesi kemasukan seterusnya bagi tahun 2021 iaitu pada bulan September. Bukan hanya setakat mempunyai dua sesi kemasukan, malahan empat. Antara kelebihan lain KSMU adalah ia menawarkan program pengajian dalam bahasa Inggeris sepenuhnya. Adapun begitu, semasa pengajaran berlangsung, pengajar mungkin akan terselit bercakap di dalam bahasa Rusia.

BACA JUGA :   Tawaran Kemasukan Sesi 2021 Di Maahad Buuth, Mesir Masih Dibuka.

Meskipun begitu, tenaga pengajar memberikan perhatian yang sama rata kepada pelajar dalam dan luar negara. Sehingga kini, pelajar Malaysia yang datang untuk sambung pengajian di sana menyatakan bahawa mereka dilayan secara adil dan tanpa ada diskriminasi kaum atau agama. Persekitaran dan kemudahan yang muslim-friendly turut menjadikan KSMU terkenal di kalangan pelajar Malaysia.

KSMU yang terletak di bandar Kursk ini juga menawarkan kemudahan-kemudahan seperti masjid, pusat membeli-belah, kemudahan pengangkutan bas dan kereta api serta lain-lain lagi. Makanan halal juga boleh diperoleh dengan mudah. Antara kelebihan utama KSMU adalah ianya merupakan sebuah universiti luar negara yang diiktiraf oleh MQA, JPA, MMC dan WHO.

BACA JUGA :   Pantang Larang Masyarakat Rusia

Selain itu, KSMU juga menawarkan yuran pengajian yang sangat berpatutan kepada pelajar. Yuran yang dikenakan adalah sejenis LOCK FEE di mana yuran tersebut tidak akan berubah daripada pelajar mula pengajian sehingga tamat dengan jayanya. Untuk mengetahui jumlah yuran dan kos sara hidup yang diperlukan ketika belajar di Rusia, anda boleh berhubung dengan pihak Daulah Educonsult.

Daulah Educonsult boleh dihubungi menerusi:
Website : http://daulahmedic.com/   
Facebook : Daulah Educonsult   
Youtube : Daulah Educonsult  
Email : daulahmedic@gmail.com  
Nombor pejabat : 03-92851322 
Nombor khidmat pelanggan : 018-9624322  
Nombor konsultan utama : 013-2090322 (Tuan Syed)

Untuk mengetahui lebih lagi kelebihan yang ada di KSMU, jom baca artikel lalu di sini. Selain ke KSMU, Rusia, Daulah Educonsult turut tawarkan pengajian ke universiti dan negara lain. Klik di sini untuk mengetahuinya.

Facebook Comments

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here