Adakah anda berminat untuk menjalankan kerja penghantaran sama ada secara sepenuh masa atau separuh masa? Mempunyai kenderaan seperti motosikal atau apa-apa kenderaan yang sudah berumur lebih dari 10 tahun? Pastikan anda mendaftar bersama Safer sebagai Safer Delivery Partner!

Peluang Bekerja di Safer

Safer masih lagi membuka peluang kepada anda di luar sana untuk menjana pendapatan sebagai rakan penghantar. Safer buka peluang ini kepada semua rakyat Malaysia yang berminat untuk jana pendapatan sampingan atau tambahan.

Delivery Partner bersama Safer menjalankan kerja-kerja penghantaran makanan dan barangan. Kerja-kerja ini boleh dilakukan sama ada menggunakan motosikal, kereta, van, atau bahkan lori. Anda hanya perlu memiliki lesen memandu yang sah untuk mendaftar sebagai rakan  penghantar Safer.

Tambahan itu, Safer menawarkan masa pengaktifan dalam masa 24 jam sahaja jika anda berjaya melengkapkan semua butiran dan dokumen. Butiran dan dokumen berkenaan diri dan kenderaan adalah penting untuk maklumat dokumentasi. Jika anda mempunyai kesulitan semasa pendaftaran, anda boleh berhubung dengan khidmat pelanggan Safer melalui mana-mana platform yang tersedia di hujung entri.

Semasa menjalankan kerja-kerja penghantaran, rakan penghantar akan menerima pendapatan aktif. Selain menjana pendapatan aktif, rakan penghantar juga boleh menjana pendapatan pasif secara tanpa had melalui aplikasi rakan penghantar Safer. Pendapatan ini boleh diaktifkan dengan cara rakan penghantar berkongsikan referral code milik rakan penghantar kepada bakal rakan penghantar Safer yang lain.

BACA JUGA :   Pendaftaran Percuma Safer Food Merchant

Melalui perkongsian ini, rakan penghantar tersebut akan menerima 1% daripada nilai pekerjaan yang telah dilakukan oleh rakan penghantar referral. Apabila sudah mencapai sasaran yang tertentu, rakan penghantar boleh mendebitkan pulangan tersebut ke dalam akaun bank peribadi rakan penghantar. Jadi, pastikan anda tidak lupa untuk berkongsikan referral code tersebut.

Delivery Partner Safer akan menjalankan kerja-kerja yang melibatkan penawaran perkhidmatan oleh Safer yang terdiri daripada Safer Food dan Safer Delivery. Selain daripada menjadi Delivery Partner, anda juga boleh menjadi Driver Safer dan mengerjakan kerja penghantaran melalui perkhidmatan Safer Ride dan Safer Swift.

Berikut adalah perbezaan di antara syarat kelayakan menjadi Delivery Partner dan Driver.

Delivery Partner
Driver
Mempunyai mana-mana kenderaan seperti motosikal, kereta, van, lori dan lain-lain. Mempunyai kenderaan seperti motosikal dan kereta.
Tiada had buatan kenderaan. Buatan kenderaan 2012 dan ke atas.
Memiliki lesen yang sah. Memiliki lesen yang sah dan penuh.
Memerlukan lesen PSV dan EVP.
E-hailing insurans.
BACA JUGA :   Jawatan Kosong Sebagai Safer Delivery Partner & Driver di Safer

 

Antara butiran diri dan kenderaan yang diperlukan:

    • Roadtax
    • Geran
    • Insurans
    • Akaun bank
    • Kad pengenalan
    • Lesen memandu

Jika anda berminat untuk menjadi salah satu atau kedua-dua delivery partner atau driver, anda boleh lakukan pendaftaran di sini. Pendaftaran adalah percuma dan anda juga boleh menikmati promosi ‘Zero Commission’ jika anda mendaftar sekarang. Promosi yang sedang berlangsung ini menjadikan kerja penghantaran yang anda lakukan tidak dikenakan sebarang caj penolakan komisen seperti tempoh sebelum promosi. Pastikan anda rebut peluang ini sekarang!

Pendaftaran juga boleh dilakukan menerusi aplikasi Safer untuk Driver di mana aplikasi ini juga akan digunakan untuk menerima tempahan kerja penghantaran. Anda hanya perlu go Online untuk menerima kerja penghantaran dan go Offline sekiranya anda mahu berehat. Aplikasi ini boleh dimuat turun menerusi Google Play Store dan Apple App Store.

Untuk mendapatkan maklumat lanjut atau jika anda mempunyai sebarang pertanyaan, anda boleh berhubung dengan pihak Safer melalui-

Customer Service : 011-2058 6389
Live Chat Safer : https://www.safer.my/
Official Website : https://safer.asia/
Facebook : https://www.facebook.com/saferasia/
Instagram : https://www.instagram.com/safer.my/
Twitter : https://twitter.com/SAFERofficial
TikTok: https://vt.tiktok.com/ZSJ2FEffN/
Youtube : https://bit.ly/safergroup

Facebook Comments

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here